AGAK AGAK KALAU LAH DIA NI BUKAN SIAPA SIAPA...AGAK AGAK CEPAT DAK DAPAT BANTUAN NI ?

 

Nik Abduh buat permohonan ikut proses betul, tak timbul isu salah guna kuasa, kata exco




Tidak timbul isu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyalahgunakan kuasa dalam memohon bantuan untuk majlis perkahwinan anaknya kerana ia dilakukan mengikut proses betul, kata Exco Kelantan, Dr Izani Husin. (Gambar Facebook Nik Abduh)

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat permohonan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) berhubung kemudahan untuk majlis perkahwinan anaknya.

Katanya, tidak timbul isu Nik Abduh menyalahgunakan kuasa dalam meminta bantuan kerana ia dilakukan mengikut proses yang betul.

Beliau berkata, berdasarkan proses biasa, jika ada permohonan dibuat mana-mana pihak, MPKB akan membuat penilaian sama ada boleh memenuhi permohonan itu atau sebaliknya, dan setiap kelulusan perlu disertakan bayaran.

“Bila ada permohonan, pihak MPKB boleh lulus dan boleh tidak lulus. Jika lulus, ada dengan bayaran dikenakan, itu prosedur biasa,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau turut menjelaskan kebanyakan persiapan majlis perkahwinan anak Nik Abduh dibuat atas kapasiti individu, termasuk khemah kenduri bukannya dari MPKB.

“Khemah kenduri semua ditempah sendiri YB Nik Abduh, yang tidak cukup saja beliau mohon dengan MPKB,” katanya.

Bagaimanapun, Izani menjelaskan tidak semua permohonan diluluskan Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin.

Beliau menjawab kritikan beberapa pihak berhubung isu itu, termasuk Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Nik Abduh atas dakwaan salah guna kuasa kerana meminta “kerjasama” daripada pihak berkuasa tempatan.

Terdahulu, tular surat permohonan bertarikh 20 Sept daripada Nik Abduh kepada MPKB untuk memohon kemudahan bagi majlis perkahwinan anaknya, termasuk perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan bantuan penguat kuasa bagi kawalan lalu lintas.

Terbaru menerusi Facebooknya, Nik Abduh berterima kasih kepada MPKB, Jabatan Kerja Raya dan polis yang menerima permohonan untuk turut sama membantu melancarkan majlis keraian dan jamuan rakyat dalam memastikan keselesaan pergerakan serta kelancaran lalu lintas, khususnya pada waktu puncak.

“Pihak MPKB sebagaimana biasa turut menyediakan tambahan tong sampah bagi memudahkan urusan pungutan dan pemindahan sisa pepejal bagi menjamin kebersihan (kesihatan) dan keceriaan kawasan sekolah dan masjid Tok Guru yang perlu dipulihkan dengan cepat,” kata Nik Abduh.

DIA DAH DITOLAK DI DUN PENANTI. PERMATANG PAUH. BALIK LAH KEDAH USTAZ OIIIII....MAI CARIMAKAN DI PENANG PUN SUSAH JUGA...KULIAH DIA PUN BANYAK SEMBANG JUGA.

BALIK PE LAWAN DI KEDAH NU...






 

Kata dah PAS dah tukar zikir harian tapi walaun tak percaya..dulu ratib DAP DAP sekarang TOLAK PH, PH 22 BULAN. Bagi ke wakl Pas dalam Kerajaan sekrang pun jadi setan bisu juga .....sembang



ADA UMNO DI WAJAH PAS

 

ADA UMNO DI WAJAH PAS

Ucapan presiden PAS sekarang pun sudah bernuansa nasionalistik. Penekanan sebegini agak pelik jika disemak teks-teks ucapan dasar presiden 10 atau 20 tahun lalu.

Firman dan hadis tetap diselitkan dalam ucapannya. Pantun seloka tidak saja diungkap oleh pengerusi tetap, presiden parti pun bijak berpantun.

Bertanjak, bersampin dan berkeris bukan sekadar gaya kelainan dalam penampilan pada umum. Ia adalah suatu simbol yang mudah dibaca.

Saya menghirup teh panas di Hentian Puncak Titiwangsa untuk merehatkan diri yang penat bermusafir dan berfikir. Pada hujung kembara, pandangan jauh saya lontarkan pada sekumpulan anak muda berkopiah itu.

Saya berbisik, ada Umno pada wajah mereka!

Oleh DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas dan penulis buku serta esei.

 



MALAYSIA TERKENAL LAGI

 





WORLD's MOST RACIST COUNTRY 

Yesss!!! Malaysia naib juara, di belakang South Africa!

https://www.indexmundi.com/surveys/results/8

BETUL KE NIM.....BELUM SIASAT BETUL BETUL...BELI MERCEDES ...AIR KARAT...TUDUHAN NIK ABDOH MENGAKU ......TAK KANLAH MAKSUM SANGAT...BIARLAH SPRM SIASAT DULU.

 

Integriti pemimpin PAS tidak pernah tercalar, kata Hadi



Presiden PAS Abdul Hadi Awang pihaknya terbuka dengan siasatan SPRM terhadap tiga negeri pentadbirannya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan integriti pemimpin parti Islam itu tidak pernah tercalar susulan dakwaan menerima dana RM90 juta daripada Umno.

Hadi berkata pihaknya terbuka dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap tiga negeri pentadbirannya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Suka-suka kata kita dapat RM90 juta Umno bagi dengan satu fitnah. SPRM dah siasat tapi tak ada bukti.

“Saya beritahu kepada SPRM siasat negeri yang PAS perintah… kita buka 24 jam pergi siasat, menteri besar, exco kalau bersalah sila tangkap, sila ambil tindakan, kita nak buang kalau ada yang macam ni,” katanya dalam sebuah video di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pada 9 Sept lalu, ADUN Seri Delima dari DAP Syerleena Rashid membuat laporan kepada SPRM terhadap Hadi atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Laporan SPRM itu dibuat selepas Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan penyelesaian RM1.4 juta dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dalam saman terhadapnya.

Saman itu susulan dakwaan Rewcastle Brown pada 2016 bahawa Umno didakwa memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti Islam itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah, dengan Hadi dilaporkan membayar Rewcastle Brown RM1.4 juta pada 2019.

Sementara itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan, parti lain sudah sedia maklum dengan persediaan kewangan PAS dalam menghadapi pilihan raya, ia termasuk meminta sumbangan ahli mereka.

“Lepas pilihan raya umum dah kumpul duit untuk PRU akan datang, ada orang jual PAS yang jual tanah. Yang banyak tanah untuk bayar deposit orang jadi calon.

“Banyak kalangan PKR dan lain-lain tahu bila kita kerjasama, orang PAS banyak belanja, dia (parti lain) tak banyak belanja, lepas PRU lari, orang PAS bayar hutang. Ada tempat-tempat orang PAS kena bayar hutang, saya tak nak sebut tempat mana-mana,” katanya.

Menurutnya, PAS menekankan soal disiplin dalam parti dan mana-mana pemimpin yang membuat salah laku akan dipecat dari parti.

“Parti lain tak ada disiplin, kita berbeza dengan parti lain. Kita parti akidah, buat silap dipecat dari PAS. Masalah akhlak, masalah moral, parti lain tak peduli berbanding dengan PAS,” katanya.

Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas


 

Beberapa kampung di Pontian dilaporkan dilanda bencana banjir. Foto kredit Facebook Komuniti Johor

 

Jumlah mangsa banjir kilat di dua daerah di Johor meningkat kepada 222 orang setakat 4 petang ini, berbanding 194 orang pagi tadi.

Beberapa kampung yang berada dalam kawasan Parlimen Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda sejak semalam ekoran hujan lebat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya memaklumkan, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Batu Pahat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Suloh yang menempatkan 97 mangsa daripada 21 keluarga, menurut laporan Bernama.

JPBD bagaimanapun memaklumkan sebuah PPS di Pontian telah ditutup, berikutan kesemua mangsa yang ditempatkan di Sekolah Agama Kayu Ara Pasong telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, berikutan banjir mulai surut.

“Jumlah itu menjadikan keseluruhan sebanyak empat PPS masih beroperasi setakat ini.

“Dua PPS di Batu Pahat adalah Sekolah Agama Seri Bengkal dan SK Peserai, manakala di daerah Pontian iaitu Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan, masih dibuka sejak semalam,” menurut kenyataan jawatankuasa itu.

Menurut JPBD, sebanyak tujuh kawasan di Johor dilaporkan masih terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pada 6.30 pagi, semalam.

Antara kawasan terjejas ialah Kampung Seri Bengkal; Kampung Bintang Peserai; Kampung Dalam; Kampung Sungai Suloh; Kampung Sungai Suloh Besar dan Kampung Patah Pedang di Batu Pahat serta Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas di Pontian.

 

KAH..KAH.JADI TUAN TUAN KITA BOLEH PANGGIL PAS NI PARTI PELACUR LAH YA.....APA PUNYA PRESIDEN PARTI ISLAM...DIA KATA SANGGUP PARTI DIA JADI PELACUR..PUNYA HINA PARA WALAUN JIKA PARTI PRESIDEN SENDIRI ANGGAP SEBAGAI PELACUR POLITIK. BAB HUKUM PELACUR TU TAK ADA KAITAN DENGAN MARUAH POLITIK ISLAM.

 


Pelacur masuk syurga tu pasal IHSAN beri anjing minum dan selamatkan nya dari kehausan

Bukan masuk syurga kerana melacur ...adoii..apa lah punya dalil ni..Kah kah…kalau pelacur politik bagi nyawa dan sekongkol dengan penyamun dan pengkhianat betul la apa yang KULI gelar sebagai parti pelacur..memang melacur ja la kerjanya…patut sondol kiri kanan. MEMALUKAN LAH TUANG PRESIDENG. TAK PASAL PASAL AHLI PAS JATUH MARUAH.WALAUN NAK DEBAT MACAMANA NANTI KALAU RESIDENG GELAR PARTI SENDIRI PARTI  PELACUR?

 

ULANG SIAR UNTUK YANG TENGAH MEMANDU


 

UCAPAN PALING WIN- SENGAJA ULANG SIAR UNTUK YANG TAK BERKESEMATAN MENONTONNYA


 

14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah


 

Polis melakukan serbuan dan merampas wang tunai serta barangan lain di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018 yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Gambar fail

 

Keputusan sama ada akan dipulangkan atau tidak barangan mewah milik Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor akan diumumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 November nanti.

Puluhan barang kemas, jam mewah dan beg tangan bernilai jutaan ringgit milik pasangan tersebut dirampas pihak berkuasa semasa serbuan di sebuah kondominum Pavilion Residences yang didaftarkan atas nama Obyu Holdings Sdn Bhd.

Pengumuman tarikh keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendengar mendengar hujahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah.

Dalam permohonan tersebut, pendakwa raya mem inta untuk merampas 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang dirampas daripada unit kondominium itu pada 17 Mei 2018; dengan kedua-dua Najib dan Rosmah menamakan diri mereka sebagai penuntut kepada barang yang dirampas.

 

RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi

 

Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, wang berjumlah RM2.08 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sembilan transaksi pada 2013.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, 43, berkata berdasarkan penyata akaun berakhir 694, kesemua transaksi itu berlaku pada Mac dan April 2013, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata sejumlah RM465 juta di masukkan ke dalam akaun tertuduh (Najib) pada 22 Mac 2013 menerusi tiga transaksi.

“Pada 26 Mac 2013, sejumlah RM188,001,963.02 dimasukkan ke dalam dalam akaun Najib. Selain itu, pada 28 Mac tahun sama, sejumlah RM369,974,962.98 dimasukkan menerusi dua transaksi,” kata Uma Devi.

Beliau berkata sejumlah RM1,058,500,000 dimasukkan dalam akaun Najib pada 8, 9 dan 10 Apil 2013 menerusi tiga transaksi.

Saksi berkata, kesemua sembilan transaksi itu adalah berjumlah RM2,081,476,926.

Dalam penyataan pembukaan pada 2019, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013, Tanore (syarikat dipercayai milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low) memindahkan US$681 juta ke akaun tertuduh.

Sri Ram berkata mengikut mata wang Malaysia, ia berjumlah RM2,081,471,926 dan jumlah wang itu menjadi perkara utama dalam pertuduhan ketiga dihadapi Najib.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah juga diberitahu bahawa RM2,034,350,000 dikeluarkan dari akaun Najib antara 2 Ogos 2013 dan 23 Ogos 2013, menerusi lima transaksi.

Sebelum ini, Sri Ram juga memberitahu mahkamah bahawa tertuduh memindahkan sejumlah RM2,034,350,000 ke Tanore Singapore dan baki RM22,649,000 digunakan untuk membayar empat entiti dan seorang individu.

Dalam penyataan pembukaannya, beliau berkata pihak pendakwaan akan membuktikan kesemua pembayaran itu memberi manfaat kepada tertuduh.

Sementara itu, ditanya Najwa sama ada kad ATM diberikan kepada pemegang akaun berakhir nombor 694, saksi berkata “no ATM card was granted as per record,”.

Uma Devi juga berkata beberapa syarikat, individu, parti dan entiti menerima cek daripada Najib sepanjang 2012.

Antaranya, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah yang menerima RM100,000, Barisan Nasional Negeri Selangor (RM400,000), Badan Perhubungan UMNO Pahang (RM760,000) dan Salt Media Consultancy Sdn Bhd berjumlah RM49,000.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.


MAHIADDIN BETUL BILA KATA BN MUSUH PN, SANGGAHAN PAS HANYA TUNJUK IA PARTI KEMARUK JAWATAN

 

Kenyataan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin yang meletakkan BN sebagai musuh mereka dalam PRU15 akan datang adalah betul dan tepat.

Ini kerana, meskipun sekarang ini BN dan PN sedang bersama-sama dalam membentuk kerajaan, hubungan itu secara automatik akan berakhir sebaik saja Parlimen dibubarkan.

UMNO yang merupakan tunjang utama BN sudah berkali-kali menegaskan mereka ingin bertanding solo dan enggan bekerjasama dengan sesiapa pada PRU15 nanti.

Oleh itu, mana-mana pemimpin Pas tidak perlu menyanggah kenyataan Mahiadddin itu, sebalik mesti sedar diri dan tidak berterusan menipu diri sendiri.

Mereka bukan saja perlu menerima realiti tersebut, malah tidak wajar sama sekali terus menunjukkan sikap terhegeh-hegeh mahu berbaik dan bekerjasama lagi dengan UMNO.

Syarat untuk Pas jika ingin benar mahu bekerjasama dengan UMNO sebenarnya satu saja iaitu mereka mesti sedia meninggalkan Bersatu dan keluar daripada PN.

Soalnya, sanggupkan Pas berbuat demikian?

Jika tidak sanggup, lebih baik Pas berhenti daripada terus mahu menebalkan muka mengorat dan bersikap gila talak terhadap UMNO.

Bukankah dulu Pas juga yang menjauhi UMNO walaupun sudah bersama dalam MN demi untuk mengejar kenikmatan dunia bersama PN yang ditawarkan oleh Mahiaddin?

Apa yang dilakukan oleh Mahiaddin dengan meletakkan BN sebagai musuh, ia tidak lain ialah agar PN tidak hilang fokus dalam menghadapi PRU15 dan sedar musuh yang perlu dihadapi.

Ia memberi maksud bahawa oleh kerana PRU15 akan datang bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru atau lebih, selain PH yang sudah tentu merupakan musuh yang perlu dihadapi, BN yang sedang mengetuai atau memimpin kerajaan lebih perlu diberi perhatian.

Tidaklah bermaksud bahawa dengan mengatakan BN sebagai musuh, maka ia bermakna PH bukan musuh kepada PN.

Kedua-duanya adalah musuh kepada PN, sama juga bagi PH yang musuhnya adalah BN dan PN, manakala musuh bagi BN pula ialah PH dan PN.

Itulah realiti yang harus diterima oleh Pas selagi mereka berada dalam PN dan tidak mahu bercerai dengan Bersatu.

Sikap Pas yang menyanggah kenyataan Mahiaddin berkenaan BN sebagai musuh itu tidak lebih memperlihatkan ketamakan serta sikap kemaruk mereka terhadap jawatan dunia bergaji lumayan dalam kerajaan, walaupun tanpa melakukan apa-apa kerja dan hanya makan gaji buta.

Pas sekarang ini, dengan berterusan cuba mengorat dan berbaik dengan UMNO, tetapi dalam masa yang sama enggan melepaskan pelukannya daripada Bersatu, hanya menunjukkan parti tersebut bukan lagi sebuah parti perjuangan.

Dengan sikap sedemikian, Pas era Hadi Awang ini lebih sesuai dinamakan parti kemaruk jawatan dan penadah daki-daki dunia, sekaligus melupakan terus sasaran akhirat sebagai matlamat perjuangan yang sebelum ini itulah doktrin yang dipasakkan ke dalam hati para pengikutnya melalui ceramah-ceramah di seluruh negara. – ShahbudinHusin 26/09/2022.


MUSYUARAT PH TERENGGANU UNTUK PILIHANRAYA SELESAI





Alhamdulillah, pada Sabtu baru baru ini telah berlangsung Mesyuarat Pakatan Harapan Negeri Terengganu di Pejabat Amanah Terengganu.

Saya mengalu alukan kehadiran YB Nik Nazmi selaku Pengerusi MPN KEADILAN Terengganu yang baharu bersama sama dengan barisan kepimpinan terkini KEADILAN Terengganu. Selamat datang YB ke Terengganu!

Insyaallah, sedikit masa lagi Pakatan Harapan Terengganu akan mengumumkan beberapa perkara penting demi kepentingan rakyat Terengganu khususnya.

Doakan agar Pakatan Harapan Terengganu dapat memberikan satu kejutan dalam PRU15 tidak lama lagi.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

26 September 2022

 

SIAPA KENA KENCING ..SEAKAN AKAN KITA TELAH NAMPAK. JIKA DITAKDIRKAN ZAHID HAMIDI TAK BEBAS....DIA AKAN KONA SEMULA

 

Tapi sayang...

Kehadiran kekasih lama mu

Datang kembali

Mengenang cinta dahulu...

Itu lagi Cinta Tiga Segi. Tiada kena mengena tetapi agak sesuai dengan tajuk berita ini. Kisah hubungan PAS dan PPBM ni kalau manusia, boleh dilabelkan "it's complicated".

Berita penuh di https://bit.ly/3xSPxgt.

PPBM tunggang sentimen kebencian rakyat kepada kleptokrasi. Mahukan khemah besar jadi isytihar BN sebagai musuh dan kekal berusaha untuk bentuk kerjasama dengan PH.

Manakala PAS pula tunggang sentimen agama dan kaum. PAS mahukan kerjasama dengan BN dan isytihar PH sebagai musuh utama. Habis tunggang langgang dah depa ni.

Kalau berbeza pendapat itu biasa. Dalam PH pun banyak kali berlaku perbezaan pendapat. Tapi ini berlawan arah terus. Sorang nak ke utara, sorang lagi nak ke selatan

Kalau bawa kereta, keadaan PH macam tuju arah yang sama. Beza pendapat cuma nak berhenti di R&R yang mana. Tapi dalam PN, arah pun berbeza, nak gerak macamana?

Inilah petanda kerjasama mereka bukan terbentuk atas dasar prinsip. Tapi hanya perkongsian kuasa dan tunggang menunggang. Matlamat perjuangan pun tak selari atau tak wujud pun.

Ini yang rakyat nak pilih sebagai pemerintah? PN ni, kalau kalah PRU nanti confirm pecah berderai. Bertahan sekarang pun sebab ego dan nak terus tipu penyokong je ni.

Rakyat perlu celik mata. Lihat PN dan BN bukanlah satu option untuk rakyat. Sedangkan nak pilih siapa kawan siapa lawan pun mereka keliru. Sebab itu bila memerintah mereka tepu. Guane boh?

Raja Gelap

.


MUKA TAK MALU

 

Untung jadi orang kayangan. Pakai minum anak beranak semua atas ihsan. Walaun apa tau. X tau pasal jumhur mereka bodo





KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA

 

NORMAN RADZUAN



 Siapa Yusuf Al-Qaradhawi ulama yg sering dipenjara?

KITA HILANG TOKOH INTELEKTUAL AGAMA

Seluruh umat Islam menangisi pemergian Ulama hebat ini. Saya secara peribadi menganggap beliau sebagai tokoh intelektual Islam di era moden ini yg pandangannya sgt terbuka atau moderate.

Lima buku yg dikatakan wajib disimpan di setiap rumah karya agung beliau ialah Halal dan Haram Dalam Islam, Fatwa Kontemporari, Fiqh Keutamaan, Fiqh Jihad dan Fiqh Hiburan dan Rekreasi… jadi mari kita kenali siapa insan hebat ini.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab pada 9 September 1926. Pada usia 10 tahun beliau telah menghafal Al Qur’an. Menamatkan pendidikan di Ma’had Thantha dan Ma’had Tsanawiz.

Qaradhawi kemudian melanjutkan studynya ke Universiti Al Azhar, Fakulti Ushuluddin dan tamat pelajaran di situ pada tahun 1952. Gelaran doktornya diperolehi pada tahun 1972 dgn disertasi “Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan” yg kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat.

Apa maksud disertasi? Disertasi dari segi metodologinya lebih teliti atau terperinci berbanding tesis. Sebuah buku yg sgt konprehensif membahas persoalan zakat dgn nuansa modern.

Kenapa Qaradhawi lewat meraih gelar doktor? Beliau terpaksa meninggalkan Mesir akibat kejamnya rejim yg berkuasa saat itu. Beliau terpaksa menuju ke Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar.

Pada masa yg sama beliau juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Beliau mendapat kewarganegaraan Qatar dan memilih utk tinggal di Doha.

Dlm perjalanan hidupnya Qaradhawi pernah pernah dipenjara sejak masa muda lagi. Di Mesir ketika berusia 23 tahun (1949) beliau dipenjarakan oleh Raja Faruk kerana penglibatannya dlm pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Pada April tahun 1956 beliau sekali lagi ditangkap di saat terjadi Revolusi Juni di Mesir. Bulan Oktober, kembali beliau ke penjara selama dua tahun.

Qaradhawi terkenal dgn khutbahnya yg berani sehingga sempat dilarang sebagai khatib di sebuah masjid di daerah Zamalek. Alasannya khutbah Qaradhawi mencipta pandangan umum tentang ketidakadilan rejim saat itu.

Qaradhawi memiliki tujuh org anak, empat perempuan dan tiga lelaki. Sebagai seorang ulama yg sangat terbuka, dia membebaskan anak anaknya utk menuntut ilmu apa saja sesuai dgn minat dan bakat serta kecenderungan masing2.

Anak perempuan sulungnya memperolehi Doktor Falsafah dlm bidang nuklear. Anak perempuan keduanya memperoleh gelaran Doktor Falsafah dlm bidang kimia, anak perempuan ketiganya masih belajar. Anak perempuan keempatnya telah menyelesaikan pembelajarannya di Universiti, Texas Amerika.

Manakala anak lelakinya sulungnya mengambil bidang teknik elektro di Amerika, anak lelaki keduanya belajar di Universiti Darul Ulum Mesir dan anak lelaki bongsu pula telah tamat kuliah di Fakulti Teknik Jurusan Elektrik.

Sebab itulah Qaradhawi merupakan seorang ulama yg menolak pembahagian ilmu antara agama dan moden. Baginya ilmu Islamik dan moden terserah bagaimana seseorang melihat dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu menurut Qaradhawi telah menghambat kemajuan umat Islam.

Yusuf Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yg unik. Keunikan dan keistimewaanya kerana cara atau metodologinya dlm menyampaikan risalah Islam.

Lantaran metodologinya itulah beliau mudah diterima di kalangan dunia barat sebagai seorang pemikir yg selalu menampilkan Islam secara ramah, santun dan moderate. Sebanyak 125 buku telah beliau tulis.

Selain itu Qardhawi tidak berasa malu berbeza pendapat dgn senior-seniornya dlm pergerakan Islam seperti Sayyid Quthb, antara tokoh utama gerakan Islam moden Ikhwanul Muslimin.

Qardhawi berani mengkritik pemikiran Sayyid Quthb dlm bukunya yg amat popular "Ma'alim Fii al-Thariiq" (Papan Tanda Sepanjang Jalan).Bagi Qardhawi, perbezaan pendapat adalah sesuatu yg tidak mungkin utk dihalang.

Ini kerana selama terdapat sebab2 yg membolehkannya, maka perbezaan itu tidak akan pernah berakhir. Malah beliau berpendapat, sikap taksub yg terdapat pada sesetengah umat Islam, sering menimbulkan suasana yg tidak tenteram dan merugikan umat Islam sendiri.

Kata beliau ia kerana masing2 dgn penuh semangat mempertahankan pendapat masing2 dan menganggap pendapat merekalah yg paling benar. Benar Sheikh…Al Fatihah.

 

Lebih Banyak Wang Tunai 1MDB Dikenalpasti Dalam Usaha Pembangunan Jerman Yang Gagal Kerana Dilelong Oleh Bank

 

Seorang wartawan bebas di Mannheim, Jerman telah mengenal pasti  bagaimana berjuta-juta dolar yang dicuri daripada 1MDB berakhir dalam projek yang gagal untuk membangunkan bekas pangkalan tentera AS, Turley Barracks , di bandarnya.

Pelaburan itu, yang pernah disokong oleh majlis tempatan, sepatutnya menukar tapak itu menjadi pusat komersial dan kediaman utama, tetapi ia ternyata menjadi bencana kerana pemaju, Tom Bock, kehabisan dana sebelum dirampas oleh pemberi pinjaman:

“ Sepuluh tahun selepas penjualan kepada pelabur Tom Bock, Turley masih menjadi tapak pembinaan utama dan tiada apa yang berlaku pada banyak projek pembinaan selama bertahun-tahun, alam semula jadi perlahan-lahan menebus semula beberapa bangunan yang musnah. Tetapi ada sebab lain mengapa ramai orang tidak meraikannya di Turley: .. Tujuh daripada sebelas hartanah dan plot tanah di Turley yang sebelum ini diperoleh oleh Tom Bock dengan nilai pasaran sekitar 22 juta euro sedang diiklankan dan kemudiannya mungkin mencari pemilik baru (atau lama). Terdapat ketidakpastian dalam kalangan penduduk dan perniagaan di Turley "Kami tidak tahu bagaimana keadaan akan berterusan," 

Encik Bock pada asalnya menjadi harapan besar bagi kawasan itu dan dipuji oleh majlis tempatan, jelas wartawan Deiter Leder dalam artikel yang menjejaki bagaimana komunitinya sendiri telah dibiarkan tinggi dan kering seperti orang di Malaysia. Kini akan ada lelongan wajib harta itu pada 13 Oktober kerana bank berusaha untuk mendapatkan kembali wang mereka.


Mohamed al-Husseiny

Menurut penulis, sudah genap 10 tahun Bock meletakkan wang di atas meja dan menyertai usaha sama dengan pihak berkuasa dengan projek besar untuk mengaut keuntungan besar dan memodenkan bandar.

Pada masa itu tiada siapa yang mempersoalkan dari mana wang itu datang. Bagaimanapun, pemerhati 1MDB akan mendapati tempoh itu adalah selepas terbitan bon 'pembelian kuasa' 1MDB yang segera dirompak oleh mereka yang terlibat.

Sudah pasti, penyelidikan Leder telah mengenal pasti pemegang saham baharu utama yang menyuntik dana kepada perusahaan Bock pada masa itu yang dikaitkan dengan kecurian.

Dia adalah salah seorang  Suaad al-Attas dari Emiriah Arab Bersatu, tidak lain dan tidak bukan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Aabar/IPIC Mohammed al Husseiny, kini menjalani hukuman di Teluk kerana peranannya dalam menjarah dana Malaysia, termasuk sogokan kepada dirinya sendiri. lebih $66 juta:

Seawal 2013, Al-Attas menjadi pemegang saham dalam empayar syarikat Tom Bock. Di satu pihak, dia mengambil bahagian dalam peningkatan modal sebanyak 30,000 euro. Dia juga memberikan pinjaman hampir 5.5 juta euro untuk digunakan untuk Soho Turley di Mannheim, seperti yang ditunjukkan oleh dokumen dalaman dari Switzerland.
Dilengkapi dengan wang baru, Tom Bock menawarkan pada 2013 untuk turut membangunkan tapak pembinaan V…. Adalah wajar bahawa beberapa dana untuk pembelian itu datang daripada dana yang digelapkan daripada skandal 1MDB yang dilaburkan semula di Mannheim.”

wartawan memerhati.

Dan sesungguhnya, penelitian terhadap pemfailan mahkamah Jabatan Kehakiman AS yang menjejaki aliran wang tunai yang digelapkan daripada dana menjelaskan bahawa di sinilah pemegang saham Puan memperolehi wang tunai pelaburannya, terima kasih kerana ia diteruskan oleh suaminya selepas mencuri. ia daripada 1MDB.

[Para 1005 dan seterusnya] $39.5 juta daripada $73.5 juta .. dipindahkan ke dalam akaun konspirator bersama 1MDB masuk ke dalam akaun Solution Century , yang dikawal oleh Suaad Al Atta s, bekas pasangan [Mohd al]  HUSSEINY …. Antara
18 Julai 2013 dan 20 Mac 2014, $17,550,115 telah dipindahkan daripada akaun Solution Century ke dalam akaun peribadi Suaad Al Attas di BHF Bank di Jerman.
Pada 10 Oktober 2014, $5,000,000 telah dipindahkan daripada akaun peribadi Suaad Al Attas di BHF Bank ke dalam akaun peribadi yang dimiliki bersama oleh Suaad Al Attas dan HUSSEINY di Bank of America di Amerika Syarikat.”

Syarikat Solution Century muncul di tempat lain dalam cerita penyelewengan 1MDB, di mana al Husseiny akan menggunakannya sebagai kenderaannya apabila dia menulis surat jaminan kepada anak tiri Najib, Riza Aziz, syarikat pengurusan kekayaan di Los Angeles. Surat itu membentuk percubaan untuk mewajarkan pembayaran besar yang dibuat daripada wang yang dicuri kepada syarikat produksi Riza Red Granite Pictures.

Al-Husseiny berbohong kepada pengurus di NKSFB dalam surat yang dihantar bagi pihak Aabar Investments PJS Limited / Solution Century Limited mengatakan bahawa pemindahan $94.5 juta pada Jun 2012 adalah hadiah kepada Riza daripada dirinya sendiri :

Surat ini bertujuan untuk mengesahkan bahawa pemindahan $94,500,000.00 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 kepada BSI Bank, Ltd. (nombor akaun [XXX]250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah. Pemindahan dibuat tanpa pertimbangan dan tiada perkhidmatan dilakukan atau hadiah diterima untuk aset. Ini adalah pemindahan percuma yang dibuat dengan kemurahan hati yang terpisah dan tidak berminat berdasarkan hubungan peribadi kami yang rapat.

Ketika cerita mula meletup di sekitar 1MDB - al Husseiny sendiri yang pertama ditangkap berkaitan skandal di Emiriah Arab Bersatu pada 2015 - keadaan mula menjadi buruk dengan pembangunan Mannheim. Wartawan Jerman itu tidak boleh menyatakan sejauh mana masalah 1MDB yang menyebabkan perkara menjadi tidak kena:

Tidak diketahui bagaimana siasatan awal pada 2016 menjejaskan Al-Attas dan wang yang dilaburkannya bersama Tom Bock. Ia mungkin telah dituntut semula atau dirampas. Rupa-rupanya sejak 2016, 2017 paling lewat, Tom Bock kehabisan wang. Nampaknya, Bock tidak mendapat sebarang wang segar daripada bank. Kerana seawal tahun 2017, Tom Bock cuba mendapatkan wang segar dalam masa yang singkat dengan cara orang ramai yang agak luar biasa melabur dengan pinjaman swasta. Bon itu harus berjalan selama satu tahun.
Penggantungan aktiviti pembinaan, kebankrapan dan perampasan.
Tiada apa-apa yang berlaku di tapak pembinaan sejak 2018. MWSP [majlis tempatan] telah pun menangani kebuntuan di Turley pada Disember 2018, tetapi tidak banyak yang boleh mereka lakukan.
Tom Bock masih mempunyai pendapat tentang Turley: Pada bulan Mac 2019 diumumkan secara terbuka bahawa Bock dikatakan telah menjual plot bangunan IV dan V, yang didakwa dibeli dengan harga enam juta euro, pada September 2018 dengan harga 36 juta euro…
dalam apa jua keadaan . , pada 2022 tujuh daripada sebelas hartanah dahulu akan dirampas pada. Ia boleh menjadi permulaan yang baru dan mungkin bab terakhir pada Turley, bergantung kepada siapa yang membeli apa.”

Terima kasih kepada pendedahan ini Sarawak Report mencadangkan bahawa mereka yang bertanggungjawab menuntut semula dana yang dicuri daripada 1MDB harus menghubungi pihak berkuasa Jerman dan mula mengesan wang mereka. Jika masih ada keuntungan di ufuk yang akan diperolehi, maka bukan Encik Bock atau orang lain yang menerimanya.