Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary muncul sebagai pemegang saham utama baru dalam EcoWorld selepas mengambil alih pegangan lebih 30% daripada Tan Sri Leong Kok Wah.
Ni bermaksud Tan Sri Syed Mokhtar sekarang dah jadi antara tokoh paling berpengaruh di Malaysia sekarang semakin besar pengaruhnya dalam sektor hartanah, termasuk projek mega di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan luar negara seperti UK serta Australia melalui EWI Capital.
Tiga perkara penting yang kita kena tahu daripada perkembangan ini.
- Pertama, aset hartanah bernilai puluhan bilion kini bergerak di bawah rangkaian Syed Mokhtar.
- Kedua, EcoWorld memiliki bank tanah dan potensi pembangunan sangat besar dengan anggaran GDV sekitar RM100 bilion, jadi siapa kawal syarikat ini sebenarnya ada pengaruh besar terhadap hala tuju industri hartanah negara.
- Ketiga, langkah ini memberi signal bahawa Syed Mokhtar mungkin sedang memperkukuh empayar hartanahnya untuk fasa pertumbuhan baharu termasuk kemungkinan IPO projek berkaitan Australia dan Johor pada masa depan.
Bagi pasaran pula, pelabur akan melihat sama ada kemasukan Syed Mokhtar mampu beri suntikan baru kepada EcoWorld dari segi akses modal, jaringan projek dan keyakinan pasaran.
Sebab bila tokoh korporat besar masuk sebagai pemegang saham utama, ia biasanya dilihat sebagai tanda ada rancangan jangka panjang dan potensi penstrukturan lebih besar pada masa depan.
No comments:
Post a Comment