Jom kita tengok asasnya,
Kita bandingkan HAL Tejas MK1 vs KAI FA-50M Block 20 - yang TUDM kita baru tempah 18 buah tu.
1. Perbandingan Teras
* Tejas MK1 asal India HAL, reka bentuk delta tanpa ekor,
* Enjin 1 x GE F404-GE-IN20
* Tujahan 54 kN kering / 85 kN dengan pembakar lanjut / afterburner
* Nisbah Tujahan-Berat ∼1.07
* Kelajuan Maksimum Mach 1.8
* Berat Muatan Senjata ∼5,300 kg di 8 pilon
* Radar EL/M-2032 Pulse Doppler (MK1), MK1A baru dapat AESA
* Persenjataan BVR asalnya terhad, MK1A baru bawa Astra
* Hayat Kerangka 6,000 jam
* FA-50M Block 20 asal Korea Selatan KAI + Lockheed Martin
* Enjin 1 x GE F404-GE-102
* Tujahan 53 kN kering / 78.7 kN dengan pembakar lanjut / afterburner
* Nisbah Tujahan-Berat ∼0.96
* Kelajuan Maksimum Mach 1.5
* Berat Muatan Senjata ∼3,700 kg di 7 pilon
* Radar PhantomStrike / ELTA EL/M-2052, ada BVR
* Persenjataan BVR Block 20 sah bawa AIM-120 AMRAAM, Sniper ATP, GBU-38 JDAM, AGM-65 Maverick
* Hayat Kerangka 8,000 - 10,000 jam, boleh dipanjangkan
Tejas MK1 lebih berkuasa dari segi tujahan mentah dan muatan. Kerangka kompositnya banyak, jadi lebih ringan dan lincah dalam dogfight jarak dekat. Meriam dalaman 23mm GSh-23.
FA-50M Block 20 lebih matang sebagai sistem senjata. Walaupun tujahan lebih rendah, ia direka dari awal sebagai pesawat latihan lanjut + tempur ringan. Jadi avioniknya lebih mesra NATO, ada Link-16, kokpit digital penuh, dan logistik enjin dikongsi dengan F/A-18D Hornet TUDM yang memang pakai enjin keluarga sama F404 juga. Sebab itu Malaysia pilih.
2. Ketahanan Enjin Sebelum Overhaul - Ini Paling Penting
Dua-dua pakai keluarga GE F404, jadi falsafah penyelenggaraannya sama.
GE sendiri cakap : Tiada overhaul berjadual tetap, guna konsep "on-condition maintenance". Maksudnya enjin tidak wajib turun setiap tempoh masa, cuma dipantau.
Tapi dalam amalan ketenteraan, angka rujukannya begini 👉
Mean Time Between Overhaul (MTBO) : 2,000 jam untuk bahagian panas (turbin) dansejuk pada 4,000 jam
Jangka Hayat (Total Life) : 6,000 jam
Data IAF untuk Tejas tunjuk enjin F404-IN20 boleh cecah lebih 6,500 kitaran terkumpul (TAC) antara kerosakan dan kurang dari 2 lawatan ke bengkel setiap 1,000 jam penerbangan
Untuk FA-50M, enjin F404-GE-102 dibuat secara lesen oleh Hanwha Aerospace Korea, hayat dan MTBO sama, sebab modul asasnya 6 modul yang mudah selenggara.
Berbanding enjin Rusia RD-33 yang TBO cuma 1,000 jam, F404 ini memang dianggap penanda aras kebolehpercayaan dunia.
Dari segi enjin, kos operasi FA-50M lebih rendah dan MRO boleh buat di Malaysia kerana KAI dah janji nak jadikan Malaysia hab MRO serantau. Tejas lebih berkuasa tapi rantaian bekalan enjin GE untuk India pun pernah lewat sampai setahun, jadi itu isu masa pemilihan dulu.
Lagi satu reliability aset, KAI lebih terjamin daripada beli Tejas India, yang masa tu mereka sendiri tak pakai pun.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
Lebih banyak Ulasan di ruangan comment di Facebook 👉
Photo AI enhancements & regenerate
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment