PKR ANCAM KELUAR PAKATAN DI PERAK -SYED HUSSEIN

IPOH PERAK 13 HB -Belum pun reda dengan kemelut kenyataan Lim Kit Siang DAP tidak menerima calom PAS Ahmad Nizar sebagai MB Perak, kini PKR pula menyuarakan perasaan ketidak puasan hatinya apabila DAP mempunyai 8 calon EXCO manakala 2 lagi dari lain-lain parti.

Keluhan ini disuarakan oleh Syed Hussein dan berikrar akan keluar parti pakatan itu jika ini menjadi kenyataan . DAP memenangi 18 kerusi PKR 7 dan PAS 6. "Seharusnya pembahagian kerusi EXCO harus dibahagikan secara komposisi kaum ,"demikian jelas Syed Hussein lagi.

Ini adalah berdasarkan semangat kerjasama yang telah dibentuk . Jika PKR menarik diri, UMNO akan terus berkuasa semula di Perak.Renung-renungkanlah.Bukan semua nkaum mengundi hanya satu parti.Ada kaum Cina mengundi PAS, ada kaum Melayu mengundi DAP, dan ada semua kaum mengundi PKR> jadi DAP tidak harus tamak haloba untuk memerintah.Mungkin ini peluang yang diberikan rakyat , jika tidak mimpi untuk 50 tahun lagi, atau biar sahaja BN yang memerintah hingga ke hari kiamat.


KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN PKR


Parti Keadilan Rakyat menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PAS, Sdr. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Walaupun pada peringkat awal kami dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti, kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara KeADILan, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya.

Namun, kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain. Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama. Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat.

Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.

Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal.

Dr. Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat



--------------------------------------------------------------------------------