HUBUNGAN UMNO DENGAN MUHYIDDIN MAKIN JELAS ADA TANDA TANDA TIDAK BAIK



Dalam tempoh terdekat ini, sekurang-kurangnya sudah dua kali Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan membuatkan Perdana Menteri, Muhyiddin berada dalam keadaan tidak sedap hati.
Minggu lepas, beliau secara berterus-terang mengatakan UMNO sama sekali tidak berada dalam dilema tentang hubungannya dengan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu.
PN, tambahnya, bukanlah sebuah entiti politik yang berdaftar dan kerana itu hubungan UMNO dalam gabungan kerajaan itu dan Bersatu hanyalah sehingga PRU15 saja.
Untuk PRU15 akan datang, tegas Tok Mat lagi, UMNO serta BN hanya ada perjanjian dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) dan tidak dengan PN atau Bersatu.
Dengan kata mudah, penegasan beliau itu menunjukkan UMNO dan BN akan meninggalkan Bersatu dan Muhyiddin sebaik saja Parlimen dibubarkan.
Maknanya, apa nasib Bersatu dan bagaimana ia mahu membawa diri dalam PRU15 akan datang, pandai-pandai nak hidup dan membawa diri.
Siapa pun dalam kedudukan Muhyiddin, pasti akan berasa tidak sedap hati, kalau pun tidak tersinggung dengan kenyataan Tok Mat itu.
Semalam pula, Tok Mat mengesahkan beliau telah ditawarkan untuk sebuah GLC, tetapi membuat keputusan menolak tawaran tersebut.
Beliau dikatakan menolak perlantikan itu kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan parti menghadapi pilihanraya umum datang.
Sebelum ini viral tentang beberapa tawaran Muhyiddin untuk menerajui GLC kepada pemimpin UMNO dan Tok Mat disebut ditawarkan untuk menerajui TNB.
Bersama kenyataannya minggu lalu dan keputusan terbaru menolak tawaran menerajui GLC, rasa tidak sedap hati Muhyiddin terhadap UMNO dan Tok Mat mungkin sudah di paras yang lebih tinggi sekarang ini.
Tok Mat dengan jelas benar-benar mahu membawa UMNO, BN dan MN kepada persada kuasa selepas PRU akan datang dan tidak terliur dengan jawatan dalam kerajaan tidak berdaftar PN yang dibuat oleh Muhyiddin kepadanya.
Dalam waktu yang sama, Tok Mat seolah-olah mengajak seluruh ahli UMNO menilai kembali bahawa walaupun bersama dalam kerajaan, kedudukan parti itu adalah dalam hireaki ketiga dari segi keutaman oleh Muhyiddin.
Melalui perlantikan kabinet dan kementerian yang diamanahkan, tanpa keraguan menunjukkan Muhyiddin lebih mengutamakan kelompok Bersatu, termasuk Ahli Parlimen yang melompat daripada UMNO dan kem Azmin Ali, meskipun mereka mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang sedikit berbanding UMNO.
Sementara itu, seorang Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman pula membidas pemimpin-pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan dengan menganggap mereka sudah terpesong hala tuju.
Para pemimpin UMNO, kata beliau sepatutnya terus memperkukuh kerjasama dengan Pas dalam MN, manakala keberadaan mereka dalam PN hanya membabitkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen semata-mata.
“Sepatutnya kita teruskan usaha memperkukuhkan MN untuk siap siaga hadapi PRU-15.
“Tapi malangnya ada orang sudah terpesong hala tuju yang sepatutnya ditumpukan untuk hadapi PRU-15 tetapi digunakan untuk ambil bahagian dalam kerajaan.
“MN macam sudah tidak penting, yang penting dapat masuk kerajaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak di Perak.
Dengan kenyataan ini, tidak dipastikan sama ada ia membayangkan Tajuddin yang turut ditawarkan menerajui GLC, Prasarana Bhd, akan mengikuti jejak Tok Mat menolak sama tawaran Muhyiddin terhadapnya.
Jika beliau menolak tawaran itu, sama seperti Tok Mat, maka ia benar-benar merupakan tamparan kepada Muhyiddin yang masih terumbang-ambing dari segi kedudukan sokongan majoriti di dalam Parlimen.
Apa pun, mahu tidak mahu, Muhyiddin tentu saja mulai berasa hati UMNO sekarang ini, terutamanya dengan kenyataan dan pendirian Tok Mat itu.
Kalau Tajuddin juga mengambil pendirian yang sama, sesuai dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen yang ada undi di Dewan Rakyat, tahap stress dan tekanan darah tinggi Muhyiddin barangkali akan meningkat dengan sendirinya.
Yang pasti, perkembangan ini memperlihatkan hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan kedudukan parti itu dalam PN juga semakin berada dalam keadaan yang tidak baik, walaupun hanya kira-kira dua bulan bersama-sama membentuk kerajaan baru melalui tebuk atap.
Dengan perkembangan ini, berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan menghadapi tekanan dan karenah UMNO?

(ShahbudinHusin 03/05/2020)


Rakyat Bodoh Atau Diperbodohkan.



Kelonggaran PKP akan bermula 4 Mei menimbulkan pelbagai persoalan bodoh diantaranya :-

1. Keluar rumah naik kereta 2 orang tetapi duduk dikedai makan boleh 4 orang.
Apa bezanya 2 orang naik 1 kereta pergi ke kedai makan dengan 4 orang bertemu dikedai makan ?

2. Masjid dan surau tidak dibenarkan dan industri dibenarkan.
Apa bezanya 600 bertemu seminggu sekali dengan 500 orang bertemu setiap hari ?

3. Kenderaan awam mula operasi.
Kereta sendiri boleh naik 2 orang je, bas kilang naik berapa orang ?

4. Pengerakan merentas negeri tidak dibenarkan.
Kerja dibenarkan dan balik raya tidak dibenarkan.
Yang ulang alik bekerja kilang dari Seremban ke KL dan Taiping ke Penang tu macam mana ?

5. Bersukan dibenarkan dan aktiviti riadah tidak dibenarkan.
Apa bezanya sukan dan riadah ?

6. Restoran dibenarkan dan Makcik Kiah jual goreng pisang tidak dibenarkan.
Restoran dan kedai makan ada orang melepak dibenarkan tetapi gerai goreng pisang Makcik Kiah orang cuma singgah beli dan terus balik tidak dibenarkan.

7. Flip Flop institusi perbankan.

Kes Covid-19 belum selesai, yang terlepas lari keluar dari kawasan PKPD pun tidak diketahui berapa ramai kerana ada kes membuktikan terdapat percubaan melarikan diri dan tertangkap. SEMPADAN NEGARA Yang Dikawal Berlapis² Pun Bocor, inikan pula hanya kawad duri yang menjadi tembok sempadan kawasan PKPD.

Ada beberapa negara menyesal menarik balik larangan perintah berkurung kerana kes Covid-19 naik mendadak akibat dari kedegilan pembawa penyakit Covid-19 yang tidak diketahui.

Adakah kerajaan sengaja mahu ramai rakyatnya menjadi duda atau balu atau menjadi anak yatim dek kerana sikap kapitalis² yang mementingkan keuntungan wang ringgit daripada nyawa.

Kemana barangan ini mahu dihantar kerana majoriti negara didunia ini menutup pintu keluar masuk mereka untuk semua aktiviti. Jika hanya pasaran domestik, sepatutnya sektor yang berkaitan domestik sahaja dibenarkan beroperasi seperti sektor pertanian dan logistik tempatan.

Rakyat sudah mula menerima dan telah pun bersiap sedia untuk PKP hingga selepas Hari Raya Aidilfitri demi kepentingan nyawa diri dan keluarga tetapi sebaliknya kerajaan pula nampaknya yang tidak sabar untuk menamatkan PKP secara halus tanpa menarik perkataan PKP.

Jika rakyat yang kais pagi makan pagi boleh bertahan, mengapa pula mereka yang cukup bulan cucuk duit dibank tidak mahu dan tidak mampu bertahan atau ketamakan telah menguasai diri. Yang mana sekiranya dapat membuat stok dan bekalan dari sekarang disimpan dan apabila semua pintu sempadan negara dibuka nanti keuntungan besar²an akan diraih oleh pihak² kapitalis ni.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang membuat rakyat rasa bodoh dan diperpodohkan atau kerajaan sengaja mahu persenda dan mempermainkan rakyat.

Pelik Tapi

Good facts 👍

Muhyiddn perlu ralat pelonggaran PKP


LEPAS SAHUR

Dr Noor Hisham hanya
akur?
PELBAGAI pihak memberi pandangan dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap langkah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang patut bermula esok 4 Mei. Masing-masing memberi alasan bahawa tindakan itu sebagai tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan wabak itu masih belum menunjukkan ke arah berakhir secara konkrit.

Ia juga agak pelik dan sumbang sedikit sebab KPK fasa ketiga baru berakhir pada 12 Mei, setidak-tidaknya jika hendak buat kelonggaran tunggu tempoh itu habis.


Yang menzahirkan kebimbangan bukan sahaja daripada pakar, pemimpin NGO, atau pun pihak pembangkang, tetapi ada juga pemimpin parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang tidak berada dalam kerajaan. Suara mereka itu tidak perlu dilihat sebagai suatu singgungan atau sindiran kepada Muhyiddin tetapi hendaklah dilihat sebagai ikhlas pandangan untuk kebaikan bersama.

Antara pemimpin parti kerajaan yang menyuarakan ketidak-setujuan mereka ialah Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan juga bekas presiden Umno Najib Razak sendiri. Asyraf menyifatkan langkah itu sebagai tergesa-gesa sementara Najib meminta melakukannya dalam keadaan lebih berhati-hati secara berperingkat dan bukan sekaligus.

Yang lainnya ada yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak melihat kepada perkembangan keliling, tanpa memikirkan implikasi daripada apa yang menimpa di beberapa buah negara yang telah melakukan hal sama akhirnya mengakibatkan wabak itu menular kembali secara mendadak.

Negara yang disebut sebagai contoh adalah negara-negara yang dikira lebih canggih dan advance prasarana kesihatan dan tahap disiplin rakyatnya yang tinggi, seperti Kenada, Jepun dan Singapura. Ternyata kes-kes baru Coronavirus di negara itu merebak mendadak selepas dilakukan perlonggaran lockdown.

Berdasarkan fakta itu mereka bimbang perkara sama akan berlaku di negara ini, apa lagi tahap disiplin dan sabar diri di dalam kalangan rakyat negara ini lebih rendah nilainya berbanding negara berkenaan. Untuk melihat ini perhati sahaja kepada statistik mereka yang ditahan kerana melanggar PKP dan didakwa di mahkamah.

Kebimbangan juga dinyatakan, sekiranya wabak itu bangkit kembali ia akan membebankan para petugas di barisan hadapan (frontlines) yang sejak awal-awal hingga kini masih belum berhenti mengekangnya siang malam. Jangan pula apabila ianya sudah menunjukkan tanda-tanda mahu berakhir, ia tetiba bangkit kembali. Bayangkan betapa seksa dan sangsaranya para petugas hadapan, seperti; doktor, jururawat, polis, tentara, rela dan sebagainya kalau tiba-tiba wabak itu bangkit mendadak.

Apa yang mereka sedang alami ini sudah cukup menyeksa dan mederitakan mereka berbanding dengan kita  yang "bebas" dan hanya bekurangan di rumah tidak merasai hakikat kesuliatan dan kecemasan yang para barisan hadapan itu alami.
Jangan pula kerana nak menyelamat satu keadaan, ia menimbulkan masalah lain pula yang berakhirnya keadaan lebih parah. Kata orang hendak selamatkan daripada mulut buaya termasuk ke mulut rimau, nak selamatkan negara dan bangsa daripada dihancurkan kerajaan PH bentuk kerajaan PN walaupun dengan cara tidak bermoral. Curi. 

Juteru kerajaan dalam melakukan tindakan itu jangan semata-mata kerana melihatan kepada penurunan jumlah kes baru. Unjuran itu tidak relevan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian jangkit kes-kes baru, banyak berlaku disebabkan jangkitan kes dalam negeri bukan kes import. Ini menunjukkan varius itu sudah berumah dan berdikari di negara ini.

Apa lagi kalau kelonggaran itu kerana memikirkan masalah ekonomi dan kewangan negara ia sesuatu yang tidak praktikal. Dua hari lepas Muhyiddin memberi maklumat bahawa negara kerugian sebanyak RM2.4 billion sehari dan sejak PKP dilaksanakan kerugian mencecah RM63 billion dan akan mencecah RM100 billion sehingga tamat PKP fasa tiga nanti. Kita tahu masalah dan bebanan itu, tetapi soal jiwa lebih penting. Wang boleh dicari, nyawa sekali hilang, tunggulah setelah terbunyi nafiri baru hidup semula.

Seelokknya sebelum kelonggaran itu diberikan walaupun ia menggembira rakyat bawahan dan mereka yang ingin segera merdeka kerana tidak tahan berkurung di rumah, tetapi sesuatu yang lebih utama dan penting daripada itu perlu difikirkan. Pastikan dahulu wabak sudah benar-benar mahu berundur daripada negara ini barulah kelonggaran itu diberikan. Kebiasaan baru yang melanda rakyat negara ini sekarang ini perlu dijadikan sebagai benteng untuk tidak kembali kepada beberapa kebiasaan lama yang tidak baik seperti bersembang di kedai-kedai kopi.

Tidak disangkalkan Muhyiddin dan kerajaan PN perlu membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan negara daripada Covid-19 ini sesuai dengan harga kesedihan dan kemarahan rakyat yang tinggi juga apabila kerajaan yang mereka dokong dan angkat, PH dikudetakan oleh Muhyiddin dan kuncu-kucunya. Cis, basa menatang.
Kita percaya dari sudut hati kecil Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang bertanggungjawab sepenuh dalam monitor masalah Covid-19, yang menjadi komandan utama kurang bersetuju dengan langkah itu. Tetapi mungkin kerana kehendak politik atau pun desakan individu tertentu untuk menunjukkan negara telah selamat daripada Covid-19, kononnya mereka berjaya menanganinya dengan tanda PKP dilonggarkan, apa yang beliau boleh lakukan kecuali akur sahaja. 
Bukankah pegawai kerajaan itu sering kali diperbudakkan oleh orang politik?  
Dalam pada itu kebimbangan juga disuarakan oleh rakyat yang sedar dan peka dengan masalah bahaya coronavirus berkenaan tidak setuju dengan pelonggaran itu. Seramai 330,000 sehingga semalam dilaporkan telah menanda tangan menyatakan bantahan (petisyen) mereka yang dibuat melalui on line, Change.org.

Kerajaan hendaklah mengambil kira semua pandangan itu dan tidak akan melanggar dengan menggunakan kuasa atau keegoan yang ada seperti mana sikap sesetengah orang yang berani langgar KPK kerana semata-mata untuk kepentungan diri sendiri. Cara itu tidak baik dan bersifat ulu albab.

Dalam masa terdekat kita mahu Muhyiddin Yassin mengumumkan pengubahan keputusan itu dengan beberapa pembaikian, tanpa memansuhkan semuanya. Biasalah sebagai kerajaan baru walaupun Muhyiddin sudah berada dalam kabinet berdekad, kesilapan dan salah fikir tetap berlaku. Salah dan kecacatan itu pula kian menjadi-jadi apabila Muhyiddin kebetulan memiliki beberapa orang menteri yang "cendoi" atau menteri "kueh Che Amat demam". [wm.kl.7:39 am 03/05/2020]


APA SEKALI PUN,MAHATHIR HARUS BERJUANGAN DARI LUAR DAN TIDAK TERIKAT BERSAMA PH

Isu Bersatu, Mahathir: Usah sekat alternatif atau pilih jalan mati

Isu Bersatu, Mahathir: Usah sekat alternatif atau pilih jalan mati

4 MEI

Sedikit *pencerahan* berkenaan Isnin *4 Mei 2020* ni..

Ada yang kecewa dengan keputusan kerajaan.. ada yang dah seronok fikir nak ke mana Isnin ni.. yang takut dan khuatir pun ramai..

Ramai juga yang bertanya itu ini.. maaf.. nak beritahu soalan tu kebanyakannya kurang bernas sebab korang tak buat homework sebelum bertanya.. korang nak pertikai tapi pertikaian korang tu tak kena point..

Nak bertanya boleh.. tapi tolonglah berfikir sebelum bertanya..

PKP 4 sepatutnya tamat pada 12 Mei 2020.. jangan melatah.. harap posting ini dapat memberi idea kepada semua.. ia cerita yang simple supaya senang faham..

Kita perlu menyambut baik pengumuman ini.. tentu sekali ada baik dan buruknya.. dan yang paling ketara semua orang takut..

1. Di antara 4 Mei hingga 12 Mei ada 9 hari.. dalam 9 hari ini adalah *hari penentu*.. untuk meneruskan *PKP 5*.. atau memulakan *exit strategy*.. sekiranya 4 Mei ini dapat mendidik masyarakat hidup dalam *new normal* dengan baik..

2. 4 Mei adalah hari memulakan *new normal* disertakan pelbagai SOP ketat dan panduan..

3. Graf jangkitan sudah menurun.. dan kes baharu yang dicatatkan adalah dari kes import.. dan kes generasi ke 3.. atau ke 4.. mudah kita faham sebab jangkitan dari kes generasi pertama hingga generasi ke 3 atau ke 4 mengambil tempoh mungkin 25-30 hari.. sekarang PKP sudah melangkau 45 hari..

4. Bermakna tiada kes jangkitan dari generasi pertama dan kedua..

5. Takut pergi kerja guna pengangkutan awam dan sebagainya?..

Setiap operator perlu melakukan *nyahkuman* sebelum memulakan operasi.. wajib menyediakan *hand sanitizer*.. dan *sabun* basuh tangan.. wajib *menjarakkan* meja makan 2 meter..

Setiap individu perlu menjaga kebersihan diri.. menjaga jarak sosial.. sentiasa mencuci tangan.. mandi terus.. selepas pulang ke rumah..

6. Kenapa tak boleh merentas negeri?.. kenapa tak boleh balik kampung lagi?.. sekiranya 4 Mei ini memudaratkan.. risiko jangkitan adalah lebih kecil berbanding *risiko massive spread* hingga ke bandar atau negeri lain..

7. Selagi kita tidak menerima atau membenarkan orang keluar/masuk dari Malaysia.. *risiko jangkitan massive* sangat rendah dan potensi kita menang amat tinggi..

Nasihat saya.. gunakan 4 Mei 2020 dengan penuh syukur.. tanggungjawab.. dan hanya ke satu destinasi atau tempat.. jika benar-benar perlu sahaja.. walau sudah diberi mandat oleh kerajaan.. masih perlu elakkan jika mahu rasa selamat..

Kerana 4 Mei ini peluang dan risiko adalah sama *50-50*..

Pada yang dah rasa seronok sangat tu.. perlu dinasihatkan buanglah sikap seronok jakun nak berlibur tu.. kerana peluang dan risiko *50-50* tu kita kena ingat.. tanam dalam kepala.. jangan nanti jangkitan naik semula.. semua salahkan PM.. salahkan kerajaan.. yang keluar macam terlepas kandang tu kita.. tetap salahkan orang lain..

Yang keluar berjalan pimpin tangan tu boleh simpan tangan masing-masing.. Sebab apa?.. masanya tak sesuai lagi!.. ni bukan masa korang nak bercinta tunjuk loving..

Kalau sama² serumah risiko memang sangat rendah.. tapi mereka² ni yang bercouple.. yang tidak serumah pun nak berpimpin tangan.. sedangkan risiko jangkitan yang duduk berasingan lebih bahaya..

Kalau kita semua jaga kita semua.. kita semua mesti menang.. mungkin kita semua dapat berhari raya bersama keluarga di kampung..

Kita _hampir_ menang..
Kita *mesti* menang..

Berdoalah...
Allah bantu kita.
Aamiin. 🤲🏻

#CpPnSha

SEMBANG DERAIH....

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

TUUUUU DIAAAA..BUKA POSA DASYAT NO......KA SAMBUT KRISMAS NI...

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang duduk, meja dan dalam

ADAKAH ISLAM MASUK TANAH MELAYU DENGAN HUDUD?

BANTUAN RM600 MAKCIK KIAH


Dulu umum ada bantuan RM600 untuk pekerja yang ambil cuti tanpa gaji.

Rupanya dah ditamatkan awal minggu lepas sebab dah takde peruntukan. Bukan NR kata dia dah tolong kumpulkan rezab RM2 trillion untuk negara?

Kalau ingat, saya mula-mula dulu puji Pakej Makcik Kiah ni. Cuma saya ingatkan kena pantau dari segi pelaksanaan sebab kalau dah janji benda takde akan backfired...

Putrajaya perlu step up the game.
Rakyat dah ramai takde kerja, bantuan pun banyak tergendala.
The recession is REAL, people.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Tiada penerangan foto disediakan.

KELEBIHAN UNTUK LEBAI KAKI TEMBERANG DAN PELUPA



AIMS

Kebiasaannya, mereka diberi kelebihan oleh Allah dengan dua pakej. Kaki temberang dan kaki pelupa.. Tak mau kata banyak-banyak, time puasa kan. So, berhati-hati dengan lebai scammer dari bulan!


Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks

DAH LA MABUK, LANGGAR PULAK ANGGOTA KESELAMATAN.HUKUMAN MATI MANDATORI.



IBRAHIM MAT ISA

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, malam dan luar


NETIZEN GESA  HUKUMAN BERAT DIKENAKAN

Salam takziah buat Kpl Safwan Bin Mohamad Ismail, anggota dari IPD Kajang yang meninggal dunia akibat dilanggar semasa bertugas di SJR berhampiran tol Kajang Selatan sekitar pukul 3.30 pagi ini.
Beliau dilanggar oleh truk jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang lelaki India dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.
Netizen seluruh negara mahu lelaki India itu dihukum dengan hukuman paling berat!

Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: malam dan luar



MIQDAD ZAKARIA

Anggota polis maut dilanggar pemandu MABUK
CCCSel 03/05/2020. Maklumat awal. DCC Kajang maklum pada jam lebih kurang 030210 Hrs kejadian kemalangan maut melibatkan seorang anggota yang terlibat dalam tugas SJR 5 Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya LEKAS. Mangsa Kpl 171xxx Safwan Bin Mohamad Ismail umur 31 tahun dan bertugas di Cawangan D5, JSJ, IPD Kajang, Selangor.
Mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dilanggar oleh sebuah Toyota Hilux warna silver nombor pendaftaran NCT 6xxx yang dipandu oleh (1) (L) India dipercayai mabuk. Mangsa telah dihempap oleh kenderaan tersebut dan mendapat kecederaan di bahagian kepala dan badan. Mayat Allahyarham telah dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut. Saspek mendapat kecederaan kini dirawat di Hospital Serdang.
Butiran saspek:
Nama : Kalaichelvan A/L Kanniappan
Mykad : 760xxx-05-5xxx
Umur : 44 Thn
Kes siasat bersabit Trafik Kajang Rpt : 8xxx/2020. IO : G/2xxxx Insp. Ammar Bin Mohd Tahir (018-2194xxx).
====================================
SJR di Kajang
(1) Anggota polis terbunuh akibat kenderaan hilang kawalan.
Innalillahi wainna ilaihi raji'un
Pejam mata sedekahkan Al-Fatihah
Terima kasih semua Rakyat yang engkar PKP.. terima kasih tidak terhingga. nyawa kami RM200.🤝
Inilah pertama kali aku type status sambil mengalir air mata... Ya Allah.. peliharakan la roh arwah.. ampunkan dosa2nya!!!
Kredit - Ranger Farm


KERAJAAN DIGESA LONGGARKAN PKP HANYA SELEPAS 12 MEI.



RAKYAT Malaysia memerlukan lebih daripada dua hari untuk menyesuaikan diri dengan prosedur baru di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilonggarkan, kata kumpulan sivil dan profesional kesihatan.
Dalam petisyen ditandatangani oleh 359 doktor, kumpulan dan bekas pesakit Covid-19, mereka berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mempersiapkan diri dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik sahaja sekatan pergerakan dilonggarkan.
Lebih baik jika kelonggaran itu dilaksanakan pada 13 Mei dan bukannya 4 Mei seperti diumumkan kerajaan Perikatan Nasional semalam.
Tempoh PKP yang berlangsung selama enam minggu berjaya mencegah jangkitan Covid-19 daripada menjadi tidak terkawal di Malaysia.
Namun, ia boleh digagalkan jika rakyat Malaysia tidak diberi cukup waktu untuk mempersiapkan diri dengan norma tingkah laku baharu selepas sekatan PKP dilonggarkan dan sebahagian besar ekonomi dibuka, kata mereka.
“Kita perlu secara beransur-ansur melonggarkan sekatan dan memastikan dapat kembali untuk hidup, bekerja dan membina semula,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak mereka oleh badan pemikir Galen Center for Health and Social Policy.
“Namun, kami bimbang pencapaian ini mungkin gagal jika tiada cukup waktu untuk memastikan rakyat cukup bersedia untuk melindungi diri, keluarga, tempat kerja dan masyarakat.
“Terdapat risiko nyata gelombang seterusnya bagi jangkitan Covid-19 akibat ketidakpatuhan dan salah faham mengenai SOP kerana kurangnya waktu persiapan,” tambah mereka lagi.
Sementara itu pertambahan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia setakat hari ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia agar tidak memandang mudah berkenaan wabak tersebut.
🌍 Dunia – 3,398,473 + 94,253.
Mati – 239,448 + 5,618
1🇺🇸 USA – 1,131,030 + 36,007.
Mati 65,753 + 1,897
2🇪🇸 Sepanyol – 242,988 + 3,349. Mati – 24,824 +281
3🇮🇹 Italy – 207,428 + 1,965.
Mati – 28,336 + 269
4🇬🇧 UK – 177,454 + 6,201.
Mati – 27,510 + 739
5🇫🇷 Perancis – 167,346 + 168.
Mati – 24,594 + 218
6🇩🇪 German – 164,077 + 1,068.
Mati – 6,736 + 113
7🇹🇷 Turki – 122,392 + 2,188.
Mati – 3,258 + 84
8🇷🇺 Russia – 114,431 + 7,933.
Mati – 1,169 + 96
9🇮🇷 Iran – 95,646 + 1,006.
Mati – 6,091 + 63
10🇧🇷 Brazil – 92,202 + 5,015.
Mati – 6,412 + 406
10 negara terpilih
1 🇨🇳 China – 82,875 + 1.
Mati – 4,633 + 0
2 🇨🇦 Canada – 55,061 + 1,825.
Mati – 3,391 + 207
3🇮🇳 India – 37,336 + 2,473.
Mati – 1,223 + 69
4🇨🇭 Switzerland – 29,705 + 119.
Mati – 1,754 +17
5🇸🇦 Arab Saudi – 24,097 +1,344.
Mati – 169 + 7
6🇮🇱 Israel – 16,101 + 155.
Mati – 225 + 3
7🇯🇵 Jepun – 14,305 + 217.
Mati – 455 + 25
8🇦🇺 Australia – 6,780 + 14.
Mati – 95 + 2
9🇪🇬 Mesir – 5,895 + 358.
Mati – 406 + 14
10🇦🇷 Argentina – 4,532 +104.
Mati – 225 +7
5 Negara Asia Tenggara
1🇸🇬 Singapura – 17,548 + 447.
Mati – 16 + 1
2🇮🇩 Indonesia – 10,843 + 292.
Mati – 831 + 31
3🇵🇭 Filipina – 8,928 + 156.
Mati – 608 + 29
4🇲🇾 Malaysia – 6,176 +105.
Mati – 103 + 0
5🇹🇭 Thailand – 2,966 + 6.
Mati – 54 + 0
Kesimpulan:
1. Jangkitan di seluruh dunia menghampiri 3.4 juta kes.
2. Kematian dunia melebihi 239,000.
3. Sembuh dunia 1.08 juta @ 32% drp jumlah keseluruhan jangkitan.
3. Selain US, negara mencatat kes positif yang tinggi (1,000 kes ke atas adalah Sepanyol, UK, German, Turki, Russia, Iran, Brazil, Canada, Peru, India, Ecuador, Arab Saudi, Mexico & Pakistan.
4. Rusia, UK & Brazil terus tinggi dengan kes positif harian masing2 7,933, 6,201 & 5,015.
5. Arab Saudi terus tinggi dengan lebih 24,000 kes & mati 169.
6. Kes harian Malaysia 105 kes (94 kes domestik & 11 kes import). Kes harian teringgi sejak 16.4.20.
Jadi, apakah keputusan kerajaan melaksanakan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 4 Mei ini suatu tindakan yang berbaloi? 

(ShahbudinHusin 02/05/2020)