Senator BERSATU keluar parti, lepas semua jawatan

 


Ahli Dewan Negara BERSATU, Senator Azahar Hassan. - Foto NSTP/Noor Sara Mohamad Hanif
Ahli Dewan Negara BERSATU, Senator Azahar Hassan. - Foto NSTP/Noor Sara Mohamad Hanif

KANGAR: Setiausaha BERSATU Perlis yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Azahar Hassan mengumumkan keluar parti itu hari ini, dan melepaskan semua jawatannya berkuat kuasa serta-merta.

Azahar bagaimanapun berkata, tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Dewan Negara akan terus digalas seperti biasa demi berkhidmat kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, keputusan itu diambil selepas melalui proses pertimbangan yang panjang, penelitian sewajarnya serta muhasabah mendalam terhadap perkembangan politik semasa.

"Saya percaya keputusan ini adalah berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang saya yakini.

Dalam pada itu, Azahar turut merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, barisan kepimpinan parti di semua peringkat serta ahli akar umbi.

Azahar mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara pada 10 Oktober 2024 bagi tempoh perkhidmatan sehingga 9 September 2027.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Marzita Mansor turut mengumumkan peletakan jawatan mereka sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU bagi memberi tumpuan penuh kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri


No comments: