Surat Palsu Projek Pelebaran Lebuh Raya: PMO Buat Laporan Polis

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan pada 17 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 17 Sep – Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.
PMO menegaskan, surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya PLUS adalah palsu.
Menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat berkenaan.
“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.
“Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” jelas kenyataan itu.
PMO menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.
No comments:
Post a Comment