𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍: APEK 𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐄 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐊








Shahir

Ingatkan projek pembodohan umat oleh Eric See-To - Lim Sian See berkenaan hutang Kerajaan akan terhenti bila dah banyak kali kantoi terbukti salah sejak tahun lepas.


Rupanya masih belum serik.


Semalam dia ulang modal lapuk Kerajaan telah meminjam RM72.2 bilion hutang setakat 12 Ogos 2026 memberi gambaran pinjaman ini jumlahnya banyak walaupun belum sampai hujung tahun lagi.


Walaupun dah banyak kali saya tulis, perlulah diulang supaya projek pembodohan umat ini tidak berterusan sepertimana saya telah terangkan hutang Kerajaan bukanlah satu masalah atau isu sejak 10 tahun lepas.


Apa yang Eric See-To - Lim Sian See tak sebut adalah Kerajaan akan menebus tiga lagi siri hutang yang akan matang bernilai RM54.79 bilion sehingga hujung tahun ini.


Butiran hutang yang akan matang adalah seperti berikut:


1. MGS RM2.31 bilion pada 15 September 2026

2. GII RM29.5 bilion pada 30 September 2026

3. MGS RM22.98 bilion pada 30 November 2026


Apabila hutang ini ditebus maka jumlah pinjaman bersih baru tahun ini akan berkurang sepertimana Kerajaan telah menebus 3 siri hutang tahun ini berjumlah RM5.95 bilion iaitu:


1. GII: RM25.5 bilion pada 31 Mac 2026

2. MGS: RM8.434 bilion pada 15 April 2026

3. MGS: RM20.019 bilion pada 15 Julai 2026


Berkenaan penerbitan Sukuk Global dalam US Dollar ada fakta yang disorok Eric See-To - Lim Sian See bahawa Kerajaan telah menebus dua siri Sukuk Global pada tahun 2025 dan 2026 bernilai USD1 bilion masing-masing.


Kedua-dua Sukuk Global ini diterbitkan pada tahun 2015 dan 2016 dengan tempoh matang 10 tahun iaitu pada April 2025 dan April 2026.


Ini bermakna tahun ini (2026) dan tahun lepas (2025) Kerajaan telah menebus Sukuk Global bernilai USD2 bilion atau sekitar RM8.3 bilion berbanding penerbitan Sukuk Global baru bernilai USD1.5 bilion atau RM6.1 bilion bulan lepas (Julai 2026) menjadikan jumlah penerbitan bersih Sukuk Global dalam US Dollar RM2.2 bilion sahaja.


Kenapa Eric See-To - Lim Sian See sorok fakta penebusan Sukuk Global ini? Tak tanya ChatGPT dulu ke?


Akhirnya seperti mana saya tekankan banyak kali, hutang Kerajaan Persekutuan bertambah kerana kedudukan kewangan Kerajaan yang defisit di mana perbelanjaan Kerajaan lebih tinggi daripada hasil yang Kerajaan kutip dan ini berlaku sejak 1998 di mana setiap tahun hutang Kerajaan bertambah.


Mengikut undang-undang negara iaitu Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983, Kerajaan hanya boleh meminjam atau berhutang untuk membiayai perbelanjaan pembangunan (DE) sahaja.


Bermakna segala hutang yang diterbitkan adalah untuk membiayai pembangunan negara.


Dan saya konsisten sejak lebih sepuluh tahun yang lepas menegaskan bahawa hutang Kerajaan bukan suatu masalah besar selagi mana ia diterbitkan untuk perkara yang bermanfaat untuk negara dan rakyat tidak kira siapa pun yang menjadi Kerajaan.





No comments: