Najib Bakar
Takkan dulu Ramanan tak belajar subjek Statistik?
Kalau ikutkan maklumat Wikipedia, Naib Presiden PKR, saudara Ramanan merupakan alumni Queensland University of Technology.
QUT adalah sebuah universiti awam terkemuka di Brisbane, Australia.
Pastinya sewaktu Final Year Project atau degree dissertation, beliau perlu aplikasikan teknik sampling untuk survey, yang dipelajari dalam mata pelajaran Statistik.
Memang betul ada sejumlah 180,000 pengundi di Sungai Buloh, tapi untuk sesebuah survey, tidak perlu dapatkan input daripada keseluruhan mereka.
Sample size yang perlu untuk 99% confidence serta +- 5% margin of error cuma sekitar 660++ orang.
Yang lebih penting adalah stratified sampling supaya mewakili pelbagai demografi yang akan mencerminkan keseluruhan 180,000 pengundi.
Jadi, bukan isu "cuma analisis 200 orang, yang lain tembak", tapi beliau mungkin boleh persoal teknik sampling serta demografi yang diambil kalaupun merasa sangat yakin dengan sambutan rakyat di sana.

No comments:
Post a Comment