“Eh sejak bila sis ni pro-Perpaduan. Bukan ke non-partisan?”
Ni mesti baru follow sis ni yer….
Hakikatnya, sis dah promosikan Kerajaan Unity/ Perpaduan sejak 2020.
Itu sebab kena bezakan politik kepartian.
Dan politik kenegaraan.
Bila golongan partisan mengundi untuk menangkan parti.
Non-partisan/ atas pagar mengundi mana baik untuk negara.
Undi mereka fluid.
♦️Mereka boleh undi suatu parti di DUN/ Negeri dan undi parti lain di Parlimen.
♦️Mereka boleh undi BN berkali2 ketika PRU, dah jatuhkan ia selepas 60 tahun.
♦️Mereka boleh angkat PH jadi dominan, mereka juga boleh jatuhkan PH kalau tak perform.
*************
Ini masalah penyokong totok parti. Mereka tak tahu siapa non-partisan dan psyche mereka. Kalau kita tak setuju, mereka terus rangkulkan kita dengan lawan pula.
Kena ingat, pengundi non-partisan (bukan ahli dan penyokong taksub parti) ialah 60% pengundi Malaysia. Inilah dianya Majoriti Senyap negara.
Janganlah bermusuh dengan mereka.
*********
Hakikatnya, Malaysia dah masuk era POLITIK RUNDINGAN dan tinggalkan konsep POLITIK DOMINAN.
Dalam era ini, takkan ada ruang PM Diktator.
PM yang dilantik adalah figura yang paling dihormati oleh political elite dan boleh menyatukan semua. Dia bukan lagi PM dominan tapi Coalition Manager.
Jangkaan saya, Malaysia akan dapat Kerajaan Unity/ Perpaduan lagi 1/2 penggal PRU.
Siapa PM nya belum tentu…. 😊
Salam hormat,
Liyana Marzuki
NB- resit posting sis sebelum PRU15. Yes, sis pro-Kerajaan Perpaduan sejak dulu.
No comments:
Post a Comment