ANWAR:SEDIA HADAPI PILIHANRAYA DAN BERSEDIA UNTUK MEMERINTAH



ANWAR JANJI TURUNKAN HARGA MINYAK JIKA BN TUMBANG

OLEH: WRLR

Pulau Pinang- 15 JUN -Ketua Umum PKR Dato’Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa jika Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih negara dalam sedikit masa lagi..langkah pertama yang difikirkan ialah dengan menurunkan harga minyak.Ini adalah kerana dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi dan antara negara pengeluar minyak , menaikkan sehingga 78 sen dianggap keterlaluan.Beliau menjelaskan demikian dalam ceramah perdana bersama Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri oleh Lim kit Siang,Sdr Hj Mohd Sabu menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan juga pimpinan kerajaan negeri di hadapan 15000 ribu hadiri yang memenuhi stadium bandaraya.

“Langkah pertama yang akan diambil oleh Kerajaan yang akan di tubuhkan nanti ialah memikirkan bagaimana meringankan kesusahan rakyat dan dengan itu langkah utamanya ialah dengan menurunkan harga minyak”’

Sambil memuji tindakan kerajaan negeri Pulau Pinangdi bawah pentadbiran Lim Guan Eng yang menjalankan dan memperkenalkan sistem penjimatan dan berhati-hati dalam perbelanjaan, bukan sahaja akan menjadikan langkah-langkah kerajaan Pakatan Rakyat ini lebih efisian tetapi membuka mata untuk para pelabur mendekati kerana langkah ini dilihat tidak membebankan rakyat.

Menurut Dato Seri Anwar lagi jika Negara kita mengeluarkan minyak sebanyak hampir sejuta tong sehari dan dengan kos bagi satu tong dipasaran antarabangsa ialah sekitar USD130 , setong dan kos memprosesnya ialah sekitar USD 30 setong, kita mempunyai jumlah yang mencukupi bagi memberi subsidi dan membantu rakyat.

“Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai komited untuk memperbaiki dan memberi serta menolong rakyat ,bukan sahaja anak Melayu tetapi anak-anak Malaysia dari semua kaum Melayu,Cina ,India ,Kadazan,Bajau, bagi meningkat dan memajukan peluang-peluang pendidikan yang lebih menyeluruh kepada semua kaum yang layak untuk dibantu baik di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak”

Kerajaan Barisan Nasional selalu memutarkan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat.Jika kini kerajaan Barisan Nasional menang dan memerintah,namun menyiksa rakyat dengan beban kenaikan harga minyak dan sudah tentunya kenaikan harga barang keperluan dan juga perkhidmatan yang terpaksa ditanggung rakyat , apakah itu bukan di katagorikan sebagai menipu rakyat yang memberi undi kepada Barisan Nasional untuk memerintah.

Beliau seterusnya mengingatkan kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Abdullah Badawi supaya sedar bahawa dengan kenaikan harga minyak ini bukan akan memperbaiki keadaan kehidupan rakyat , malahan menjadikan rakyat jatuh miskin.Kerajaan yang menyusahkan rakyat harus diganti dengan kerajaan yang lebih baik dan memperdulikan nasib rakyat.

Kepada rakyat ..penasihat PKR dan bakal Perdana Menteri Malaysia ini juga menjelaskan supaya rakyat bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya dan juga kepada pimpinan Pakatan Rakyat mempersiapkan diri untuk menjadi pemerintah.

“Kita harus bergerak ke Putrajaya secepat mungkin”tegas Dato Seri Anwar dan disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir.

Beliau seterusnya memberi panduan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri supaya menjaga kebajikan rakyat,menghapuskan rasuah,langkah-langkah penjimatan dalam perbelanjaan dan dengan ini pelabur tahu dan mereka(para pelabur) akan datang jika mengetahui kerajaan Pakatan Rakyat adalah berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional.Oleh itu, rakyat perlu menyokong kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.Beliau kemudiannya di jemput untuk memperkenalkan baju PROTES yang akan dijual kepada orang ramai untuk hadir pada 5 Julai nanti sebagai langkah membantah kenaikan harga minyak.
















No comments: