PROGRAM USAHAWAN RAKYAT MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA









Pulau Pinang-13 Disember-Program usahawan rakyat yang di rasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mendapat sambutan di luar jangkaan . Program anjuran kerajaan negeri dengan usahasma Action Coach dan UPEN ,Unit Pembanggunan Ekonomi Negeri ini dianjurkan oleh sebuah syaraikat antarabangsa dimana program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatu padukan peniaga kecil tetapi bagi membantu menggabungkan produk dan dipasarkan secara lebih teratur dan produktif.

Unit pembanggunan ekonomi di bawah potfolio Timbalan Ketua Menteri ini juga akan memberi tumpuan selepas program utama ini dimana syarikat Action Coach ini akan membuka pejabat urusan mereka di Pulau Pinang bagi memantau beberapa syarikat yang berdaftar dengan syarikat Action Coach ini.Syarikat ini yang didaftarkan di Amerika Syarikat dengan kerjasama UPEN akan membantu dan meningkatkan lagi penyertaan bumiputera

Untuk 13hb sahaja , penyertaan lebih 500 peserta dan melebihi target iaitu sebanyak 400 peserta. Untuk 14 haribulan pula dijangkakan penyertaan dari peniaga kecil pula di jangka lebih dari 600 peserta .Program bimbingan untuk peniaga kecil menyimpan melabur dan membesarkan perniagaan ini julung-julung kali diadakan bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam penggabungan membesarkan pasaran dibawah satu bumbung dan dipasarkan dengan lebih berdayasaing.
"Kerajaan Negeri yakin dengan pelancaran Tabung Modal Pusingan dan Penjaja Kecil Pulau Pinang akan memberi peluang rakyat yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk bertambah maju," ujarnya ketika merasmikan Seminar Bimbangan Usahawan Rakyat Negeri Pulau Pinang bertempat di Dewan Budaya Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi.
Menurutnya, tabung tersebut akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dengan bantuan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memperhalusi modus operandinya.

Jawatankuasa MMK Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri yang dianggotai agensi dan Jabatan Kerajaan sentiasa bekerjasama mengadakan program pembudayaan keusahawan di samping memberi peluang peruntukan, katanya.
"Harapan Kerajaan Negeri selepas ini ialah semua usahawan mesti meneruskan kerjaya ini di samping mendapat khidmat nasihat dari pelbagai agensi," tegas beliau dalam program tersebut.

Menurut En Fadzil , jurulatih yang merancang,memberikan idea ini bahawa peningkatan dan penyertaan amat mengagumkan dan ini memberi inspirasi bahawa jika para peniaga ini , yang rata-ratanya peniaga kecil boleh dan pberupaya membesarkan perniagaan mereka dengan usha menabung dan elabur. Ini yang di tekankan kepada peniaga-peniaga ini bahawa dengan menabung dan melabur ianya akan menjadi satu modal untuk membesarkan perniagaan dengan cara yang betul dan juga bagaimana peniaga kecil ini dapat membesarkan perniagaan mereka dengan bekerja secara bergabung.

Esok program ini akan diteruskan untuk memberi inspirasi lagi kepada para peniaga yang juga inginm engetahui rahsia kejayaan yang di capai oleh Saudara Fadzil yang juga merupakan seorang jutawan yang berjaya walau di usia awal 30an dengan rangkaian berbagai jenis perniagaan dan pelaburan yang bijak.Pengalaman inilah yang dicurahkan oleh beliau kepada peserta yang rata-ratanya peniaga sejati, iaitu peniaga kecil di Pulau Pinang, disamping membantu kerajaan negeri terutamnya bumiputera melangkah kepada ciri-ciri usahawan yang berjaya.

YB Mohd Fairus dalam ucapan perasmiannya yang turut dihadiri oleh YB Raven, YB Ustz Maktar,YB Poh Bon,SU PKR Negeri Pak Mus dan penyokong, menjelaskan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun ini telah berjaya mendapat pelaburan sebanyak RM 8 Billion ringgit dan usaha membawa syarikat gergasi Samsung dijangka akan membantu rakyat Pulau Pinang mendapat peluang pekerjaan.

No comments: