Bila angin Pilihanraya Umum dah mula ditiupkan, saya nak katakan kepada muka muka baharu yang tiba tiba jadi Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Senator, atau muka muka lama yang tiba tiba gayat jadi Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Senator.
Dalam keadaan isu demi isu yang tak terjawab, (tak tahu dimana dan apa peranan J-KOM dan Kementerian Penerangan.)
Hampa semua, jangan dok buat perangai terhengkak hengkak dan tergedik gedik sangat. Orang jadi tambah MELUAT.
Para pejuang terdahulu bermandi darah, peluh dan airmata nak dapat kerajaan dan nak angkat DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia ni. Jangan kerana hampa, kerajaan dan DSAI serta kami semua rakyat 'tanggung reba'. Dah DSAI bagi peluang tu hargai dan buat kerja betul betul. Bukannya PERASAN DIRI HEBAT!
Buat kelaku macam orang cerdik pandai sikit!
Dok tepi tingkap, angkat tangan, lambai dan senyum pun dah cukup. Tak perlu nak tergedik gedik. Yang dok sorak, dok gelak tu, depa meluat, hampa saja dok perasan kata orang suka.
Sekian untuk kali ini.
Jumpa lagi.
See less
"Most relevant" is selected, so some comments may have been filtered out.
No comments:
Post a Comment