Langkah Pendekar.


Sudah menjadi adat, penyandang jawatan utama dalam parti pasti akan bertanding di kerusi yang dianggap selamat kerana mereka mahu ada dalam kerajaan seandainya parti mereka menang.

Contohnya Timbalan Presiden UMNO. Selama ini bertanding di DUN. Bila nak tanding parlimen, terus pilih Rembau. Kenapa? Sebab Rembau kerusi yang selamat buat UMNO. KJ boleh cari tempat lain.

Begitu juga Najib. Mewarisi kerusi arwah ayahnya. Sekarang Najib dah jadi banduan, anaknya pula nak bertanding di Parlimen Pekan. Hadi sendiri pun tak berani nak bertanding selain dari di Marang.

Tapi tidak bagi DS Anwar. Beliau tak pernah takut nak berdepan dengan sesiapa, di parlimen mana sekalipun. Dari Permatang Pauh ke Port Dickson. Dan kali ini, mungkin di Ampang atau Gombak.

Beliau sendiri memilih untuk berdepan dengan para pengkhianat. Sedikit pun tak risau walaupun yang bakal dihadapi nanti seorang menteri. Yang penting para pengkhianat ini perlu diberikan pengajaran.

Rasanya Zahid berani tak nak lawan Mahiaddin di Pagoh? Hadi berani tak berdepan dengan Abg. Mat di Bukit Raja? Jangan haraplah. Cabar orang lain bertanding di kerusi dia beranilah.

DS Anwar ini baru betul pendekar. Tak payah beliau nak melaung macam seorang tu konon pendekar Bugis. Tapi penakutnya Na'uzubillah. Tindakannya jelas mencerminkan siapa DS Anwar sebenarnya.

Tapi aku tak fikir akan berlaku pertembungan antara DS Anwar dengan Azmin atau Zuraida. Aku berani kata dua ekor pengkhianat itu pasti awal-awal lagi akan pilih tempat lain yang mereka rasa selamat.

Mungkin nanti Azmin umumkan tempat bertanding akhir sekali. Atau mungkin juga hari pencalonan baru tahu di mana dia bertanding. Sebab takut DS Anwar ikut dia. Dasar pengecut, begitulah.

Pemimpin seberani DS Anwar adalah apa yang kita perlukan untuk mengangkat negara ini semula di persada dunia setelah dimalukan akibat perbuatan jahat dan keji Najib Razak yang ketahui umum.

Sungguh aku sendiri tak menyangka DS Anwar akan ambil tindakan begini. Tapi aku bangga dan sokong serta memberikan aku keyakinan yang aku telah memilih pemimpin yang tepat. Guane boh?

Raja Gelap

 


KEH..KEH...INGAT UMNO NAK DOK DIAM KE...PH PUN TAK DUDUK DIAM....LEBAI...MANA KAJIAN YANG MENYATAKAN PAS BOLEH MENANG LAGI >

 

Rakyat Terengganu masih mahu kami, kata PAS






Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah yakin PAS
 Terengganu mampu menang lebih banyak kawasan pada PRU15 jika
 strateginya tepat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS Terengganu yakin mampu mempertahankan 22 kerusi DUN dan membentuk kerajaan berdasarkan “mood” atau sentimen rakyat negeri itu setakat ini,

Setiausaha PAS Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, meskipun bakal bertembung dengan Barisan Nasional (BN) yang bergerak solo dan menolak Muafakat Nasional (MN), pihaknya tidak gentar kerana yakin rakyat masih bersama parti itu, berdasarkan penilaian pihaknya.

Wan Sukairi, yang juga ADUN Wakaf Mempelam, mendakwa PAS mampu menang lebih banyak kawasan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) itu jika strateginya tepat.

“Sasaran kita, kekalkan kerajaan Terengganu PAS dengan kemenangan dua pertiga, kita telah buat persiapan. Jentera hanya menunggu pilihan raya umum berlangsung sahaja,” katanya kepada FMT.

Wan Sukairi berkata, pada asasnya, PAS akan mempertahankan 22 kerusi manakala baki 10 lagi yang disandang BN masih belum diputuskan.

Berhubung kerjasama dengan BN menerusi Umno, Wan Sukairi berkata, pintu rundingan masih terbuka walaupun pemimpinnya berulang kali menegaskan mahu bergerak solo dengan meletak semua calon di 32 kerusi DUN dan enam Parlimen.

“Kita akur sahaja, jika PAS pusat kata kita masih bersama Umno dalam MN dan perteguh Perikatan Nasional (PN), persediaan sama sahaja, sama ada dengan mereka atau sebaliknya.

“Kalau bertembung BN pun kita sedia dan tidak boleh tolak,” katanya yang masih berharap ada jalan penyelesaian untuk kerjasama dengan Umno.

Berhubung keyakinan Umno merampas semula Terengganu susulan kegagalan PAS menyelesaikan pelbagai isu, Wan Sukairi berkata, pihaknya menyerahkan kepada rakyat untuk menilai keberkesanan PAS dalam berkhidmat.

Beberapa isu pokok yang menghantui rakyat negeri itu, seperti bekalan air dan pengurusan sampah, katanya, telah ditangani dengan baik oleh kerajaan PAS Terengganu.

“Isu air dan sampah kita telah tangani dengan baik. Cuma ada perkara lain yang memerlukan penyelesaian jangka panjang … biasalah, siapa jadi kerajaan akan berhadapan isu sama juga,” katanya.

Di samping itu, menurut Wan Sukairi, 90% daripada 20 janji dalam manifesto PAS Terengganu pada PRU lepas telah ditunaikan, manakala bakinya akan dilaksanakan menjelang PRU15. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan janji-janji yang telah ditunaikan PAS itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan memperlekehkan mana-mana pemimpin lawan, termasuk bekas menteri besar Ahmad Said yang dipilih sebagai “poster boy” BN Terengganu.

“Saya tak perlu kata itu sebagai cabaran sebab semua orang kenal siapa Ahmad Said. Semua orang (juga) kenal siapa menteri besar PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Biar rakyat menilai, mereka tahu siapa lebih bagus. Kita serah kepada rakyat,” katanya.

Umno mahu PRU15 segera kerana sedar sokongan Melayu menjunam, kata Rafizi .jelajah Pulau Pinang





Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, PH mampu menubuhkan
 kerajaan jika memperoleh sokongan 30% pengundi Melayu, selain 80%
 pengundi Cina dan India.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Umno terdesak mengadakan pilihan raya umum kerana sedar sokongan pengundi Melayu baginya menjunam dalam tempoh Ogos hingga September sahaja.

Katanya, berlaku peralihan sokongan Melayu 9% selepas bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan, selain susulan pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS).

Peralihan itu sebenarnya “besar”, katanya, apabila mengambil kira peralihan sokongan Melayu sebanyak 5% yang menyumbang kepada kejatuhan lima negeri ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008, manakala peralihan 7% menumbangkan kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Awal September, selepas Najib masuk penjara, LCS dan ‘merpati’, saya macam tak percaya apabila tengok (kaji selidik) dan (saya) tunjuk kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR – ‘too good to true’.

“Peralihan sokongan Melayu kepada Umno menjunam 9% kepada 18% berbanding 27% pada awal Ogos. Peralihan 9% undi itu sebenarnya besar kerana ketika Umno-BN jatuh pada 2018, peralihan sokongan Melayu 7% sahaja,” katanya pada jelajah Trak Ayuh Malaysia di Pulau Pinang.

Rafizi berkata, Pakatan Harapan (PH) mampu menubuhkan kerajaan jika memperoleh sokongan 30% pengundi Melayu, selain 80% pengundi Cina dan India.

Katanya, kaji selidik dan wawancara yang dilakukannya setiap bulan sepanjang enam tahun lalu, membabitkan 2,500 pengundi yang dipilih secara rawak, bertujuan menilai sentimen pengundi.

Pada masa yang sama, beliau menafikan tuduhan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa PH takut berdepan pilihan raya segera, menyifatkannya sebagai tidak benar sama sekali.

“Sepatutnya Umno yang perlu takut buat pilihan raya kerana ramai pengundi Melayu yang akan terjejas akibat banjir,” katanya.

Jika pilihan raya umum ke-15 diadakan pada November, PH diyakini mampu menjadi blok paling besar yang akan “dijemput” membentuk kerajaan, katanya.

Pada 26 Ogos lalu, Zahid berkata, beliau tidak akan mengikut rentak pembangkang melengahkan PRU15 dan memberi peluang kepada mereka untuk menyerang Umno.

“Kita tidak akan ikut rentak pembangkang yang mahu melengahkan PRU15 agar mereka dapat menyusun strategi, mempelbagaikan propaganda, menambah serangan politik terhadap Umno.

“Kita dalam arus politik perdana sangat faham gelagat mereka. Jangan bagi ruang seinci pun kepada pembangkang dan sekutu mereka untuk memporak-perandakan Umno,” katanya di Facebook.

Pada 30 Sept, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat bahawa Parlimen hendaklah dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

Beliau berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

PH MENANG 115 PARLIMEN?

 

thecoverage.my
Tengku Razaleigh : Petronas Gives As Much As RM40 Billion To 'UMNO' Every Year Since 1970s - What Happened To All The Money ? - The Coverage
Tengku Razaleigh had publicly admitted in an interview that Petronas gives as much as RM40 billion to UMNO annually since the 1970s. Source : Dayak Daily Source : Lina Soo Facebook Razaleigh said Petronas makes RM90 billion profit every year, which with only about RM40 billion of it would have gener...


1. Mungkin sobat-sobat tertanya ngapain saya minat banget follow politik Malaysia.

2. Jujurnya rasa minat itu muncul bila Skandal 1MDB Pak Najib meletus seluruh dunia. I've been followed INVOKE since the biggest scandal been disclosed by Rafizi and his fellows MP Tony Pua. Other is from Sarawak Report by Clare Brown.

3 Justeru saya senang sekali bila Rafizi Ramli comeback kerna beliau berani, pintar dan bijaksana. Sosok tegas pendirian. Nga ngomong sembarangan tanpa data maupun bukti di tangan.

4. Pak Jokowi sendiri lantik 10 anak muda pintar dan profesional bertugas di Istana Presiden. Bantuin beliau dengan idea baru membangun negara bangsa Indonesia maju bermaruah serta dihormati dunia.

5. Pastinya saya bangga dengan Indonesia hari ini walau masih banyak harus diperbaiki dan Reform terusan dilaksanain. Masa kanker kronik bisa sembuh segera? Betul nga?

6. Nga menduga kanker korupsi Malaysia kayaknya worst than Indonesia during Pak Soeharto in power. Bagaimana ya UMNO partai Melayu tega merampok wang syarikat Petroleum negara sendiri lebih RM1.5 trilion. Shocking!!! Former Petronas chairman, Tengku Razaleigh discloses that Petronas gives RM40 bilion every year to UMNO since 1970s.

https://thecoverage.my/petronas-gives-as-much-as-rm40.../

7. Malang sekali orang Melayu jadi korban pembohongan dan penipuan pemimpin UMNO sendiri. Malaysia negara kaya hasil bumi tapi hari ini udah miskin angkara koruptor merampok kekayaan negara sendiri. Pemimpin kayak apa gini?

8. Doa saya supaya orang Melayu bisa insaf kerna kesilapan sendiri mengizinkan UMNO perintah lama banget. Lebih 6 desawarsa. Justeru pemimpin UMNO berani merampok kerna mereka yakin orang Melayu gampang dibohongin dengan janji palsu. Kamu nga pernah mahu belajar dari penderitaan kami warga Indonesia lebih 30 tahun bawah kuasa Presiden Soeharto. Berjuta warga migrasi ke luar negara khusunya Malaysia cari kerja.

9. Pemilu 15 peluang terakhir rakyat Malaysia laksana perubahan. You all must vote Pakatan Harapan led by Anwar Ibrahim.

10. My prediction (base on data) is PH will dominate 115 Parliament seats in Peninsula.

11. Please save your country. Nga bisa diizinkan lagi BN or PN kembali berkuasa. You know the consequences. BANKRUPT!!!

 

4 FAKTOR AGONG MUNGKIN TOLAK KEHENDAK UMNO BUBAR PARLIMEN

 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, boleh menolak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, menggariskan empat faktor yang boleh dijadikan asas kepada penolakan Seri Paduka untuk tujuan membubarkan Parlimen. 

Pertama, katanya, Perdana Menteri ketika ini tidak mewakili sebuah parti atau gabungan parti secara ‘solid'(kukuh), dengan amalan sebelum ini nasihat Perdana Menteri sudah dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan. 

“Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan. 

“Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep ‘tanggungjawab bersama’ sepertimana di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebab penolakan kedua pula, katanya sebagaimana keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat pengisytiharan darurat berteraskan kepentingan awam, maka tidak mustahil nasihat Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen juga ditolak berasaskan kepentingan awam. 

“Kepentingan awam boleh merujuk kepada beberapa faktor termasuklah ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada musim tengkujuh dan faktor pembaziran jika PRU di peringkat Parlimen tidak berjalan serentak dengan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri.

“Faktor ketiga, tindakan Yang di-Pertuan Agong yang mungkin tidak membubarkan Parlimen serta-merta walau pun selepas dinasihati Perdana Menteri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah seperti peruntukan Perkara 32,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, faktor keempat penolakan pembubaran disebabkan rakyat terpaksa mengundi sewaktu musim tengkujuh dan PRU sebelum urusan belanjawan negara tidak disempurnakan dengan baik oleh kerajaan, serta risiko pembaziran akibat pilihan raya tidak serentak adalah satu langkah tidak popular dan bertentangan dengan sentimen umum rakyat. 

“Sebarang tindakan Yang di-Pertuan Agong yang selari dengan kehendak rakyat sukar dipersoalkan walau pun ia kelihatan luar biasa,” katanya.

Maka, mengambil kira empat faktor itu, beliau menjangkakan tidak mustahil nasihat pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri akan ditolak, jika ia benar-benar berlaku. 

“Adalah lebih baik bagi Perdana Menteri untuk mengutamakan keputusan Kabinet berbanding keputusan partinya. 

“Jika Yang di-Pertuan Agong pernah menolak nasihat Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020, maka tidak mustahil baginda juga menolak pembubaran Parlimen jika dinasihati oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini,” katanya. 

Beliau mendakwa, sungguhpun Kabinet tidak setuju pembubaran dilaksanakan, namun tidak mustahil Perdana Menteri akan bertindak juga mengikut kehendak partinya yang mahukan Parlimen dibubarkan segera. 

Katanya, jika mengikut konvensyen Perlembagaan dan kefahaman peruntukan Perlembagaan secara literal iaitu Perkara 55(2), Yang di-Pertuan Agong perlu membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri di bawah Perkara 40. 

“Berbeza dengan pembubaran akibat hilang sokongan majoriti di bawah Perkara 43(4) dan 40(2)(b) yang boleh dilakukan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya. 

Dalam situasi pelbagai parti menguasai kerajaan negeri, katanya, maka langkah yang paling tepat ialah mewujudkan persefahaman dengan parti berbeza berkaitan waktu pembubaran Parlimen dan DUN.

Sumber – https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/10/1006791/4-faktor-agong-mungkin-tolak-nasihat-pm-bubar-parlimen-dalam-masa

 

JANGAN PANDANG AGONG SEBELAH MATA

 

HAMDAN TAHA


Baru beberapa minit seorang sahabat call bertanya pada saya apakah PM yang ada ini sokongannya dari BN sepenuhnya

Sudah tentu jawapannya tidak

Jika tidak ketika PM mengadap Tuanku apakah tidak ada soalan dari Tuanku bertanya Apakah dah dapat persetujuan Parti Parti lain untuk bubar Parlimen ? Jika belum dapat kenapa tak bincang dengan mereka,kerajaan yang ada ini termasuk jawatan PM ni bukan Umno dan Bn punya saja tapi ada pihak lain bersama

Perlu di ingat masa Tan Sri Muhidden nak buat darurat dan sambung darurat Agung tidak membenarkannya dan tak setuju,nak bagitahu bahawa Agung kita yang ada ni faham undang undang dan bukan ketika Kerajaan BN sepenuhnya

Sekarang ini PM cukup ke jumlah sokongan jika dah tolak Najib Tajuddin jika Pembangkang tak sokong boleh kah kerajaan dan PM teruskan kerajaan ini

Nizar Jamaluddin pernah nak bubarkan Dun Perak Sultan tak setuju kerana Nizar masa itu sudah tidak layak untuk bubarkan Dun kerana hilang mejoriti walaupun dia masih MB

PM nak bawa mandat bubar nanti ni mandat siapa ? Jika mandat umno sahaja ada lah 40 lebih dari 222

Zahid dan umno barangkali pandang Agung tak ada mata bila mat maslan buat kenyataan semalam pun dah nampak macam umno lebih besar dari Agung

 

ABANG BESAR MCA TAK SETUJU HUDUD-NIK AMAR MACAMANA ?


 

RAKYAT JANGAN DIJADIKAN MANGSA -SULTAN PERAK

 


DIPECAT MENGEJUTKAN! AKHIRNYA VETERAN UMNO DIPECAT!

JANGAN HENTI SEBARKAN KEBEJATAN PAS

 



Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penyokong PH yang kebelakangan ini begitu bersemangat menyebarkan tembelang Pas kepada pengundi sehingga memaksa Pas memikirkan semula strategi pilihanraya mereka.

Pas nampaknya terpaksa buat U-Turn sekali lagi dan cuba memujuk UMNO untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional.

Dari hari ke hari peluang PH untuk mendapatkan semula mandat rakyat kian cerah dan Pas dah mula terasa yang mereka tak mungkin dapat membentuk kerajaan jika bersama dengan PN.

Saya harap semua penyokong PH akan terus berusaha menyebarkan maklumat dan fakta yang betul kepada pengundi kerana ingatlah, kebenaran tetap akan memihak pada pihak yang benar.

YB Adly Zahari

#AmanahProgresifPeduli #AmanahUntukMalaysia

#PakatanHarapan

 

Apakah sejarah 44 tahun lalu berulang di Kelantan?

 

Apakah sejarah 44 tahun lalu berulang di Kelantan?

RENCANA KHAS

Mohamad Nasir

SEJARAH sering kali berulang. Banyak kejadian berulang semula setelah beberapa tahun atau berpuluh dekad kemudian. Kalau pun ia berbeza, ialah plot dan temanya saja, tetapi signifikannya tetap sama. Kalau pun yang berubah ialah pelakon, pengarah, atau pun tempat kejadian, bersesuai dengan peredaran masa. 

 

Namun yang pastinya sejarah itu selalu berulang sama ada disedari atau tidak. Itu adalah lumrah dunia.

Bertolak kepada hakikat itu, apakah sejarah politik di Kelantan yang berlaku 44 tahun lampau akan berulang. Sebenarnya setiap detik yang berdekap dan kita lalui, ia umapama kita sedang menyirat semua bilah-bilah sejarah hidup. 

 

Sejarah yang dimaksudkan lewat catatan ini ialah kejatuhan kerajaan Pas Kelantan pada tahun 1978. Kini sudah 44 tahun sejarah itu berlalu ditelan waktu, banyak orang tidak mengetahuinya apa lagi mempedulikannya.

Kejadian-kejadian sejarah itu dianggap tidak lebih daripada catatan sejarah untuk dikenang semata-mata bukan diambil iktibar. Wahal sesuatu sejarah itu ada kaitan dengan putaran waktu dan kehidupan masa kini. Sejarah adalah cermin besar untuk menilik kehidupan.

 

Bangsa tidak mengenang.

 

Husam Musa simulasi masa lalu sedang 
berjalan.

Tentunya generasi muda, baik dalam kancah politik hari ini, tidak pernah mengetahui sejarah penting
dalam politik itu bahawa ia sedang berputar balik untuk berulang sekali lagi dan seterusnya. Kata ahli falsafah bangsa yang tidak mengenang sejarah adalah bangsa yang rugi. 

Sejarah dimaksudkan dalam catatan ini, kejatuhan kerajaan Pas yang telah berdiri selama 18 tahun. Orang-orang lama Pas akan bernostalgia penuh kesedihan dan kemarahan dengan peristiwa ini.

 

Sejarah itu membuktikan dan memberi pengajaran bahawa Pas bukan sebuah parti berkerajaan yang tidak boleh ditumbangkan. Jika tersalah dan enggan memperbaiki kekhilafan, jahil membuat koreksi diri ia akan berlaku. Inilah iktibar dan ibrahah yang perlu dikenang.

Sejarah atau peristiwa di Kelantan 44 tahun lalu itu bermula dengan satu pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti itu (Pas) berpunca daripada perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin parti itu. Timbul rasa kesedaran dan bersalah kepada pemimpinnya yang tidak sanggup bersekongkol dengan aksi perbuatan yang boleh dianggap tidak suci kepada rakyat.

Ia bermula apabila seorang pemimpin Pas bangkit menentang apa difahami sebagai mencegah  kemungkaran demi membawa kebaikan untuk rakyat. Beliau ialah MOHAMAD BIN NASIR,yang menjadi menteri besar Kelantan pada tahun 1978. 

Kesempatan menjadi MB memberi ruang dan peluang kepada Mohammad Nasir untuk menyemak dan menyelidik pentadbiran kerajaan Pas sebelum ini, khasnya ketika Ishak Lotfi Omar dan Mohd Asri Musa menjadi menteri besar Kelantan. 

 

Dalam semakan itulah beliau menyedari bahawa dalam pentadbiran lalu berlaku kepincangan, dimana kerajaan Kelantan telah memberi konsensi kawasan balak seluas 350,000 ekar kepada sebuah syarikat pembalakan daripada Singapura, bernama Timber Mine Corporation Industrial. Kerana daripada pandangannya pemberian itu sesuatu yang tidak wajar kerana menyebabkan “tergadainya” tanah rakyat Kelantan kepada warga asing, maka beliau berusaha menebusnya kembali.

Usaha penebusan itu, menyebabkan Mohamad Nasir telah dianggap sebagai pemimpin yang baik, jujur dan tidak bersekongkol dengan "penyelewengan" kerajaan Pas terdahulu. Manakala dalam masa sama, caranya itu seperti tidak menghormati dan akur keputusan kerajaan sebelum itu. Maka beliau dituduh sebagai membantah arahan kerajaan. 

 

Walaupun pemberian itu dibuat oleh kerajaan Pas terdahulu atas kepentingan demi pembangunan untuk rakyat menerusi terma-terma perjanjian khusus, tetapi ia sengaja tidak dilihat atau mahu difahami oleh Mohamad Nasir dengan tujuan baik itu dan demi bermanfaat untuk rakyat itu. Kejayaan Umno mempengaruhinya demi kepentingan politik parti itu tidak disedari Mohamad. 

Jatuhnya kerajaan.


Kemuncak daripada salah faham dan pengertian itu, beliau diminta berundur sebagai MB secara terhormat, tetapi beliau enggan memantuhi apabila menyedari beliau berada di pihak rakyat, yang akhirnya undi tidak percaya dilakukan. Natijah daripada perselehengan itu berakhir dengan Mohammad Nasir disingkirkan daripada Pas. Penyingkiran inilah mecetuskan krisis besar dalam politik Pas di Kelantan membawa kepada kejatuhan kerajaan Pas yang telah berkuasa selama 18 tahun.


Tema atau kisah dilalui Muhammad Nasir itu kini sedang berulang di Kelantan waktu ini. Ia dalam episod dan segmen berbeza, tetapi bakal memberi senario atau impak yang sama. 

 

Ia bermula dengan penyingkiran pemimpin. Seorang pemimpin kanan Pas telah disingkir daripada Pas pada tahun 2015, kerana pemimpin itu memperkatakan sesuatu yang jujur dan benar demi kemaslahatan kerajaan Pas. Beliau mendedahkan akan agenda Pas yang sedang mengatur untuk bekerjasama dengan Umno, yang baginya (ketika itu) kerjasama dengan Umno sesuatu yang tidak diperlukan memandangkan parti itu penuh dengan pemimpin korop. 

 

Baginya tidak pantas untuk Pas berkolaborasi dengan sebuah parti kotor. Gara-gara pendedahan dan penentangan itulah menyebabkan beliau di singkir daripada Pas.

Watak atau pemimpin yang dimaksud itu ialah HUSAM BIN MUSA yang pernah menjabat jawatan Exco Kanan Kelantan dan menjadi Naib Pesuruhjaya Pas Kelantan. Seorang tokoh Pas yang pernah dibayangkan dan tepat untuk mengganti Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin Pas dimasa akan datang.


Apa yang dilalui dan dirasai oleh Mohamad Nasir dahulu ikut dirasa dan dilalui oleh Husam waktu ini. Mereka seakan berjalan di laluan atau denai yang sama. Seperti mana Mohamad Nasir tidak boleh bekompormi dengan kemungkiran, demikian juag dengan Husam, tidak akan tunduk dengan tuntutan berupa tidak berlaku adil dan amanah dengan kuasa yang dimandatkan rakyat.

Lantaran itu selepas disingkirkan tahun 2015 Husam lebih galak lagi mendedahkan pelbagai bentuk penyelewengan dilakukan kerajaan Pas. Beliau telah mendedahkan sikap tabiat (behavior) Pas yang telah berubah khasnya sejak selepas peninggalan Allayharyaham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau lakukan itu atas sifat dan fungsinya sebagai khalifah. 

Tubuh SveKelantan.


Kini Husam bergerak siang malam mendedahkan segala kepincangan, kelemahan dan penyelewengan kerajaan Pas dalam usaha untuk menyelamatkan khazanah rakayt Kelantan yang dilahapkan bertopengkan membangun bersama Islam. Husam tidak sanggup melihat nasib dan masa depan negeri Kelantan dengan apa dilakukan pentadbir kini. Misalnya lebih 6,000 ekar tanah hutan simpan kekal (HSK) di Gua Musang telah diberikan kepada orang asing atas nama pembangunan pertanian dan pembalakan.  

 

Kerosakan ekosistem yang berlaku kini kerana kelemahan pentadbiran sungguh menyedihkan. Keadaan itu ditambah dengan keselesaan untuk rakyat seperti masalah air tidak dapat diatasi begitu mengharukan perasaan. 

Jelas tanggungjawab dan peranan dimainkan Husam itu sama dengan apa yang dilakukan Mohamad Nasir lebih empat dekad lalu. Demi untuk menjaga khazanah negeri Kelantan, Mohamad Nasi bertindak kontra dengan naluri pemimpin Pas waktu itu. Nah, demikian dengan Husam hari ini melakukan hal sama. Beliau tidak mempedulikan mengenai nasibnya dalam politik Pas, tetapi mengutamakan kepentingan rakyat. Beliau telah menjadi lilin membakar diri untuk rakyat. Lantaran itu apa dilakukannya disanjung oleh rakyat khasnya yang tidak berkepentingan dan tahu erti menyayangi khazanah negeri.

Perlahan-lahan Husam kini muncul sebagai wira dan pembela nasib rakyat rakyat dan negeri Kelantan. 

Setelah disingkir daripada Pas beliau menyertai parti Amanah Negara (Amanah) bagi meneruskan perjuangannya. Sedikit berbeza dengan Muhmad Nasir yang menubuh Berjasa selepas dipecat daripada Pas. Namun ia tetapi ada persamaan, apabila Husam yang kecewa dengan penampilan dan cara parti Amanah berpolitik, memaksa beliau telah menggerakan sebuah Ngo Gerakan SaveKelantan (GSK). 

 

Perwujudan SaveKelantan walaupun bukan seperti parti politik, tetapi fungsi dan peranannya ke arah itu. GSK akan jadi landasan dan medium untuk rakyat Kelantan berpolitik secara lebih profesional atas nawaitu dan semangat membela dan menjaga Kelantan. SaveKelantan bergerak meleati sempadanan partisan. 

Hari ini peranan dan nawaitu serta penerimaan rakyat kepada GSK Kelantan tidak dapat disembunyikan lagi. Ia diwujudkan untuk menumbangkan Pas di Kelantan setelah Pas gagal diselamat dari dalam secara berhemah. Bukan sahaja PH, bergabung dengan GSK, tetapi akhir-akhirnya ini juga Umno ikut sama tertarik dengan GSK dan lebih berkeyakinan untuk menumbangkan kerajaan Kelantan dengan Ngo ini.

Dari beberapa juzu apa yang berlaku kini, adalah sama senarionya apa yang berlaku 44 tahun lepas. Kerajaan Pas berusia 18 tahun tumbang apabila segala kepincangannya didedahkan oleh tokohnya sendiri, Mohamad Nasir bersama beberapa orang rakannya. Begitu juga yang sedang berlaku kini dengan pengalaman dan kesempatan berada dalam kerajaan Pas, Husam dapat melihat sendiri kepincangan, kelemahan dan salah laku kuasa terjadi. Apa mendukacitakannya, walaupun beliau bertindak menegurnya, tetapi ketamakan dan kemabukan kuasa bekas rakan-rakannya dalam kerajaan menyebabkan teguran dan kritik itu tidak dipedulikan dan lebih malang lagi beliau dianggap sebagai mengkhianat.

Seperti apa yang menjadi hasrat dan amanah Muhammad Nasir, kepentingan rakyat dan hak rakyat perlu dijaga. Maka beliau mengambil risiko menentang partinya sendiri, begitu juga Husam Musa, mengambil tanggungjawab dan peranan sama. Kemanusiaannya dan sifat amanah yang dianugerahkan Allah untuk menjadi khalifah masih dipikul. Kita percaya apa diperlukan Husam bukan untuk kepentingan dirinya sendiri, tetapi demi tanggungjawab terhadap rakyat.

Apakah yang sedang digerakan Husam sekarang ini, dan yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang kini, adalah simulasi apa yang berlaku di era Mohamad Nasir dahulu? Dan kalau berpandu kepada sejarah dan perjalanannya, ia tidak jauh berbeza. 

 

Soalanya apakah dalam memastikan kerajaan Pas yang sudah berusia 32 tahun ini Husam akan mengikut jejak Muhamad Nasir untuk memberi kesan kepada usahanya itu, ia berakhir dengan Husam akan bersama (berkerjasama) dengan Umno dengan menjadikan SaveKelantan sebagai parti politik, seperti Muhammad Nasir menubuhkan Berjasa kemudian bergabung dengan Umno? Masa dan keadaan akan menentukan. 

Dalam pilihan 1978, Berjasa menang 11 kerusi manakala Umno menang 23 kerusi dan Pas menang hanya dua kerusi sahaja. Selepas pakatan Berjasa – Umno berjaya ditumbangkan Pas, Mohamad Nasir sang tokoh rakyat itu dilantik menjadi MB. Walaupun partinya menang hanya 11 kerusi berbanding Umni 23, tetapi Mohamad Nasir dilantik jadi MB. Pelantikan Mohamad Nasir itu dilihat Umno tidak tamak kuasa ketika itu sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat. 

 

Apakah senario atau pun keadaan itu akan berulang sekali lagi setelah 44 tahun berlalu. Wala'hualam. [wm.kl. 4:07 pm 01/10/20222]

 

MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI BUKAN DIBAWAH KUASA OLIGARKI TOP 5 UMNO



Pandangan dari segi perundangan oleh

Ahli Parlimen Pasir Gudang


Top 5 UMNO tidak ada kuasa perundangan untuk menekan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya umum dalam keadaan Malaysia diancam banjir monson tengkujuh.


Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian tidak bertanggungjawab kerana hanya menyebut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri.


Ahmad Maslan cuba menyembunyikan fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budibicara kepada Yang diPertuan Agong untuk bersetuju atau menolak  permohonan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b).


Malaysia sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.


Kuasa budibicara Yang diPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) untuk menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan sesuka hati oleh parti politik berkuasa 


adalah satu jaminan Perlembagaan Persekutuan supaya Negara Malaysia ini tidak jatuh ke tangan kuasa ologarki seperti Top 5 UMNO 


yang Presidennya sedang menghadapi pertuduhan Rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana keputusan di akhir kes pembelaan dijangka akan disampaikan pada bulan Disember tahun 2022 ini.


Top 5 UMNO mahu pilihanraya diadakan sebelum keputusan Kes Mahkamah Presidennya.


Oligarki Umno ini tidak peduli banjir, tidak peduli monson tengkujuh, tidak peduli kesusahan Rakyat.


Mereka hanya mementingkan usaha merebut kuasa.


Ini Satu penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri sekiranya Ismail Sabri Yaakob takut dan tunduk kepada kuasa oligarki Umno.


Malaysia yang demokrasi mesti diselamatkan dari golongan oligarki Umno yang fasis.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

01.10.2022



JADI PENEROKA...UTANG BANYAK BANYA LEPAS TU UMNO GUNA DUIT RAKYAT BANTU SELESAI UTANG....WOOOO MALU WOOOO...BERANAK PINAK BERCUCU CICIT PUN NAK KENA TANGGUNG SENDIRI LAGI...ADOIII.TAPI ADA JUGA DAKWAAN KERAJAAN WUJUDKAN HUTANG IKUT MANA ENTAH SEHINGGAKAN KES INI BERLARUTAN.....PANDAI HANGPA NAK PILIHANRAYA NO...

 

KPLB timbang lupus hutang peneroka Felcra RM230 juta





Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata isu tunggakan hutang terbabit telah lama dibangkitkan oleh peneroka Felcra lebih 30 tahun lalu. (Gambar Bernama)

PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mempertimbangkan keputusan untuk melupuskan hutang 20,000 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) berjumlah RM230 juta.

Menterinya, Mahdzir Khalid, berkata proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

“Isu tunggakan hutang ini telah lama dibangkitkan oleh peneroka Felcra lebih 30 tahun lalu, yang melibatkan beberapa generasi sedia ada termasuk mereka yang telah meninggal dunia.

“Oleh itu, kerajaan sedang pertimbangkan keputusan ini dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Keluarga Malaysia Felcra di Kampung Batu Karang.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, antara hutang yang dibuat oleh peneroka Felcra adalah seperti kos pembangunan termasuk proses pembersihan tanah, pagar serta penanaman pokok, sebelum hutang berkenaan dibayar sebaik mendapat hasil.

“Sekiranya hutang berkenaan tidak dilupuskan, generasi akan datang juga akan mengalami masalah yang sama.

“KPLB mencari jalan terbaik dan mengharapkan ada jalan penyelesaian selepas Pengerusi Felcra, Ahmad Jazlan Yaakub membentangkan perkara tersebut kepadanya nanti,” katanya.

INGAT BIJAK...RUPANYA...




BOB KELANANG



BERCAKAP UNTUK KEPENTINGAN PARTI SENDIRI..

 

UMNO kata Keadilan parti bukan Melayu. Begitu juga PAS. Tapi bekas ahli Keadilan kata parti itu kini sudah menjadi parti yang berpusat kepada Melayu.

Itulah cakap musuh. Mereka cakap ikut suka sebab nak membenarkan tindakan atau perbuatan mereka saja. Tak kisah kalau perkara itu benar atau palsu.

Apa yang penting, kira lihat dan nilai sendiri. Yang kita boleh nampak, Keadilan adalah sebuah parti berbilang kaum yang mensasarkan prinsip keadilan dan itulah yang paling utama. Guane boh?

Raja Gelap

 


KEHILANGAN SESEORANG KETIKA BANJIR AMAT MEMERITKAN. DARI ITU BAIK TOLAK PILIHANRAYA KETIKA MUSIM BANJIR

 

ZACK ROCKSTAR

Tahun lalu, saya telah kehilangan atlet saya yang paling berbakat ketika menghulurkan bantuan beras kepada mangsa banjir di Maran, Pahang. Kejadian ini sangat mengesankan. Arwah lemas depan isteri dan anak2nya. Itu sebab saya tolak PRU ketika banjir!

utusan.com.my/sukan/2021/01/…




 

SAMA TAPI TAK SERUPA





NORMAN RADZUAN


SAMA TAPI TAK SERUPA

Kedua mereka bergelar Dato’. Kedua mereka ahli UMNO. Kedua mereka setiap hari lantang bersuara di media sosial. Tapi sorang sahaja digantung keahlian.

Yg membezakan mereka seorang mengkritik Perdana Menteri sekarang hingga di saman. Seorang lagi mengkritik bekas Perdana Menteri dan Presiden. Jadi faham2 la nasib mu Annuar Musa dan KJ.

Yg bermasalah kartel mahkamah yg kena hukum penyokong Perdana Menteri dan Menteri2… Yg rakyat mahukan pulihkan ekonomi dan bersedia hadapi banjir yg UMNO buat suruh rakyat pergi mengundi. Penjajah era moden terhadap minda rakyat yg masih mudah dijajah.

 

GEMPAR!! - AKHIRNYA ANWAR DEDAH DALANG SEBENAR LANGKAH SHERATON! | TUN M...

ASAL NAK PRU MESTI SERANG ANWAR GUNA ISU "SEKSUAL"!! TAKUT SANGAT ANWAR ...

RUPANYA ELAK MASUK PENJARA ZAHID NAK JADI PM! ZAHIRIN PESAN JANGAN UNDI ...JANGAN UNDI MELAYU KALAU NAK BERJAYA