Penyelesaian Isu Perikanan, Pelaksanaan Dipercepat Hasil Pertemuan PM Anwar, Anutin

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul di Putrajaya pada 9 Julai 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 9 Jul – Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya, Anutin Charnvirakul bersetuju untuk melaksanakan penyelesaian isu perikanan yang tertangguh antara kedua-dua negara sebelum ini.

Malah, kedua-dua pemimpin bersetuju supaya pelaksanaannya dipercepatkan kepada tempoh seminggu.

“Kami telah menyelesaikan isu tertunggak berkaitan perikanan dengan komitmen kedua-dua menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di KLIA, Sepang sebelum mengadakan mesyuarat bilateral di Putrajaya pada 9 Julai 2026. Foto PMO

“Mereka (sebelumnya) mahu memorandum itu diteruskan dan berkuat kuasa dalam tempoh satu bulan setengah.

“Kami bersetuju ia perlu dikuatkuasakan dalam tempoh seminggu,” katanya pada sidang media bersama di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di KLIA, Sepang sebelum mengadakan mesyuarat bilateral di Putrajaya pada 9 Julai 2026. Foto PMO

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama Pertanian antara Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand, Suriya Jungrungreangkit.

Sementara itu, Anutin berkata beliau mengalu-alukan pertemuan antara Menteri Pertanian kedua-dua negara yang berjaya mencari penyelesaian secara baik terhadap isu akses pasaran bagi produk perikanan dan pertanian yang masih tertangguh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di KLIA, Sepang sebelum mengadakan mesyuarat bilateral di Putrajaya pada 9 Julai 2026. Foto PMO

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan memaklumkan, MoU itu menyediakan kerangka kerjasama yang menyeluruh dalam pelbagai bidang strategik, termasuk sektor tanaman, ternakan, perikanan, fasilitasi perdagangan dan pemasaran produk pertanian, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan kapasiti, biosekuriti, langkah-langkah sanitari dan fitosanitari (SPS), serta bidang-bidang lain yang telah dipersetujui bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di KLIA, Sepang sebelum mengadakan mesyuarat bilateral di Putrajaya pada 9 Julai 2026. Foto PMO

Melalui kerangka kerjasama ini, kedua-dua negara dijangka dapat memperkukuh mekanisme komunikasi dan penyelarasan antara pihak berkuasa berkaitan secara lebih tersusun, terbuka dan berterusan, sekali gus membolehkan isu-isu berkaitan sektor pertanian dan agromakanan ditangani dengan lebih pantas, berkesan dan proaktif.

Anutin tiba di Malaysia hari ini bagi mengadakan lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul di KLIA, Sepang sebelum mengadakan mesyuarat bilateral di Putrajaya pada 9 Julai 2026. Foto PMO

Pesawat khas yang membawa Anutin bersama isterinya, Thananon Charnvirakul mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.11 pagi tadi.

Lawatan ini merupakan kunjungan pertama Anutin ke Malaysia sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri Thailand pada Mac lalu.




No comments: