Menarik betul politik agama di Kelantan ni. Baru sahaja ulama pondok memuji keadilan PMX, Nik Abduh pula muncul dengan cerita kezaliman pemerintah, kejahilan ulama dan fatwa yang dihiasi serban.
Siapa yang dimaksudkan? Itu kena tanya tuan badan.
Sudah puluhan tahun PAS memerintah Kelantan. Tetapi masih ada institusi pondok yang bergelut dengan bangunan uzur, kemudahan terhad dan masa depan pelajar yang perlu diberi perhatian.
Takkanlah pondok hanya penting bila musim pilihan raya?
Tiba-tiba Anwar datang dengan usaha memperkasa pendidikan pondok.
Kemudahan mahu ditambah baik, pendidikan mahu dimodenkan, TVET pula mahu diperkenalkan supaya anak pondok bukan sekadar menguasai kitab, tetapi ada kemahiran untuk membina kehidupan.
Bila ulama pondok menghargai usaha itu, apa salahnya? Takkan memuji kebaikan kerajaan pun kena tengok lambang parti dahulu? Ulama bukan hak milik PAS, dan ilmu agama bukan harta pusaka mana-mana parti politik.
Ulama sebenar menghabiskan kehidupan mengkaji, mengajar dan mendalami ilmu Islam. Mereka tidak perlu menjadi ahli politik untuk mendapat penghormatan.
Malangnya, dalam politik kepartian, gelaran ulama kadangkala dijadikan seolah-olah lesen untuk menentukan siapa lebih Islam dan siapa kurang Islam.
Memang ada ahli politik yang faqih dalam agama dan naif dalam hal pentadbiran. Tetapi terlalu ramai yang lebih dikenali kerana kedudukan politik berbanding sumbangan keilmuan.
Serban boleh dipakai sesiapa, tetapi keluasan ilmu dan kebijaksanaan tidak datang sekali dengan serban.
Nik Abduh dan Abdul Hadi Awang juga tidak terkecuali daripada dinilai. Mahir berhujah tentang agama tidak bermakna setiap pandangan tentang ekonomi, pentadbiran dan dasar negara semestinya betul.
Walhal Islam tekankan Qawiyul Amin dalam memilih pemimpin negara.
Rakyat berhak menilai hasil kerja, bukan sekadar gelaran dan pakaian.
Yang peliknya, apabila agamawan tidak sehaluan dengan politik tertentu, mudah sahaja timbul sindiran tentang kejahilan dan serban.
Tetapi apabila ahli politik sendiri menggunakan imej agama untuk mendapatkan pengaruh, siapa pula yang berani menegur?
Ulama pondok boleh memuji Anwar hari ini dan menegurnya esok. Itulah kebebasan seorang ilmuwan. Mereka tidak perlu meminta restu mana-mana parti untuk mengakui sesuatu kebaikan.
Akhir sekali, jangan terlalu sibuk mempersoalkan serban orang lain sampai terlupa memeriksa apa yang ada di bawah serban sendiri.
Periksalah apa yang ada dibawah serban Haji Hadi atau MB Kelantan atau Nik Zawawi atau mana-mana pemimpin PAS.
Mungkin kejahilan dan fatwa politik dihiasi dengan serban yang mereka pakai.
Yang rakyat mahu bukan pertandingan siapa paling alim di pentas politik, tetapi siapa benar-benar membantu memartabatkan ilmu dan memperbaiki kehidupan mereka.
PAS sibuk berslogan konon berjuang Islam, PMX sebaliknya telah tunjukkan pelaksanaan bagaimana Islam diperjuangkan dalam pentadbiran negara.
Universiti Islam, Bank Islam, Halal Jakim, Sistem Mahkamah Syariah, Bantu sekolah pondok, itu semua bukan PAS yang bina.

No comments:
Post a Comment