CORAT CORET DI JOHOR JOM BACA






Nami Cob Nobbler



 



Sebenarnya naratif 'pengkhianat' ni tak jalan dan tak logik di Johor. Kalau nak kata Negeri Sembilan, fine—walaupun ikut sistem demokrasi Westminster ni, boleh je buat undi tak percaya ni. Tapi aku tak nak komen pasal Negeri Sembilan sebab aku tak duduk situ.

Aku duduk Johor dan aku layak untuk kata pasal politik di Johor.
Di Johor, kerajaan adalah dari BN. PH dan PN memang tak ada dalam kerajaan negeri. Dalam PRN yang lepas, memang BN menang 40 daripada 56 kerusi.
Cuma sejak berlakunya kerajaan perpaduan pada penghujung tahun 2022, apabila BN dan PH bergabung jadi kerajaan di peringkat Persekutuan, istilah 'pembangkang' itu ditukar menjadi 'pengimbang'. Pengimbang ni bukanlah bermakna PH dalam kerajaan, cuma tidak bersikap keras terhadap kerajaan negeri. Yang suruh ni pun 'bumbung hijau'.
Jadi kerajaan negeri di Johor ini memang tak ada langsung berunsur pengkhianatan seperti naratif yang cuba dibawa oleh PH.
Baik, ada yang kata—BN menang kerana masa PRN dulu, pintu sempadan ditutup dan menjadi punca mengapa mereka boleh menang besar, maka apabila PRU15, PH menang lebih banyak kerusi Parlimen berbanding dengan BN di Johor.
Fair enough, tapi biar aku beritahu sentimen yang sebenar. Kebanyakan orang di Johor mengundi BN pada ketika itu kerana kerajaan negeri di bawah Datuk Hasni Mohamad perform. Lepas tempoh 2018-2020 keadaan politik negeri Johor jadi kucar-kacir kerana Datuk Osman Sapian, dari Bersatu sering bertegang dengan istana.
Disebabkan itu, Johor bertukar MB sampai tiga orang sebelum berlakunya Langkah Sheraton. Kemudiannya pada PRN 2022, orang Johor mengundi BN, kerana Hasni Mohamad adalah orang dari kabilah Hishamuddin Hussein. Dan kebanyakan orang-orang ketua bahagian UMNO di Johor ialah orang-orang yang sokong H20.
Di saat akhir, istana tak berkenan dengan Datuk Hasni, maka Datuk Onn dipilih sebagai MB. Meskipun begitu, Datuk Onn ni dilihat sebagai MB 'bumbung hijau', yang direstui oleh istana, maka sebab itu tak ada siapa hulubalang UMNO peringkat Johor nak langgo.
Masa PRU15, ramai orang-orang H20 kena cantas atau diletak dalam sangko rimau. Datuk Hasni tu misalnya, diletakkannya kat Simpang Renggam. Ikutkan tu kawasan tu kuat PH sebab Maszlee Malek ada kat situ, tapi team propaganda BN saat akhir buat viral hal Maszlee Malek kata 'saya dah buat McD' pada rakyat ketika rakyat mengeluh masalah air tu punca dia kalah di Simpang Renggam.
Kira nasib baiklah Datuk Hasni menang, yang lain semua kena cantas. Sebab tu PH banyak menang seat Parlimen di Johor, sebab akar umbi boikot Zahid.
Sekarang, dalam PH, jika ditakdirkan PH menang, siapa agak-agak calon nak jadi MB? Aminolhuda boleh ke pujuk istana untuk terima dia? Sebab walaupun jadi ketua PH di Johor pun, kalau 'bumbung hijau' kata tak nak, maka tak jadilah dia MB. Dan perkara ini pernah jadi pada Man Datsun, pernah juga jadi pada Datuk Hasni. Sebab ini Johor, bukan negeri lain.
Kalau kau nak main naratif 'pengkhianat' di Johor, you lost your narrative. Negeri Sembilan mungkin la kalau kau nak kata Datuk Jalal cuba nak jatuhkan Tok Min. Tapi kat Johor ni celah mana UMNO ni khianat PH? You're not in the government in the first place. PH di Johor cuma upgrade sikit je daripada pembangkang kepada pengimbang.
Kalau misalan kata tiba-tiba PH kata dia tak nak sokong BN dalam DUN Johor, kerajaan Johor tak jatuh pun sebab 2/3. Lainlah kes di Negeri Sembilan, Pahang, atau di Perak—semua kerajaan negeri tak ada angka macam Johor.
Sekarang, kalau pun betul Johor ni ada ramai sokong PH dan menang, kau rasa J1 atau J2 nak ke pilih Aminolhuda jadi MB?
Aku cakap terus-terang—aku tak ada isu dengan PKR Johor, atau DAP Johor sekalipun. Dua-dua pun aku ada kawan kat situ. Aku cuma ada isu dengan Amanah Johor je. Bukanlah sebab aku tak suka pasal apa pun, lebih kepada kenapa beria sangat bila pilihan raya, tapi lima tahun yang lain tu batang hidung pun tak pernah nampak?
Sebab masa Man Datsun jadi MB zaman Malaysia Baru ni dulu, DUN Mahkota tempat aku duduk ni diduduki oleh ADUN dari Amanah. Langsung tak function. Lepas tu keluar parti, sokong PKR. Lepas tu tak tau apa kabo.
Sungai Melantai tu berkali-kali orang kampung cakap, minta tolong bina tebatan banjir. Buat derk je. Lepas tu bila PRN Johor, Dato' Sharifah Azizah atau dikenali sebagai Dato' Pah dalam kalangan penduduk tempatan, tak sampai dua bulan dah start bina tebatan banjir.
Bila arwah meninggal dunia kerana sakit, semua penduduk Kluang berdukacita sebab arwah banyak jasa pada DUN Mahkota, yang kini disambung oleh Syed Hussain.
Amanah buat mende wei?
Cadangan aku, ialah mansuhkan Amanah ni dan masuk dalam PKR, memandangkan Rafizi dan geng Invoke dah buat Parti Bersama.
Sebab nak sembang nak kuburkan UMNO ni, aku rasa kita boleh kira dari sudut berapa banyak cawangan dan bahagian UMNO di Johor, dan berapa pulak Amanah ada. Cawangan yang ada depan Petron Taman Berlian tu pun sejak 2022 tak bukak-bukak.
Bayangkan tahun 2022 tu, lagu Swipe Alyph tu tengah popular, sekarang dah langsung tak dengar dah.
Kau nak tahu siapa 'pengkhianat'? ADUN yang menang pilihan raya lepas tu rakyat minta tolong suruh bina tebatan banjir, buat derk je sampai berapa kali kawasan Kluang ni banjir. Itulah pengkhianat yang sebenar.
Lagi satu, kenapa rasa entitled sangat sampai nak tuduh BN pengkhianat ni? Anwar Ibrahim masih lagi disokong oleh MP BN dan masih kekal Perdana Menteri.
PH jadi kerajaan di Persekutuan pun sebab ada BN. Kalau tak, GPS dan GRS malas nak layan dan 82 kerusi takkan boleh jadi kerajaan pun.
Aku ni neutral. Bukan aku nak nafikan jasa kerajaan Federal yang diketuai oleh pemimpin PH pada Johor, tapi aku cakap terus terang, Amanah kat Johor tak function. Kau tanya PKR Johor pun, ramai yang setuju pasal ni. Cuma tak mengaku kat depan je.
See less

No comments: