Undi bukan sekadar pilih calon. Undi siapa yang benar-benar sanggup bekerja untuk Parit Raja.

 









Man Toba


Undi bukan sekadar pilih calon. Undi siapa yang benar-benar sanggup bekerja untuk Parit Raja.

Ramai baru mengenali Syazwan Zainal ketika PRN ini.
Hakikatnya, dia bukan orang baharu.
Pada PRU15, beliau pernah berdepan Ahmad Maslan di Parlimen Pontian. Walaupun kali pertama bertanding menentang tokoh politik berpengalaman, Syazwan tetap meraih 15,901 undi, hampir 28% daripada keseluruhan undi. Deposit juga tidak hilang.
Kenapa rakyat boleh menerima beliau?
Sebab sebelum bergelar calon lagi, Syazwan sudah lama turun padang. Mendengar masalah rakyat, membantu mengurus aduan dan aktif bersama masyarakat. Bila namanya di
umumkan sebagai calon, ramai sebenarnya sudah mengenali kerja yang dibuat.
Rakyat tidak perlukan wakil yang muncul apabila musim pilihan raya tiba.
Rakyat perlukan wakil yang sudah bekerja sebelum dipilih, dan terus bekerja selepas diberi amanah.
Parit Raja perlukan wakil yang sentiasa ada, bukan sekadar ada ketika berkempen.




No comments: