Thursday, May 1, 2008

YB HAMDAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEBAKARAN KEPADA AHLI UMNO


PERMATANG Pauh 1Mei- YB Hamdan Abd Rahman ADUN Permatang Pasir hari ini menyampaikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada salah seorang ahli UMNO Permatang Pauh , iaitu En Mohd Fadzil Bin Saad 36 yang menjadi mangsa kebakaran rumah pada 30April.Sumbangan melalui pejabat KADUN Permatang Pasir ini turut disertai dengan khidmat nasihat dan juga jaminan dari YB Hamdan sendiri untuk diketengahkan kepada pihak-pihak pejabat daerah,Jabatan Kebajikan ,Pejabat Zakat dan juga individu-individu yang lain untuk membantu Mohd Fadzil.



Kejadian yang berpunca dari litar pintas ini berlaku semasa beliau berada di tempat kerja, dan dimaklumkan kepada beliau.Beliau yang bergegas pulang melihat kejadian ini dengan penuh hiba dan sedih.Dianggarkan kerugian keseluruhan mencecah RM 100,000.


Apabila ditanya berhubung dengan bantuan yang disampaikan kepada ahli umno, YB Hamdan dengan tegas menyatakan bahawa "ini rakyat saya,memang saya tahu beliau adalah ahli umno,walau apa pun parti yang diwakili beliau, saya tidak akan mengenepikannya", demikian tegas YB Hamdan lagi.Turut hadir ialah Pengerusi JKKK PR Tn Hj Zubit ,para penyokong dan orang ramai yang turut bersimpati dengan beliau.



Sementara itu apabila ditanya En.Mohd Fadzil mengenai sama ada pihak UMNO menghantar wakil bertanya khabar, beliau dengan perasaan sedih menyatakan bahawa "sehingga kini belum ada mana-mana wakil dari UMNO yang datang bertemu saya ",malah dengan perasaan segan silu bercampur hiba menyatakan bahawa "mungkin pihak-pihak UMNO tidak tahu mengenai kes ini", demikian kata beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan inisiatif yang di lakukan oleh YB Hamdan."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi bantuan ini terutamanya YB Hamdan kerana berusaha membantu saya"




Menurut YB Hamdan lagi harapan untuk mendapatkan bantuan bagi membantu membaik pulih rumah ini,beliau menjelaskan bahawa"Pihak yang sepatutnya telah dimaklumkan,dan diharapkan agar En Fadzil bersabar untuk menempuhi musibah yang menimpa ,InsyaAllah dengan maklumat yang telah kita usahakan dengan pihak-pihak yang terlibat, kita akan usahakannnya bagi membantu sahabat kita ini",demikian kata YB Hamdan lagi.





No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers