MURID DAN GURU BERTEMU





 Baru beberapa hari lepas, “murid” bukan main lagi usik Guru di Perhimpunan Agung UMNO.


“Guru, cukup-cukuplah guru. Dengarlah suara kami, guru. Dengarlah suara rakyat, guru.”


Malah Ahmad Zahid Hamidi ketika itu berkata UMNO boleh melakukan lebih baik daripada apa yang dilakukan “Guru”, selain mengkritik beberapa dasar kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. 


Anwar pula tak tunggu lama.


Sampai sahaja di India untuk Sidang Kemuncak BRICS, beliau membalas dengan memperkenalkan dirinya sebagai “Guru” dan berpesan supaya “anak didik” belajar bagaimana diplomasi diterjemahkan. 


Beberapa hari selepas masing-masing berbalas sindiran, malam ini “murid nakal” akhirnya bertemu semula dengan Guru.


Kali ini jauh dari pentas PAU.


Anwar dan Zahid hadir di Kuching sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Sambutan tahun ini menghimpunkan kepimpinan Persekutuan, Sarawak dan Sabah dalam acara yang membawa tema “Malaysia MADANI, Sarawak Maju Makmur”. 


Daripada rakaman yang dikongsikan, kedua-duanya kelihatan berada berdekatan dan berinteraksi dalam suasana santai bersama tetamu lain.


Politik tetap politik.


Di pentas parti, murid boleh bising. Guru pun boleh balas.


Tapi bila masuk kelas sebenar bernama kerajaan, esok tetap kena duduk semeja dan buat kerja bersama.


Tambahan pula Hari Malaysia.


Bergaduh macam mana sekalipun, jangan sampai satu sekolah runtuh.


Nampaknya murid nakal dah jumpa Guru balik.


Esok nakal lagi ke tak, itu kita tunggu kelas seterusnya.


#unofficialinfo





No comments: