ADAKAH ANWAR BUAT GEMPAR


UMNO/BN TOLONG JANGAN CEPAT PANIK....RELEX...DAH 50 TAHUN DAH RAKYAT UNDI..TAPI DEME SEMUA TAK MAHU MENDENGAR RINTIHAN RAKYAT..JADI BAGI LE KOME BUAT PULAK..BAGI KOME PERINTAH PULAK.DEME TENGOK MACAM MANE KOME PERINTAH...APE PEPAYAH BEBENORNYE....DEME RELEX DULU..MAI BAGI KOME PERINTAH...TAK GITU....



Bagi memperkuatkan perang saraf beliau, Anwar berkata, perkara tersebut hanya menunggu masa untuk berlaku. "Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Anggota-anggota Parlimen ini belumpun mengangkat sumpah di Parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu. Sebelum ini Anwar telah pun membuat beberapa kenyataan mengenai perkara yang sama malah minggu lalu beliau berjanji akan membuat pengumuman penting minggu ini berhubung dengan isu penyertaan Ahli Parlimen BN ke dalam pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa, BN akan 'tumbang' tidak lama lagi kerana Ahli-Ahli Parlimen jelasnya, jika tidak menyertai pakatan pembangkang bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos) atau pada 16 September iaitu pada hari penubuhan Malaysia. "Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya. Malah bagi menguatkan hujahnya itu, Anwar berkata beliau ada cara untuk berunding dengan Ahli Parlimen BN yang sedia untuk menyertai pakatan pembangkang. "Perbincangan saya boleh diadakan di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong, walaupun bunyinya agak jenaka," dakwanya lagi sambil emngucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang sedia menyertai pakatannya.


Namun menurut beberapa pemerhati politik yang dihubungi, ungkapannya Anwar itu sama seperti ungkapan popular beliau semasa baru dipecat dariapda jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila melaungkan reformasi. "Jika tidak bulan ini, bulan depan, jika tidak tahun ini tahun depan," itulah ungkapan popular yang sering dilaungkannya menurut pemerhati tersebut. Malah mereka juga mengandaikan, dalam perang saraf unsur-unsur 'gempar' ini perlu apabila seseorang itu masih belum mendapat apa yang dihajati atau tidak mempunyai sesuatu seperti yang dihebahkan. Kata mereka, ia hanya bertujuan untuk memberikan gambaran betapa hebat gerakannya agar musuh sentiasa berada dalam kucar kacir sehingga hilang tumpuan kepada gerak kerja yang sepatutnya dilakukan.


Sementara itu dalam laporan sebuah agensi berita asing, Anwar turut mendakwa beliau akan menjadi Perdana Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ini adalah kenyataan pertama beliau mengenai tempoh masa yang dijangka untuk beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri. ”Saya tidak jangka kita dapat menentukan tempoh yang tepat bila saya akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tetapi yang pasti ia tidak akan melebihi tempoh tiga tahun…atau lebih awal daripada itu,” katanya. – 23/4/2008