Fakta KAAN ๐Ÿ‘‰ Enjin TEI & GE F110-129E











 Fakta KAAN

๐Ÿ‘‰ Enjin TEI & GE F110-129E
TAI KAAN TFX (MMU) "Milli Muharip Uรงak"
Sebelum itu sebagai perkongsian fakta, perlu diketahui KAAN dan Su-57 dibina berteraskan Next Generation platform dengan keupayaan "Stealth multirole/air superiority fighter", ia bukan dibina secara gen 4.5, bermaksud teknologi generasi seterusnya.
Sebelum ini kita telah didedahkan dengan enjin baharu Su-57 termasuklah ujian flat nozzle.
Desas desus enjin KAAN, sebenarnya bagaimana ?
Begini...
Syarikat TAI merupakan pengeluar dan kontraktor utama serta pemegang "design authority" bagi pesawat tempur Gen 5 TAI TF-X Kaan dan bukannya syarikat BAE Systems.
Manakala jika enjin TEI (Tusas Engine Industries) berjaya dibangunkan, maka hakcipta, pengeluaran dan pemegang lesen eksport enjin tersebut juga adalah milik Turkiye.
Enjin TEI ini bukan hasil kerjasama dengan syarikat Rolls-Royce UK kerana terdapat masalah lesen pengeluaran enjin.
Turkiye dilihat lebih terbuka untuk berkongsi teknologi berbanding dengan negara lain.
Jika melihat apa terjadi kepada Indonesia yang menyertai projek KAI KF-21 Boramae sebelumnya, maka KAAN adalah tawaran yang dilihat lebih menguntungkan berbanding Boramae disebabkan sekatan untuk menerima teknologi sensitif yang tidak dibenarkan.
Next MRCA Malaysia ?
Malaysia sebenarnya bukan hendak melakukan pengeluaran pesawat pejuang, cuma hendak memastikan operasi pesawat yang tidak terganggu dan bekalan alat ganti terjamin ✅ ini fakta.
Kemudahan MRO pesawat serta pengeluaran alat ganti secara tempatan harus disediakan menerusi permindahan teknologi (T. o. T) dari pengeluar kepada syarikat tempatan yang berkelayakan ✅
Perlu juga diketahui kenapa Indonesia tidak meneruskan perolehan Mirage terpakai sebelumnya... ini disebabkan alat ganti bagi pesawat-pesawat tersebut sudah tidak dihasilkan, berbeza dengan negara yang mengoperasikan pesawat-pesawat berkenaan dalam jumlah yang banyak.
Maka membeli pesawat pejuang yang tidak lagi dihasilkan atau alat ganti yang tidak lagi dibina adalah masalah untuk tahun-tahun mendatang jika terus dioperasikan, tentunya syarikat-syarikat yang menawarkan selenggara berkaitan ingin meneruskan projek mereka, namun rasionalnya alat ganti yang tidak dihasilkan lagi JUGA perlu dinilai semula, sama ada ia berbaloi untuk diteruskan atau tidak ✅
Maka jika ada ayat-ayat mengatakan "kenapa tidak terus kepada jet baharu ?" adalah relevan, kerana jet pejuang baharu dihasilkan untuk pelanggan baharu, pengguna baharu, untuk tempoh operasi lingkungan 20 tahun kedepan, supply line untuk alat ganti dihasilkan dalam tempoh operasi pesawat, sebab kilang sedang" produce and sales..." ✅ ini juga FAKTA.
Jet baharu maka teknologi pun baharu, weapons pun baharu, stand off, BVR, hypersonic, cruise missiles, GPS glide bomb, ini semua access baharu dalam senjata moden.
Maka mana lebih logik ?
Oleh Salman Al Farisy

No comments: