Alhamdulillah, berkat sokongan para peneroka serta kerjasama erat seluruh warga FELDA bersama Kerajaan MADANI, kita mula menyaksikan perubahan yang semakin nyata. FELDA kini diurus dengan lebih tersusun, berintegriti dan berteraskan iltizam untuk terus membela nasib para peneroka serta generasi pewarisnya.
Sempena Sambutan Hari Peneroka dan ulang tahun ke-70 FELDA hari ini, saya umumkan beberapa insentif baharu sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan para peneroka yang telah sekian lama menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Seperti yang diungkapkan dalam doa Nabi Allah Syu’aib AS, “In urīdu illal iṣlāḥa mastata’tu” — aku tidak menghendaki melainkan melakukan pembaikan sedaya upayaku. Dengan semangat itu, saya bersama rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI akan terus bekerja tanpa jemu demi membawa perubahan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya keluarga besar FELDA.
Selamat menyambut Hari Peneroka dan ulang tahun ke-70 FELDA. Mudah-mudahan FELDA terus maju, makmur dan menjadi kebanggaan negara.
#MalaysiaMADANI�#MADANIBekerja�#YakinMADANI










No comments:
Post a Comment