Status terkini program Tender Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah dipercepatkan oleh kerajaan Malaysia.
Susulan pembatalan rancangan pembelian pesawat terpakai F/A-18C/D Hornet dari Kuwait pada awal 2026 akibat kekangan teknikal, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan TUDM telah mengeluarkan dokumen Request for Information (RFI) kepada syarikat aeroangkasa antarabangsa bagi memulakan fasa persediaan awal.
Di bawah strategi penstrukturan semula Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).
⏱️ Garis Masa & Strategi Perolehan
• Fasa RMK-13 : Dana kajian, penetapan keperluan operasi, dan persediaan industri mula dipercepatkan.
• Fasa Penilaian Rasmi : Penilaian teknikal secara formal dijadualkan bermula sekitar 2029 hingga 2030.
• Sasaran Kontrak & Kemasukan : Kontrak dijangka ditandatangani di penghujung RMK-13 / awal RMK-14 dengan sasaran kemasukan penuh (FOC) menjelang 2035.
• Objektif : Memperoleh 36 buah pesawat (2 buah Skuadron) bagi menggantikan armada Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet sedia ada.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment