Tony Pua menegaskan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, di mana kuasa raja tertakluk kepada Perlembagaan dan undang-undang negara. Menurut beliau, rakyat tidak hidup dalam sistem di mana titah raja boleh menggubal semua aspek kehidupan rakyat.
Beliau berkata undang-undang negara digubal oleh wakil rakyat yang dipilih menerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Tambahnya, perkara itu selaras dengan prinsip Rukun Negara khususnya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.
“Ya, saya setia kepada Raja dan Negara, dan akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berasaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
“Bukan berdasarkan titah semata-mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya ADUN Seri Kembangan Wong Siew Ki dan bekas Exco DAP Ronnie Liu hadir ke Dataran Selangor setiap minggu bagi memahami dan menghayati makna Rukun Negara.
Baginda turut menyeru semua wakil rakyat Selangor hadir dua kali sebulan ke Dataran Selangor untuk membaca dan memahami Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen di situ.
#TonyPua #DAPMalaysia #SultanSelangor #wongsiewki #PakatanHarapan #isusemasa #RonnieLiu

No comments:
Post a Comment