Strategi Anwar: Guna Najib Sekat Zahid Hamidi


Epy Al Fateh





​Keadaan politik semasa semakin tegang ekoran tindakan Ahmad Zahid Hamidi yang membelakangi Anwar Ibrahim. Di Negeri Sembilan, timbul isu "tebuk atap" oleh UMNO, manakala di Johor, UMNO bertanding di semua kawasan menentang Pakatan Harapan (PH). Tindakan ini jelas mengundang kemarahan Anwar.


​Sebagai tindak balas, Anwar melihat Najib Razak—yang kini di penjara—sebagai aset penting. Najib masih mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam UMNO dan di kalangan rakyat. Anwar mahu menggunakan pengaruh Najib untuk menyekat dominasi Zahid.


​Strategi ini dianggap bijak. Jika Najib dibebaskan kelak, senario ini akan memecahkan semula kem UMNO. Perpecahan ini akan memastikan parti utama Melayu tersebut kekal lemah dan tidak bersatu.


​Bagaimanapun, pembebasan ini ada harganya. Najib yang bebas nanti pastinya akan berada dalam posisi terhutang budi dan terpaksa mengikut telunjuk serta percaturan politik Anwar untuk terus bertahan.




No comments: