Che Ibrahim Mohamed
Pas ditubohkan untuk menentang UMNO @ PERIKATAN, akibatnya selepas itu Pas menentang UMNO di setiap kali praya dah tak pernah menang.
PRU 1974 menyaksikan Pas bersama UMNO dalam BN. Kesannya BN memenangi lebih 2/3 kerusi Parlimen ( 135/154) dan Pas menjadi sebahagian dari Kerajaan. Tahun 1977 Pas ditendang keluar dari BN dan kembali menjadi pembangkang.
PKR ditubohkan untuk menobatkan Anwar sebagai PM setelah hasratnya menjadi PM melalui UMNO terhalang di tengah jalan. Semenjak itu Anwar mengerakkan gabungan parti parti pembangkang untuk merealisasikan hasrat tersebut. Anwar hampir mencapainya melalui pakatan dengan Dap dan Pas atas nama PR tahun 2008 dan 2013.
PRU 14 2018 menyaksikan pakatan pembangkang PH berjaya mengalahkan UMNO, tetapi hasrat Anwar untuk jadi PM tetap terhalang kerana dinding penjara. Wpun selepas itu Anwar dibebaskan, namun langkahnya untuk jadi PM telah digagalkan oleh anak buahnya sendiri (Azmin Ali & rakan rakan yang keluar PKR).
PRU 15 2022 menyaksikan Anwar berjaya dinobatkan sebagai PMX melalui satu laluan yang tak pernah dijangka selepas tidak ada mana mana parti menguasai majoriti mudah.
Mampukah Anwar mempertahankan posisinya
sebagai PMX selepas PRU 16 2026 atau 2027/28 nanti????
Ambo yakin Anwar akan melakukan apa saja untuk mencapai cita cita reformasinya sebagai PMX untuk satu penggal lagi termasuk membentuk satu jajaran politik baru yang di luar jangkaan semua penganalisa jika UMNO masih berdolak dalih untuk membuat kata putus.
Jika Pas pernah membantu UMNO membentuk BN tahun 1974 sehingga BN berjaya menguasai lebih 2/3 majoriti di Parlimen, bukan mustahil selepas ini Pas pula membantu PMX untuk menguasai Parlimen kerana persahabatan lama antara keduanya yang banyak kenangannya.
See less
No comments:
Post a Comment