CSA: Enggan Meterai, Perikatan Nasional Ego Tak Bertempat

 


IMG_5235

Keangkuhan PN dan ego tak dapat dipisahkan walaupun Kerajaan MADANI hanya meminta ahli parlimen menyokong Belanjawan 2027 serta beberapa reformasi institusi yang diperlukan rakyat.

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Keputusan Perikatan Nasional (PN) tidak akan memeterai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan MADANI merupakan hak mereka sebagai sebuah parti gabungan pembangkang di Dewan Rakyat.

Namun begitu, mereka juga diingatkan bahawa keengganan mereka mengikut jejak langkah beberapa ahli parlimen Bersatu dan Bebas hanya akan menunjukkan keangkuhan dan ego mereka sendiri walaupun Kerajaan MADANI hanya meminta ahli parlimen menyokong Belanjawan 2027 serta beberapa reformasi institusi yang diperlukan rakyat.

“CSA itu adalah pilihan mereka sendiri sebagai Ahli Parlimen.

Datuk Seri Fadillah Yusof mewakili Kerajaan MADANI menyaksikan majlis menandatangani CSA dengan ahli parlimen Bersatu dan beberapa ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2026. Foto PMO

“Kebetulan, ahli Parlimen yang menyertai CSA ini adalah daripada kumpulan yang tidak bersama secara aktif dalam PN, iaitu kumpulan Bersatu sendiri, kumpulan bekas Bersatu yang dahulu melompat parti dan juga Muda.

“Jadi, PN tidak terlibat dalam perundingan dan pemeteraian itu. Kami tidak terlibat,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Malah yang lebih melucukan, kenyataan seorang pemimpin Pas yang menyifatkan CSA tidak wajar dijadikan budaya politik baharu kerana dilihat mencabuli mandat rakyat, jelas dangkal kerana Pas juga sebahagian dalam kerajaan pada 2021 ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

Datuk Seri Fahmi Fadzil menempelak kenyataan Tuan Ibrahim kerana Pas juga sebahagian dalam kerajaan pada 2021 ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri.

“Apa yang beliau cakap ni? Jemaah Menteri yang beliau sendiri anggotai yang mulakan budaya itu,” kata Datuk Seri Fahmi Fadzil selepas menghadiri program keselamatan Internet di MMU Kampus Melaka, semalam.

Malah, Fahmi turut menjelaskan, perjanjian tersebut tidak menyalahi undang-undang kerana majlis menandatangani CSA berkenaan turut dihadiri Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said, menteri Umno.

“Ia memupuk persefahaman dan, pada pandangan saya, mewujudkan suasana stabil yang mengutamakan rakyat serta reformasi institusi.

“Jika ada kebaikan daripadanya, mengapa perlu dibantah?” soalnya.

Maka sudah jelas, apabila Takiyuddin enggan ‘sign’ sebab itu pilihan masing-masing tetapi Tuan Ibrahim pula kata kononnya mencabuli mandat rakyat, apakah kerja ‘tebuk atap’ pada Februari 2020 itu bukan khianat mandat rakyat?




No comments: