FA-50M Block 20 ni varian paling baru yang TUDM tempah - 18 buah.
M346FA ni versi tempur dari pesawat latihan M-346 Master buatan Leonardo Itali.
TUDM pilih FA-50M selepas tewaskan M346FA, Tejas dan JF-17 dalam program FLIT-LCA di bawah CAP55.
Bagaimana M346FA boleh kalah dalam tender LCA-FLIT TUDM ?
Antara faktornya dalam tender LCA-FLIT TUDM memerlukan kelajuan, maka FA-50M Block 20 mempunyai kriteria tersebut berbanding pesawat-pesawat lain dalam senarai ✅
Falsafah Reka Bentuk
FA-50M asal-usulnya dari pesawat pejuang ringan. Kerangka dari T-50 Golden Eagle, tapi dioptimumkan untuk tempur. Memang direka untuk laju supersonik.
M346FA asal-usulnya dari pesawat latihan lanjutan. Leonardo tambah radar dan senjata untuk jadikan pesawat serangan ringan. Lebih kepada pesawat latihan yang boleh bertempur.
Radar & Avionik - Ini Paling Ketara Beza
FA-50M Block 20 = Radar AESA PhantomStrike buatan Raytheon RTX. Ini radar AESA moden yang sama kelas dengan pesawat pejuang generasi 4.5 + ada probe pengisian minyak di udara, Sniper Advanced Targeting Pod (ATP) untuk panduan bom tepat, dan Link 16 ✅
M346FA = Radar Grifo-M346 - ini radar mekanikal imbasan, bukan AESA
AESA baru dalam pembangunan untuk pelanggan Austria (M-346F Block 20), belum operasi penuh pada M346FA standard
Ada Defensive Aids Suite (DASS), Helmet Mounted Display dan datalink taktikal.
Jadi FA-50M Block 20 jauh ke depan dari segi radar. AESA PhantomStrike bagi kesan lebih jauh, jejak banyak sasaran serentak dan sukar dikesan musuh.
Prestasi Penerbangan
Ciri FA-50M Block 20 & M346FA
* FA-50M Block 20 - Enjin 1 x General Electric F404
* Kelajuan Maks Mach 1.5 (Supersonik)
* Siling Servis ∼14,600m (48,000 kaki)
* Had-G +8G / -3G
* M346FA - Enjin 2 x Honeywell F124-GA-200
* Kelajuan Mach 0.95 (Subsonik)
* Siling servis ∼13,700m (45,000 kaki)
* Had-G +8G / -3G
FA-50M boleh pecut supersonik dan pintas sasaran dengan cepat. M346FA terhad kepada kelajuan subsonik, lebih sesuai untuk Close Air Support (CAS) dan COIN.
Persenjataan & Beban
FA-50M :
7 stesen senjata + 1 meriam dalaman 20mm M197
Beban maksimum : ∼4,500 kg
Boleh bawa : AIM-9 Sidewinder, AIM-120 AMRAAM (sedang integrasi), AGM-65 Maverick, bom panduan laser GBU-12
(ada lagi senjata khas lain yang diintegrasikan)
M346FA :
7 stesen senjata, tiada meriam dalaman (kena guna pod meriam)
Beban maksimum : ∼2,000kg hingga 3,000kg
Boleh bawa : AIM-9 / IRIS-T, AGM-65 Maverick, bom Paveway GBU-12/16
FA-50M ada meriam dalaman dan bawa hampir dua kali ganda beban senjata.
Jadi kesimpulan Untuk TUDM
Kalau nak pejuang ringan sebenar, FA-50M menang, supersonik, radar AESA, ada pengisian minyak di udara, beban berat, dan potensi untuk BVR (Beyond Visual Range) dengan AIM-120 nanti. Memang pengganti Hawk yang logik.
Kalau nak latihan + serangan ringan kos rendah maka M346FA ada kelebihan. Dwienjin lebih selamat untuk latihan, kos operasi sejam dikatakan lebih rendah, dan sistem latihan LVC, antara terbaik di dunia. Sesuai untuk negara yang dah operasi M-346 sebagai pesawat latihan.
Sebab tu Poland 2013 pilih M-346 untuk latihan, tapi 2022 bila nak pejuang ringan, mereka patah balik pilih FA-50.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG


No comments:
Post a Comment