MULA DAH NARATIF NAK BODOHKAN ORANG MELAYU.



 


Norman Daud



Semalam Dah mula naratif untuk membodo bodokan umat mengenai urusan TH dan Al Rawda yang menjadi punca utama kerugian TH dalam dapatan RCI 


Niat baik nak menyenangkan jemaah haji tu betul, kita sokong apa yang baik. 


Kita kena faham "matlamat tak menghalalkan cara". 


kalau pengurusan dalam melaksanakan perkara tu tak betul, perkara yang boleh mendatangkan manafaat pun akan jadi menyusahkan. 


Saya rasa penulis ni pemikirannya jenis yang simple simple.. maksudnya dia akan menerima logik yang mudah diterima oleh otak beliau, logik yang tak perlu nak memikir sangat. Kalau kena fikir banyak mungkin otaknya akan jadi jemm 2T.


Ramai yang jenis macam ni.


Masalah Al Rawda ni bermula disini "TH bayar SAR 1.426 bilion upfront untuk pajakan 18 tahun & dijangka pulangan SAR 2.49 bilion"


Disinilah kesalahan besar pengurusan TH apabila perjanjian tersebut tidak disertai dengan jaminan bank (bank guarantee) sebaliknya hanya disandarkan pada sekeping nota janji peribadi (promissory note).


Bayar upfront RM1.5bilion pada satu pihak ketiga dan cagarannya hanyalah janji mulut.. tak kerja gila namanya tu?


Kita beli rumah RM250k, nak patah tangan sign agreement rumah tu.. ni RM1.5billion main pakai janji kawan kawan jek. Ni bukan kelakar tuan tuan.. ni bangang.


pihak ketiga terbabit pulak gagal memenuhi janji pembayaran sewa kembali (yang dijadualkan bernilai SAR2.49 bilion kepada TH) serta gagal menyediakan penempatan mengikut terma ketika musim haji. 


Hujah "Al-Rawda bayar RM300 juta sebelum terhenti Mac 2019 disebabkan COVID-19" ni pun sangat menyesatkan .. langsung tak bersandar kepada fakta yang RCI dah dedahkan.


Faktanya.. penutupan sempadan Makkah/Madinah angkara Covid19 hanya bermula pada 2020.


Rekod audit menunjukkan kelewatan dan isu tunggakan bayaran oleh Al-Rawda telah pun bermula seawal tahun 2017 dan 2018 (sebelum pertukaran kerajaan PH dan jauh sebelum COVID-19).


Pada November 2024, TH dan Al-Rawda memeterai Perjanjian Penyelesaian (Settlement Agreement). Namun, Al-Rawda hanya membayar SAR 14.9 juta sahaja sebelum memungkiri perjanjian itu semula.


Disebabkan Al-Rawda didapati tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar baki tunggakan serta tiada cagaran bank (bank guarantee) yang kukuh disandarkan, TH terpaksa menanggung peruntukan rosot nilai sepenuhnya berjumlah RM1.86 bilion.


Hujah mengatakan kos haji meningkat disebabkan kita kehilangan perjanjian ini pun dapat dari mana pun tak tahu lah.. ikut sedap tulis je kot.


Kenaikan kos penginapan dan bayaran pakej Haji hari ini bukan semata-mata kerana penamatan kontrak Al-Rawda, tetapi disebabkan oleh pencukaian baharu di Saudi (VAT 15%), inflasi hartanah global post-COVID, serta penstrukturan semula harga perkhidmatan oleh Kerajaan Arab Saudi di bawah Vision 2030.


Atas sebab itulah RCI mengklasifikasikan isu pajakan Al-Rawda ini sebagai kerugian terbesar dalam senarai pelaburan bermasalah TH, kerana pendedahan risiko kewangan yang sangat tinggi tanpa sebarang jaminan atau cagaran bank daripada pihak orang tengah.  


Yang nenjadi persoalan sekarang.. siapa yang membenarkan transaksi RM1.5bilion Semasa cadangan pajakan ini dibuat?


Jabatan Pengurusan Risiko (Risk Management Department) TH sendiri telah secara rasmi meminta Jaminan Bank (Bank Guarantee) daripada Al-Rawda sebelum sebarang bayaran pendahuluan dibuat.


Tetapi Syor penilaian risiko internal ini diabaikan oleh pihak kepimpinan TH ketika itu.


Kat situ punca masalahnya .. 


Saya tahu rakyat negara kita ni cerdik dan pandai.. 

Jadi jangan rendahkan kercerdikan sendiri dengan mempercayai naratif yang simple simple jenis malas nak berfikir macam tu.


Gitulah .





No comments: