Menarik tulisan ni. Bercerita tentang pengalamannya sebagai 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗲𝗰𝗶𝗹. Ada sebahagian pembaca berpendapat dia salah seorang daripada 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗴𝗮𝗿.
Tapi bila aku baca, aku tak rasa begitu. Bagi aku, dia ni contoh 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗡 yang dah 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗛. Dia dah rasakan beza zaman PH tapi masih lagi enggan akui.
Kalau baca, dia kata dia puas hati sebab sekarang ni dah tak ada lagi 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗷𝗮. Nak dapatkan kontrak sekarang 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁-𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘁𝗮𝘁. Payah tapi adil bagi kontrak kecil sepertinya.
Sama ada dia sedar atau tidak, itu bukan kejayaan BN. Itu bukan kejayaan kerajaan negeri. 𝗦𝗣𝗥𝗠 tu 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁. Terkawalnya rasuah adalah kejayaan PMX.
BN tak mampu kekang rasuah dan penyelewengan. Malah BN adalah 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿. Kalau tak, takkan sampai hari ni masih nak bebaskan Najib, perompak teragung dalam sejarah peradaban dunia.
Inilah perbuatan yang membunuh kontraktor Melayu sekian lama. Bukan DAP hapuskan penguasa Melayu tapi pemimpin-pemimpin Melayu yang 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽, yang 𝗺𝗲𝗻𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 dalam UMNO.
DS Anwar tak lekang bercakap soal sakau dari dulu sampai sekarang. Apa yang penulis ni rasakan, cerita dah tak ada bawah meja, merupakan bukti DS Anwar dan PH 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴.
Sebab tu aku kata dia ni penyokong BN. Tapi sebab pengalamannya sekarang, dia mula yakin kepada PH dan tak percaya BN boleh berikan pentadbiran yang telus. Cuma mindanya sudah lama 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗼𝗸𝘁𝗿𝗶𝗻 oleh 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 yang lama disemai oleh BN.
Ramai sebenarnya orang BN yang begini. Terutama golongan kontraktor. Mereka tahu kerajaan yang ada sekarang kerajaan yang bersih. Tapi doktrin lama masih lagi menguasai minda.
Sebab hujah lawan baik BN mahupun PN, mereka tak mampu nak bangkitkan isu tata kelola. Mereka cuma boleh main isu DAP, kaum dan agama. Sebab PH dah terbukti 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗹𝘂𝘀.
Nasihat aku buat pengundi sebegini, lupakan doktrin palsu. Fikirkan masa depan. Sebuah parti yang puja dan agungkan perompak takkan mampu cipta masa depan yang baik untuk negara ataupun negeri.
Pilihan cuma satu. PH. Jika mahu negara kita terus membangun, tiada pilihan lain. Guane boh?
No comments:
Post a Comment