LAWATAN ANWAR BERGAMBAR: ROMBONGAN ANWAR DIKEPUNG DAN DIBALING BATU DI JENGKA 22
ROMBONGAN DSAI DI KAWAL OLEH AMK DAN JUGA UNIT AMAL MELALUI JALAN LAIN BAGI MENGELAK PERGADUHAN
OLEH: AMIRAMIRUDDIN
KERDAU: Rombongan Ketua Umum PKR Dato Sri Anwar Ibrahim disekat dan dikepung di persimpangan masuk ke Jengka 22 semalam.Rombongan yang bertolak dari Rumpun Makmur ke Jengka 22, kemudiannya di sekat di baling dengan tanah merah,batu dan juga sisa ayam.
Sementara itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengecam tindakan ganas yang didakwa dilakukan petugas Umno BN dan diangap sebagai tindakan tidak bertamaddun dan tidak punya semanagat perjuangan yang tulin dan menghormati pilihanraya.
Ketua PKR Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Hamid, yang turut bersama dalam kenderaan yang di naikki DSAI itu sempat melihat kejadian tersebut dimana lebih 30 orang pemuda bermotosikal ,sambil memegang sepanduk dan bendera BN menyekat kereta Anwar di Jengka 22 sambil menjeritkan perkataan lucah , mengetuk dengan bendera kenderaan beliau serta membaling batu dan juga ketulan tanah merah juga sisa ayam terhadap kenderaan yang dinaiki ketua umum parti itu.
Maklumat yang di perolehi di jengka 22 dimana pemuda AMK mengawal di kawasan tersebut, menjelaskan bahwa mereka bukan orang Jengka 22, sementara Ahmad Nizam berkata beliau yakin kesemua mereka adalah orang luar dan bukan masyarakat tempatan.
"Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan kita melihat ianya adalah tindakan ganas yang dirancang" demikian jelas Ahmad Nizam lagi.
Sebelum itu katanya, sejumlah paku turut ditaburkan di atas jalan raya khususnya di jalan jengka 22 menuju ke tapak ceramah ketua pembangkang itu menyebabkan kira-kira 50 buah motorsikal dan beberapa kereta mengalami kerosakan tayar.Menurut Ahmad Nizam lagi, beliau dan pemuda AMK akhirnya di bawa melalui jalan lain dengan diiringi oleh skuad AMK dan Unit Amal PAS bagi mengelak kejadian yang sama berulang atau pergaduhan yang mungkin timbul apabila rombongan tersebut di beritahu akan kejadian yang menimpa rombongan DSAI.