Adrian Lim
Sepanjang 50 tahun sejak Merdeka, polis wanita beragama Islam TIDAK DIBENARKAN memakai tudung.
Cuba bayangkan. Polis wanita beragama Islam… boleh pakai tudung kat rumah, boleh pakai tudung semasa ke shopping mall, boleh pakai tudung ke restoran l, tetapi masa pergi kerja terpaksa buka tudung.
Aneh ke tak?
Dasar ini telah berubah pada awal tahun 2000an.
Pada awal tahun 2000an, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (KSN KDN pada ketika itu) telah membawa suatu cadangan kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi (Menteri KDN pada ketika itu).
Ianya dicadangkan supaya wanita polis beragama Islam dibenar memakai tudung semasa bertugas, kerana pemakaian tudung adalah satu syariat yang ditetapkan dalam agama Islam, dan tujuannya tidak lain bukan, menutup aurat daripada pandangan lelaki yang bukan mahram.
Pak Lah mendengar cadangan Abdul Aziz dan bersetuju. Maka polis wanita yang beragama Islam mulai dibenar memakai tudung pada sekitar tahun 2003.
Semalam, sempena sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M, peranan & usaha Tan Sri Abdul Aziz membolehkan wanita polis beragama Islam memakai tudung telah diiktiraf. Beliau dinobat sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor 1448H/2026M.
Namun, pada masa yang sama, jauh di selatan, seorang lelaki Cina bukan Islam yang bernama “Ching Kong Lee” telah mendapat ilham untuk memperlekeh dan menghina wanita Islam memakai tudung.
“Ching Kong Lee” telah menyunting sekeping gambar dengan memasukkan gambar-gambar wanita Islam bertudung, lalu digesa masyarakat Cina supaya…. “Undilah XX, XX bakal membawa korang ke Belanda”.
“Bawa korang ke Belanda” dalam bahasa Cina pasar membawa maksud yang agak keras dan tidak sopan. Ianya lebih kurang bermaksud “menyesatkan”.
Mesej yang cuba disampaikan ialah, “sokong parti XX, masyarakat Cina bakal dibawa ke jalan sesat oleh wanita Islam bertudung”.
Semaka ke laman sesawang Majlis Perbandaran Pontian mendapati nama “Lee Ching Kong” tersenarai sebagai seorang Ahli Majlis Pontian di kawasan Tanjung Piai.
Sebagai bukan Islam, I think, tidak apa lah kalau bini “Ching Kong Lee” yang bukan Islam tidak memakai tudung. Tetapi “Ching Kong Lee” tidak wajar memperlekeh dan menghina umat Islam, khususnya wanita Islam.
Tindakan “Lee Ching Kong” sangat kurang ajar.

No comments:
Post a Comment