Maaflah MUHYIDDIN... ini Kerajaan Perpaduan bukan kerajaan PH... KENYATAAN MEDIA
Maaflah MUHYIDDIN... ini Kerajaan Perpaduan bukan kerajaan PH...
KENYATAAN MEDIA
Menjawab Tan Sri Muhyiddin
Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melemparkan fitnah dan tuduhan yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan ini yang telah dilantik dan dibentuk di atas titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Mungkin Tan Sri Muhyiddin lupa, tetapi ini bukan lah Kerajaan Pakatan Harapan di mana Perdana Menteri boleh melantik sesiapa yang dia ingini. Ini adalah sebuah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk secara bersama, di mana dasar atau keputusan penting akan dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan Jemaah Menteri.
Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, di mana pelantikan Jemaah Menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti. Pada ketika itu, kita saksikan kelompok-kelompok Kartel dalam parti dipersenjatakan (weaponised) lalu mewujudkan keadaan “parti dalam parti” (party in a party) yang akhirnya merosakkan kestabilan politik dalaman parti.
Maka berbeza dengan tiga pentadbiran sebelum ini, dan menginsafi apa yang pernah terjadi, maka YAB Perdana Menteri dan ketua parti dan gabungan di dalam Kerajaan Perpaduan ini telah bersetuju bahawa senarai calon Jemaah Menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.
Sekiranya Tan Sri Muhyiddin tidak berpuas hati, janganlah marah atau melemparkan tohmahan kepada Perdana Menteri, kerana bukan Perdana Menteri yang menamakan calon-calon dari parti atau gabungan lain.
Penting saya tegaskan komitmen Perdana Menteri bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak akan sekali-kali mencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes.
Tan Sri Muhyiddin, hentikan lah serangan polemik yang mengeruhkan dan cuba mengelirukan rakyat.
Penting untuk kita ingat bahawa Tan Sri Muhyiddin sendiri punyai banyak isu yang mungkin perlu diteliti dan ditelusuri kelak, termasuk isu 1BestariNet dan isu dana RM500 bilion yang dikatakan dibelanjakan sewaktu tempoh pandemik.
FAHMI FADZIL
Takut dengan Islam?
Takut dengan Islam?
Soalan:
Ustaz, kenapa ustaz tak suka Pas? Ustaz takut ke Islam ditegakkan?
Jawapan:
Tak, saya tak takut dengan Islam. Tapi saya takut dan bimbang Islam rosak dan nampak hodoh melalui perjuangan Pas.
Soalan:
Kenapa?
Jawapan:
Kerana cara Pas perjuangkan Islam cara keras. Mula2 berjuang dah nak buat hukum, dalam ucapan pemimpin2 pun suka menghukum, berbeza pendapat dengan mereka terus dihukum tak Islam atau kafir, munafik, atau anti Islam atau sekular atau liberal.
Kerana Pas tidak menambah ilmu dan kefahaman Islam sebenar kepada masyarakat berdasarkan ajaran sebenar. Sebaliknya Pas mengambil kesempatan kecetekan ilmu dan kefahaman orang Melayu terhadap Islam dengan mempromosikan Islam kekerasan dan perkauman. Lawan politik dituduh sewenangnya sebagai alat penjajah, ejen asing, cuba melawan agama Allah, komunis.
Kerana Pas suka mengubah-ubah hukum dan fatwa ikut musim. Memanglah hukum boleh berubah dengan berubahnya suasana, sebab atau 'illah. Tapi perubahan hukum itu berdasarkan kepentingan umum umat Islam atau maslahah 'ammah, bukan kepentingan parti Pas. Jadi Pas telah memperlihatkan permainan tukar2 hukum dengan menunggang agama.
Kerana Pas gagal menunjukkan kualiti dan kompetensi bila memerintah. Nak tahu kualiti pemerintahan Pas tengoklah Kelantan sejak lebih 30 tahun dan Terengganu (sejak 5 tahun) serta Kedah (sejak lebih 3 tahun). Kalau diukur dan dibanding, semua aspek pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas terkebelakang berbanding negeri lain KECUALI dari aspek ramainya ustaz atau agamawan dalam pentadbiran Pas dan hebatnya mereka berceramah. Di Kota Bharu ada pentas khas untuk pemimpin Pas berceramah secara mingguan. Tapi stesen basnya elok sedikit saja daripada kandang lembu.
Kerana Pas tidak mampu menunjukkan kelebihan pentadbirannya berbanding pentadbiran di negeri Umno atau Dap. Kalau Pas berjaya tunjukkan pentadbiran Islam mereka lebih baik, tak sempat esok saya isytiharkan sokong Pas. Yang Pas berjaya ialah cipta slogan saja.
Habis soalan..
Ok2 ustaz, cukup, cukup.. nanti saya sampaikan nasihat ustaz kepada Dato Seri Tuan Guru Ayoh Chik...😁
Eh, tapi saya tak pandai buat perumpamaan dengan binatang.. 😀
PN BAKAL TELAN ASAP, KERJASAMA PH/BN, JIKA DIJAGA BAIK, MAMPU BERKUASA 100 TAHUN TADBIR MALAYSIA
Sedar tak sedar, selain di peringkat pusat di mana Anwar Ibrahim daripada PH yang mengetuai kerajaan perpaduan sekarang disokong oleh BN yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi, kerjasama PH dengan BN juga turut wujud di dua negeri yang lain.
Negeri berkenaan ialah Perak dan Pahang yang mana wakil BN telah disepakati terus mengetuai kedua-dua kerajaan negeri itu dengan disokong oleh PH.
Di peringkat yang lebih kecil, kerjasama seumpamanya juga telah dipersetujui dalam pilihan raya di Padang Serai dan Tioman yang pengundiannya pada 6 Disember akan datang.
Bagi Padang Serai, oleh kerana penamaan calon telah berjalan, maka calon BN telah menarik diri untuk memberi sokongan kepada PH, manakala di Tioman pula, calon PH menarik diri untuk memberi sokongan kepada BN.
Di atas kertas, berikutan wujud kerjasama itu, tiada masalah untuk PN ditewaskan di kedua-dua kerusi berkenaan.
Dengan perkembangan ini, terutama jika PH menang di Padang Serai dan BN juga menang di Tioman, harapan untuk melihat kerjasama kedua-dua gabungan diperluaskan lagi adalah lebih cerah.
Dengan PH dan BN yang saling mempunyai kekuatan tersendiri dalam konteks yang berbeza, kerjasama atau penggabungan keduanya tidak dinafilan mampu mewujudkan satu kekuatan baru yang dinamik untuk masa depan negara.
Jika bank-bank sebelum ini boleh bersetuju untuk bergabung dan akhirnya apa wujud adalah gergasi bank yang lebih kukuh dan diyakini pengguna, tiada sebab hal yang sama tidak boleh berlaku dalam politik negara ini.
Apabila PH dan BN dapat digabungkan, kekurangan dan kelemahan masing-masing dapat diatasi dengan lebih baik lagi, bahkan memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyat.
Oleh kerana apa yang rakyat harapkan ialah kestabilan, entiti politik yang lebih besar adalah jawapannya berbanding parti kecil yang bersepah-sepah tanpa jenama yang kukuh.
Terutama bagi BN yang kini hanya tinggal 4 parti di dalamnya berbanding 13 parti sebelum PRU14 dulu, pilihan yang terbaik untuk terus relevan dalam perjuangan dan kekal berada dalam kerajaan ialah hanya dengan bekerjasama dengan PH.
Bergerak sendirian atas nama BN semata-mata sudah tidak relevan lagi, terutama kerana PH mempunyai sokongan bukan Melayu dan masyarakat bandar dan separa bandar yang kukuh, sementara MCA dan MIC sudah tidak lagi diyakini.
Untuk fasa yang seterusnya, terutama oleh kerana jelas ternampak kerjasama PH dan BN di peringkat pusat dan di Perak serta Pahang sudah mula menggerunkan pihak lawan, ia sewajibnya harus diusahakan sama dalam PRN di beberapa negeri yang akan berlangsung selepas ini.
Yang penting, semua negeri yang bakal mengadakan pengundian nanti mesti dipastikan dikuasai oleh gabungan PH dan BN juga.
Siapa yang harus mengetuai negeri dan dari segi pembahagian kerusi, semuanya mesti dirundingi dengan baik.
Jika semua itu berjaya dilakukan, yang lebih penting selepas itu ialah masing-masing harus menjaga semua kerajaan yang ditubuhkan melalui kerjasama PH dengan BN itu dengan sebaik-baiknya.
Masing-masing harus lebih bertolak ansur, berlapang dada, sedia memberi dan menerima serta berjiwa besar atas nama dan semangat Malaysia yang pelbagai sifatnya.
Kalau semuanya dapat dijaga dengan baik – percayalah – gabungan PH dan BN ini mampu terus mentadbir dan menguasai kerajaan di negara ini selama 50 tahun atau sehingga 100 tahun akan datang.
PN, Bersatu dan Pas – bakal telan asap sajalah lepas ini!! – ShahbudinHusin 04/12/2022.
SIKAP DAP SEBAGAI SAHABAT
Contoh sikap setiakawan yang baik. DAP rela tak berada dalam
kerajaan jika itu keperluan untuk membolehkan DS Anwar jadi PM.
Namun DS Anwar tetap mahukan DAP bersama walau itu bermakna
rintangan untuk beliau diangkat menjadi PM semakin bertambah.
Berkat usaha dan kesabaran, akhirnya DS Anwar jadi PM dan DAP
ada dalam kerajaan. Bahkan ada 4 MP DAP yang dilantik menjadi menteri.
Aku salute kesemua mereka ini. Tapi memang betul DAP menang
kerusi paling banyak dalam PH hanya diberikan empat jawatan menteri.
Sebenarnya ini untuk kebaikan PH amnya dan DAP sendiri khasnya.
Dengan hanya 4 orang menteri, isu yang kononnya DAP kawal PH akan mati.
Jelas ketua sebenar dalam PH adalah DS Anwar. Masakan DAP cuma
dapat 4 kerusi menteri kalau mereka yang kawal PH dan DS Anwar.
Dan jelas juga bahawa DAP tidak gila kuasa serta bercita-cita
hapuskan hak orang Melayu. Dengan kementerian yang mereka ada, apa hak Melayu
yang boleh mereka hakis?
Kesemua kementerian yang utama dipegang oleh orang Melayu. Jadi
Melayu nak takut apa lagi? Isu apa lagi nak dibangkitkan
Tapi rasanya geng meroyan akan kata ini semua lakonan. Nanti
bila orang Melayu dah percaya baru DAP akan tunjuk belang mereka.
Mungkin. Tapi tengok dulu pemimpin Melayu yang mereka sokong.
Punyalah gila kuasa, sampai tak mahu beralah. Bila tak dapat jadi kerajaan,
meroyan pulak dia...
Di Perak, walaupun kerusi DAP banyak, mereka beralah kepada BN
yang jauh kurang jumlahnya. Tapi di Pahang, beza 1 kerusi pun berkira macam nak
matai.
Diharap pemimpin DAP dapat gunakan peluang ini untuk hapuskan
stigma orang Melayu terhadap mereka. Bila orang Melayu tak lagi takut kepada
DAP, baharulah PH benar-benar kuat.
Apa pun, sebagai penyokong PH, aku gembira dan sangat bangga
dapat melihat toleransi sebegini berlaku dalam gabungan ini.
InsyaAllah, kali ini negara kita akan dapat kembali ke landasan
kejayaan dan kita akan hidup dengan sejahtera dan makmur. Guane boh?
SAYA BERI 100 HARI UNTUK PEMBANGKANG !
NORMAN RADZUAN
Jangan layan LANGAU, KPI 300 hari makes sence
ROM TIDAK DIBANGUNKAN DLM SEHARI
‘Kota Rom tidak dibangunkan dlm sehari’ bermaksud sesuatu
perubahan itu memerlukan proses, perjuangan dan waktu. Pencapaiannya
menyaksikan perit jerih dan pertumpahan darah utk mendominasi kuasa
pemerintahan dan terbina kota Rom yg gah itu.
Begitulah Malaysia sebuah negara yg sakit. DS Anwar ketika
bertemu dgn KSN dan Pegawai2 nya bila dimaklumkan hutang negara sebanyak RM 1.3
trillion…beliau terdiam seketika, memejamkan matanya dan menarik nafas
barangkali
di hatinya berkata…” Negara ini sedang nazak”.
Namun musuh politiknya terus menyerang tanpa ehsan malah penuh
dgn dendam walaupun beliau baru mengangkat sumpah dan belum lagi menyeneraikan
barisan kabinetnya. Sedangkan jika kita berniaga mustahil dlm seminggu kita
diminta utk membuktikan kesuksesan bisnes kita.
Ditanya saya adakah patut kerajaan ini yg mengambil alih dari
sebuah negara yg sakit tenat diberi tempoh 100 hari utk melihat petunjuk
prestasi utama (KPI). Kerajaan jgn berjanji tempoh tersebut dan tempoh terbaik
utk menilai KPI tersebut adalah 300 hari.
Ibarat seorang Dr menerima pesakit iskemik stroke utk
disembuhkan dlm tempoh yg sama dgn pesakit minor stroke. Jadi kena makes sence
sepertimana utk menyembuhkan penyakit yg dihadapi negara yg berhutang lebih RM
1 trillion.
Selepas 300 hari barulah kita menilai KPI adakah ia mencapai
sekurang kurang 80%-90% kejayaan di setiap kementerian. Namun ia bukan full
stop tetapi comma… iaitu reformasi itu mesti berterusan. KPI sebenarnya
kerajaan Perpaduan secara keseluruhan adalah menjelang Oktober 2027.
———————————————————————————-
MUHYIDDIN DAN HADI JGN JADI LANGAU
Seperti saya jangka pengumuman Kabinet Anwar, ia pasti mendapat
kritikan bakal Ketua Pembangkang, Muhyiddin Yassin. Beliau tidak pernah positif
dan tidak pernah jujur walaupun saham dan ringgit mengalami pemulihan.
Pandangan saya jgn dilayan ‘langau’ ini. Teruskan agenda
pemulihan ekonomi dan perpaduan kaum. Bila Muhyiddin menjual pantun dan dan PH
sudah membelinya skg tiba giliran utk menjualnya kembali.
Baik Muhyiddin kamu kata ini Kabinet paling mengecewakan dlm sejarah
skg kamu jawab ini?
1) Agong telah meminta kamu bekerjasama dgn PH utk membentuk
kerajaan Perpaduan tetapi kamu dgn angkuh menolak. Lalu kamu kata kerajaan ini
paling mengecewakan.
2.) Ketika kamu menjadi Perdana Menteri adakah dgn menggunakan
berbillion dana rakyat membentuk kabinet paling besar dlm dunia itu terbaik?
Adakah Scheme of things helah yg digunakan oleh kamu Muhyiddin
untuk mengkhianati mandat rakyat 2018 itu bermaruah utk ghanimah secara besar
besaran?
3) Adakah dgn menggunakan RM600 billion dlm pemerintahan yg
singkat itu bermaruah dan telus?
Rakyat tidak diberi penjelasan malah apabila Parlimen di gantung
setiap perbelanjaan boleh dibuat sewenang wenang tanpa ada tatacara yg jelas.
—————————————————————————-
Sepatutnya bila Muhyiddin mengaku ingin menjadi pembangkang yg
wibawa sebagai chk and balance kerajaan memerintah, mantan PM ini mesti melihat
perspektif lebih luas dan profesional demi kesejahteraan rakyat.
Jika dahulu parti atau gabungan dlm kerajaan ini bermusuh, namun
kali ini demi kesejahteraan rakyat, mereka sanggup mengetepikan ego dan
bekerjasama atas semangat memperbaiki dan menaikkan semula nama negara.
Begitu juga Hadi Awang kasihanilah rakyat yg ingin pemulihan
ekonomi tetapi kamu terus ganggu gugat kestabilan politik mengkritik berbau
perkauman kerajaan baru ini tanpa memberikan saranan dan pandangan berfaedah.
Buat Muhyiddin diam seketika bila tiba PRU16 kita bepencak silat
semula dan mari bersama sama bina kembali negara. Bak kata orang Iban, ‘entik
begempung kitai sepanjung, entik pamar kitai dekat ngepar’ bermaksud kita
bersatu, suara kita akan lebih didengar, jika berpecah usaha kita sia2.
Baiklah KPI 100 HARI yg saya ingin PEMBANGKANG lalukan sebagai
pembangkang yg wibawa ialah…
Kamu buktikan dalam pemerintahan 100 HARI KERAJAAN PERPADUAN ini
mana-mana masjid yang tidak boleh azan, mana budak-budak sekolah kena pakai skirt, mana
anak Melayu menjadi tahanan komunis dan mana orang Melayu yang telah menjadi
gembala babi?
FAIZAL AZUMU UNTUK PRESIDEN
Pop corn satu.... CAKKK
Kami menyokong Yang
Berhormat Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu menjadi PRESIDEN Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baharu sekaligus menjadi Pengerusi
Parti Perikatan Nasional.Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sila letak
jawatan.Disebabkan Kemaruk kuasa, PERIKATAN NASIONAL tidak berjaya menawan
PUTRAJAYA..Tan Sri Muhyiddin Yassin tak releven,kami tidak mahukan pemimpin
yang tidak tahu cara bagaimana ingin membentuk kerajaan, Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) dan juga pihak Perikatan Nasional mahukan Yang Berhormat
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu untuk reborn Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) MENJADI YANG LEBIH BAIK, Dan kami juga menyokong Dato' Seri
Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden . "KALAU BUKAN SEKARANG BILA
LAGI" "KALAU BUKAN FaizalAzumu SIAPA LAGI ".
#tolakMuhyiddinYassin #MuhyiddinYassinletakjawatan #faizalazumubersatu #tolakabah
MASA SUKA - DAN DUKA KITA BERSAMA-AIR MATA JANTAN KAMI MENGALIR MEMBASAHI BOMI
FAEZ AMIR
Ayaq mata orang
munafik ...gitu la senang sangat nak kluar...dapat berpeluk dengan bos bos umno
dan nyayi lagu umno pun dah menangis ...masa takbir ...x de pula kkuar air mata
...yang bersembur kluar air liur ja
KABINET KERAJAAN PERPADUAN MEMILIKI 67 % BERUGAMA ISLAM, JADI APA MASALAH LEBAI ?
Sampai bila isu perkauman dan agama mahu dijadikan modal politik oleh parti Pas? Tidakkah baik jika Pas terus mebawa isu RUU 355 jika pun telah lupa kepada agenda hukum Hudud?
Pas telah diberi peluang memerintah beberapa negeri, namun gagal melaksanakan apa yang mereka sering laungkan iaitu RUU 355 berkaitan memperkasakan undang-undang syariah dan sebelum ini puluhan tahun bercakap tentang hukum Hudud. Alasan mereka, kuasa di negeri amat terhad.
Allah uji Pas apabila diberi kuasa menjadi kerajaan di Pusat meskipun dengan cara 'tebuk atap' atau khianat mandat rakyat. Ada pemimpin Pas dapat jawatan Menteri Undang-Undang dan Menteri Agama. Kerajaan 'tebuk atap' selama lebih kurang 3 tahun dengan dua PM, dan kerajaan itu tanpa Dap yang kononnya anti Islam, Pas tetap gagal mahu bercakap soal RUU 355 jauh sekali pasal Hudud. Lidah mereka kelu dan mulut mereka dipenuhi dedak waktu itu tidak mampu bercakap lagi tentang perlaksanaan hukum Islam yang mereka janjikan.
Akhirnya selepas PRU15, ternyata rakyat telah buktikan Pas bukan pilihan majoriti sekaligus membuktikan kerja jahat mereka merampas mandat rakyat dari PH dahulu tidak direstui rakyat. Gabungan PH menjuarai sokongan majoriti rakyat meskipun tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan. Hari ini, PH dan Bn serta beberaa gabungan parti lain bersatu di bawah kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Agong. Pas yang mempunyai bilangan MP paling ramai dalam PN telah memilih Presiden Bersatu Muhyiddin sebagai 'tuan' mereka. Mungkin Pas sedar pemimpin mereka tidak layak memimpin. Slogan "Islam Memimpin" itu hanya sekadar pemanis mulut waktu berceramah. Janji-janji pemimpin Pas kepada walaun2 mereka iaitu dengan siapa pun Pas bergabung, Pas wajib dominan, janji2 itu hanyalah untuk menaikkan semangat para penyokong mereka semata2. Bila ada peluang untuk memimpin, Pas serahkan kepada pihak lain.
Selama ini pemimpin Pas sering meratib soal Dap. Kerajaan PH dahulu dikawal oleh Dap. Kerajaan sekarang pun mereka kata ada Dap. Pas pelik mengapa Umno mahu bersama Dap. Ada Dap maka Islam akan hancur, inilah otak pemimpin Pas. Diungkit2 kata2 pemimpin Umno di dalam PAU iaitu "No Anwar, No Dap" tetapi mereka diamkan perkataan "No Bersatu". Jika mahu diungkit, Umno boleh saja ungkit Amanat Hadi yang sesat itu di mana secara terang dan jelas mengkapirkan Umno/Bn. Di dalam Amanat di Banggol Peradung, Terengganu tahun 1981, dipetik Hadi menyatakan bahawa menentang Umno/Bn itu wajib dan jihad dan jika mati ketika menentangnya maka mati syahid. Alasan Pas adalah kerana Uno/Bn mengekalkan perlembagaan penjajah, perlembagaan kafir. Rupa2nya itu semua auta dan menyesatkan dari Hadi Awang. Terbukti, Pas bersama kerajaan tebuk atap selama tiga tahun tetap menjunjung perlembagaan yang dikatakan kafir itu. Mereka lupa peristiwa Memali tahun 1985. Puluhan umat Islam mati termasuk pihak keselamatan akibat amanat sesatHadi Awang.
Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 di bawah PM Dato Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memainkan sentimen agama tetapi berjaya menubuhkan anggota kabinetnya dengan 67 % menteri berugama Islam. Kabinet yang diwakili oleh semua kaum dan agama ini sejajar dengan konsep negara majmuk di negara tercinta ini. Apakah Pas fikir dengan adanya 4 menteri dari Dap di dalam kabinet sekarang boleh menjejaskan Islam? Daripada 28 anggota jemaah Kabinet, 19 daripadanya adalah berugama Islam. Apakah itu tidak cukup kuat untuk memelihara Islam dan memelihara perlembagaan negara kita?
Cukup-cukuplah Pas berpolitik cara kampung. Hentikanlah menunggang agama demi kedudukan dan jawatan. Kesihanilah para penyokong kamu yang selama ini menyokong atas dasar mahu kepada Islam yang sebenar bukannya retorik atau slogan seata2. Pas perlu muhasabah dan kembali kepada perjuangan asal seperti yang diperjuangkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Kedua-kedua mujadid ini amat dihormat oleh bukan Islam kerana pendekatan atau uslub dakwah yang mereka bawa.
WFAUZDIN NS
MENGAPA MASIH RAMAI GENG PN YANG MEROYAN??
SITUASI 1
Tidak ada satu parti pun yang diisytiharkan oleh SPR memperolehi majoriti mudah selepas semua keputusan PRU 15 diumumkan.
SITUASI 2
PN mengumumkan dah cukup jumlah untuk membentuk kerajaan dan sedang menunggu dipanggil ke istana untuk bentuk kerajaan.
SITUASI 3
Istana mengumumkan tidak ada parti yang cukup majoriti (112 kerusi) untuk bentuk kerajaan dan akan panggil Ketua Ketua parti mengadap.
SITUASI 4.
DSAI memaklumkan YDPA menitahkan menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti, semua kaum dan semua kawasan.
Muhyidin mengumumkan PN menolak cadangan YDPA untuk tubuh Kerajaan Perpaduan.
BN mengumumkan untuk kekal sebagai pembangkang.
SITUASI 5
YDPA menitahkan BN menubuhkan kerajaan Perpaduan bersama PH (setelah PN menolak cadangan YDPA). YDPA juga mencadangkan parti parti di Borneo terlibat sama dalam kerajaan Perpaduan.
SITUASI 6
PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan beberapa pihak lain di Borneo setuju menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan menyokong DSAI sebagai PM ke 10
SITUASI 6
YDPA melantik DSAI sebagai PM ke 10 dan DSAI menubuhkan kerajaan Perpaduan setelah tidak ada parti atau gabungan parti parti yang memperolehi majoriti mudah dalam PRU 15
KESIMPULAN
Tidak ada pakatan antara PH, BN, PN dan parti parti lain untuk menubuhkan kerajaan sebelum PRU 15.
Setelah keputusan rasmi PRU 15 diumumkan dan tidak ada parti yang memperolehi majoriti mudah, maka YDPA menitahkan supaya ditubuhkan kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh PH sebagai pemenang kerusi terbanyak. Tawaran pertama diberi kepada PN Dan PN telah menolak cadangan ini atas alasan tidak mahu bersama PH dan mereka yakin ada jumlah kerusi yang cukup untuk tubuh Kerajaan.
YDPA kemudiannya menitahkan pula kpd BN menubuhkan kerajaan Perpaduan bersama PH, BN dengan penuh takzim menjunjung titah ini wpun di peringkat awal telah buat keputusan utk tidak bersama PH atau PN bagi menubuhkan kerajaan, BN memilih utk kekal sebagai pembangkang sebagaimana keputusan rasmi PRU 15.
Maknanya penubuhan kerajaan Perpaduan yang melibatkan PH, BN dll parti parti dari Sarawak dan Sabah adalah kerana menjunjung titah perintah Tuanku YDPA, bukan atas inisiatif antara parti untuk bergabung menubuhkan kerajaan campuran.
Terimalah realiti ini walaupun pahit dan masing masing terpaksa menggadai perinsip dan keputusan asal demi masa depan negara dan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan .
CABINET (OFF)
CABINET (OFF)
Part 1
Semalam saya up posting pandangan awal Kabinet. Ini posting
susulan. Semalam saya bagi PROs of the lines up. Hari ni saya bentang yang CONs
pula. Benda yang sangat off pada mata saya.
1. PM10
Sejak 24 Nov, PM10 started off nicely. Buat beberapa statement
dan tindakan penyejuk hati rakyat. Taknak gaji, taknak renovation, taknak
Mercedes. Penjawat Awam pun dia pandai ambil hati.
Tapi the punch came yesterday night. Bila dia umum Kabinet. Boo
boo paling teruk, ialah pelantikan Zahid Hamidi sebagai TPM. Itu ramai yang
marah dan kecewa. Memang patut la pun. Penat mengundi hari tu masih terasa.
Orang yang kita tolak dilantik jadi DPM semula.
Makanya, terbukti sudah komplot Cikgu-Anak murid selama ini.
Branding 1 vote for Anwar is 1 vote for Zahid Hamidi. Benar sekali.
Ramai Taksubers PKR cuba beri penjelasan. Ini Kerajaan
Perpaduan. It’s beyond him, sebab parti BN yang tentukan. Pada saya, PM10 patut
ada wisdom and conviction untuk manoeuvre. Yakinkan YDPA untuk tolak ke. Tapi
itu tak berlaku. Nampaknya dia mengikut saja.
Laungan Reformasi itu, dah jadi macam Reforbasi sebab boo boo
ini. Rafizi pun tak berbunyi. Tindakan ini menyebabkan TS Muhy ada one up di
mata rakyat. Makanya, PRU dan PRN seterusnya PH kena beringat. Jangan marah
kalau Rakyat undi lain pula. The boycott will be real.
Saya tahu, kami rakyat yang mengundi ni kena pejam
mata dan terima saja. Tapi tak bermakna kami kena diam tanpa
bersuara.
Yelah, kami sedar, Demokrasi di Malaysia ini bukan sepenuhnya
rakyat yang punya. It’s BIG BOYS’ PLAYBOOK juga akhirnya. Tambah Agong dah
tengok dan approved the line up. Nak bunyi lebih, nanti derhaka.
To weather the storm, saya harap no more boo boo after this.
Line up ni kena berusaha keras untuk negara. Jangan pi holiday2 and syok main
golf sahaja. Jangan cari gaduh dengan penjawat awam dan rakyat pula.
Suruh yang non Muslim MP jangan keluar kenyataan mengarut. No
foot in the mouth syndrome please. Tambah Nga Kor Ming tu, ramai tak berkenan.
Dapat pulak jawatan.
Lagi satu, kes Zahid dan Merpati dah jadi risiko besar boleh
dilepaskan. Ini akan membangkitkan amarah rakyat. Mungkin kalau ini boleh
berlaku, entah2 rakyat akan support Kerajaan Tebuk Atap. Kerajaan PH boleh
tumbang. Makanya kena selalu muhasabah dan beringat.
Itu saya cover dalam Part 2 nanti. Cukup dulu kali ini.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
KABINET- KLUSTER MAHKAMAH Part 2
KABINET- KLUSTER MAHKAMAH
Part 2
Tadi saya dah up posting mengenai susunan Kabinet. Boo boo awal
yang PM10 buat untuk lantik DSZH sebagai TPM. Itu beyond him kata mereka. Kalau
tidak Kerajaan takleh survive. Ramai kecewa. Termasuk yang undi PH hari tu.
Pendirian saya konsisten, masa Kluster Mahkamah nak kacau
pentadbiran TSMY tahun 2021, saya dapat tip off dari little bird. Saya up
posting mengenainya. Warned them. Dan kena kecam berjemaah dengan cytro. 3 hari
lepas tu. All came true. Mereka jatuhkan Kerajaan.
Sekarang, the scheming is here. Dibuat pada Kerajaan baru pula.
DSZH dilantik jadi Menteri Luar Bandar… and wait for it!… Pembangunan Wilayah.
Maknanya kuasa Menteri Wilayah di bawahnya.
Menteri Wilayah ni jadi salah satu Ahli Lembaga Pengampunan
Diraja untuk kes Rayuan Merpati. Adakah disusun sampai begitu sekali?
On top of that, kita dapat Azalina Othman sebagai Menteri
Undang2. Beliau yang kata, UMNO kena ada AG sendiri. Adakah semua ini komplot
menyucikan Kleptokrasi?
Kesian Pendakwaraya kita, yang berusaha cucikan negara daripada
rasuah dan salahgunakuasa. Kes2 berprofil tinggi yang mereka dakwa. Melibatkan
pemimpin UMNO pula. Adakah Azalina akan buat witch hunting dan kenakan mereka?
Kalau ini berlaku, rakyat kena bangkit. No one is above the law.
Kalau pemimpin kita senang2 disucikan dari kes rasuah dan salah guna kuasa,
maknanya ada SPRM takde la makna.
Undang2 adakah hanya terpakai pada marhein, bukan kayangan?
Lepas ni, orang tak takut la nak buat rasuah secara terbuka. Kalau sangkut kes,
boleh adjust semuanya.
DSAI kena transparen dan terbuka. Adakah ini taktik nak lepaskan
Klepto supaya beliau kekal berkuasa? Mungkin pada dia matlamat menghalalkan
cara. Namun pada rakyat biasa, itu bukan yang kami undi dan minta.
On the flip side, kita juga nak tengok apa sebenarnya berlaku
semasa PN berkuasa? Dengan dana besar mereka ketika pilihanraya. Dengan
pelbagai tuduhan salah guna kuasa. Perlu disiasat juga.
Ntah2 dalam tu, ramai bakal Kluster Mahkamah juga. Adakah sebab
itu, by hook and by crook, kena berkuasa semula?
Salam hormat,
Liyana Marzuki
KERAJAAN PERPADUAN Part 3
Let’s go back to the night after PRU. Ditakdirkan, tiada siapa
dapat tubuh Kerajaan. Kerusi PH 82, PN 73, BN 30, GPS 23.
Ding dong ding dong cari nombor. Sampai la ke istana. Agong nak
Kerajaan Perpaduan. Maknanya semua parti dalam Kerajaan. Agong tanya PN, mereka
menolak. Agong tanya PH, mereka setuju.
Yang lain tow the line, BN dan GPS. Eventually, semua masuk
dalam kolam sama. GRS dan Warisan. Agong punya kerja. Namun sampai sudah PN
berkeras, menolak masuk Kerajaan Perpaduan ini.
Ada orang tanya saya, ini Kerajaan Perpaduan ke Kerajaan
Minoriti? Pada saya dua2 pun bukan. Agong titah nak Kerajaan Perpaduan, tapi
ada orang ingkar. Makanya Kerajaan yang tertubuh bukan Unity Govt/ Kerajaan
Perpaduan. Sebab semua parti politik tak bersatu untuk tubuh Kerajaan.
Ia lebih kepada Kerajaan Campuran atau Coalition Govt. Gabungan
antara banyak parti. Untuk tubuh Kerajaan. Sama je masa zaman PN dan MN hari
tu.
Ia juga BUKAN Kerajaan Minoriti yang PN dok kata. Kerajaan
Minoriti tu bila Parti yang menang tak cukup nombor. Maka kena buat Perjanjian
Confidence and Supply (CSA) untuk dapat undi melantik PM.
Dan tidak semestinya mereka dilantik dalam Kabinet. Mereka boleh
stay dalam Parti dan jadi parti yang mesra Kerajaan. Ini yang cuba dibuat TSMY
hari tu, bila dia dapat SD 10 MP UMNO.
Makanya kalaupun PN dapat tubuh Kerajaan hari tu, mereka lagi
downgrade statusnya, bukan saja tak boleh tubuh Kerajaan Campuran. Hanya jadi
Kerajaan Minoriti. Kerana terima sokongan hanya melalui SD and CSA daripada 10
ahli parti lain. Tanpa sokongan Majlis Tertinggi.
Kena ingat, pindaan ke atas Perlembagaan untuk anti lompat
parti, menghalang sokongan individu terhadap PM. Perlu diberikan mengikut parti
secara en bloc. Makanya, saya diberitahu itu yang dinasihatkan oleh AGC kepada
Agong.
Of course, Agong nakkan stabiliti. Kalau tak dapat Kerajaan
Perpaduan, the very least dapat la Kerajaan Campuran dengan 2/3 majoriti.
Harap2 jangan yang buat perangai nak tebuk atap lagi. Tunggu la 5 tahun lagi.
**************************************************
Sekarang Kerajaan yang ada, dah buat boo boo pertama. Lantik Kluster
Mahkamah sebagai TPM, jenuh Malaysia kena bahan. Kata mereka, tak boleh buat
apa. Ini ikut parti yang ada, dan YDPA pun tak kata apa. Sudah endorse pula.
Kita yang dibawah ni sangat la kecewa. Both sides actually. Satu
side ketegaq taknak ikut cakap Agong. Satu side lagi, macam mana la tak boleh
manage that Presiden nan satu.
Cuma satu, if you force this down our throats,
3 benda kita minta:
1. Jangan nak campur tangan urusan Mahkamah. Biar DPP dan Hakim
buat kerja. Dah masuk stage prima facie tu. Jangan senang lenang nak lepaskan
kes bagitu saja.
2. Yang dah ke dalam jangan diusik. Kalau orang lain dapat ampun
bila dah hukuman dah berjalan separuh tempoh, patutnya beliau pun sama. Jangan
lepas bulan depan pula.
3. Now the stakes are super high. Barisan Kabinet kena perform.
Jangan buat boo boo lain. Komitmen pun kena padu. Segala reformasi yang dijanji
dulu kena dikota. Jangan lagi dikona2.
Rakyat dah letih sebenarnya. Doakan Allah lindungi kita dan
Malaysia.
Salam hormat,
Liyana Marzuk
KALAU TAK BERSAMA PH..BN AKAN BERSAMA PN...
Korang tau tak, kalau tak bersama PH, BN akan bersama PN. Masa tu korang ingat walaun akan sebut undi PN dapat BN ke?
Mahiaddin pun bukan buat perbincangan terbuka macam PH. Dia deal ikut pintu belakang. Main curi MP guna SD. Perinciannya kita pun tak tahu. Tapi yang pasti, undi PN dapat pengkhianat ganda dua. Siap dapat katak free lagi.
Dorang melalak bukan sebab kluster mahkamah jadi menteri. Tapi sebab tak dapat guna kluster mahkamah untuk dorang jadi menteri. Guane boh?
Raja Gelap
3 CALON YANG DIANGKAT SEMULA MENJADI MENTERI
3 calon kalah yang diangkat semula untuk jadi Menteri.
SN tu saya boleh terima lagi. Prestasi baik masa KPDNHEP.
DSZK memang tiket Zahid Hamidi. Jadi Menteri Luar Negeri. Hmmm…
Kita tengokkan aje nanti.
Yang last tu, hmm… malas nak cakap la. 3 PM semua dia ada. Nasib
baik tak jadi MOF je. Dapat ke MITI.
Cuma, ikut peraturan, Senator max boleh dilantik 2 kali saja,
sama ada berturut2 atau berasingan. Satu penggal 3 tahun. Makanya, TZ ada hanya
3 tahun sahaja lagi nak jadi Menteri Senator. Then habislah penggal dia. Tak
boleh dilantik lagi.
Jangan pulak pi buat stunt lain.
~LM~

