Tasek Gelugor 11Nov- Kebakaran sebuah surau lama di Permatang Sireh semalam telah mendapat simpatisme dari Ketua Menteri YB Lim Guan Eng.Turut hadir YB Hamdan ADUN Permatang Pasir ,YB Ustaz Mokhtar ADUN Sg Bakap dan Exco kerajaan negeri Lim Bon Poh ADUN Sg Puyu,YDP PAS Ustaz Salleh Man dan orang ramai.
Surau yang sepatutnya di buat sejak beberapa penggal dahulu sewaktu Dato Syariff Omar yang menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor , dengan kos belanjawan sebanyak RM200,000 tidak terlaksana ,dan kini kosnya meningkat kepada RM600,000 ribu telah menjadi perhatian kerajaan negeri.
“Beginilah janji-janji yang diungkapkan oleh para ahli parlimen UMNO/BN.Bila kejadian ini berlaku baru kita tahu peruntukan telah ada namun tidak di laksanakan.Ini membuktikan ahli Prlimen UMNO tidak menjalankan tugas”demikian jelas salah seorang penduduk yang di temui apabila turut berada mendengar ucapan dan penjelasan dari ketua Menteri berhubung peruntukan yang telah lama ada.
Sebelum dari itu, semalam YB Fairus Khairuddin telah meluluskan perbelanjaan segera sebanyak RM20,000 dari peruntukan kerajaan negeri.Beliau yang melawat semalam sejurus selepas diberitahu.
Turut sama pegawai daerah,JKKK, dan penduduk setempat yang mengharapkan projek ini dapat disediakan seberapa segera dan menurut YB Lim Guan Eng lagi ianya akan melibatkan peruntuk kan dan tanggungjawab Ahli Parlimen kawasan tersebut iaitu Nor Yaakop sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan juga pihak kerajaan negeri akan menyediakan beberapa keperluan melalui peruntukan dari badan-badan yang sepatutnya.
Menurut Pengerusi Surau Permatang Sireh, Haji Abdullah Hasan berkata, permohonan membina surau baru telah dikemukakan menerusi Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika itu, Dato' Haji Sharif Haji Omar tetapi ia tertunda ekoran namanya tidak disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Menurutnya lagi, terdapat banyak kerosakan surau berkenaan sehingga memerlukan pembinaan semula. Menurut Pengerusi Pembinaan, Anuar Shaari, permintaan telah dibuat sejak tahun 2006 bagi pembinaan surau setingkat di tapak yang sama.
Tetapi, apapun ia mungkin satu hikmah yang terselindung kerana sepatutnya bantuan pembinaan telah lama diterima, katanya.
Lepas ini bahagian pembangunan akan memastikan ia menjadi kenyataan, katanya lagi.
"Ia mungkin satu hikmah untuk kami mendapatkan surau baru yang ditunda ekoran kegagalan Dato' Sharif Omar membawa isu ini ekoran namanya tidak tersenarai sebagai calon BN dalam pilihan raya umum lepas," jelasnya.