
Pembangkang dan pembenci Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menerima hakikat bahawa realitinya struktur cukai Malaysia masih antara paling rendah di rantau ini berbanding dengan Amerika Syarikat sendiri. Foto PMO
PENDAPAT, 26 Mei – Amerika Syarikat (AS) kutip hasil kerajaan persekutuan sekitar USD4.9 trilion pada tahun kewangan 2024 (FY2024).
Daripada jumlah itu, USD2.4 trilion tu datang daripada cukai pendapatan individu saja.
Itu pun belum masuk lagi payroll taxes, corporate tax, excise tax dan lain² hasil kerajaan.
Maksudnya apa?
Maksudnya negara maju sekalipun tetap hidup atas sistem percukaian.
Sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia hari ini pulak kerajaan MADANI selalu dituduh oleh pembangkang bahawa “kerajaan korek poket rakyat” hanya kerana kutipan cukai meningkat dan SST diperluaskan secara bersasar.
Sedangkan realitinya struktur cukai Malaysia masih antara paling rendah di rantau ini.
Bahagian hasil kerajaan Malaysia kepada KDNK sekitar 16%–17% sahaja, tak sampai 20% pun.
Negara² OECD banyak yg melebihi 30% hingga 40% daripada KDNK.
Bahkan dalam struktur percukaian Malaysia, hampir 50% dari hasil cukai datang dari cukai korporat, bukannya cukai individu khususnya dari M40 & B40.
Maknanya syarikat² besar masih menjadi penyumbang utama hasil negara, bukannya rakyat marhaen semata² seperti propaganda pembangkang.
Kena paham, apabila ekonomi berkembang, pelaburan mula meningkat, keuntungan syarikat akan naik, maka kutipan cukai memang akan naik secara automatik.
Dan itu adalah tanda ekonomi negara bergerak elok.
Sebab itu dalam data Kementerian Kewangan, hasil cukai syarikat (CITA) dijangka akan terus meningkat dari RM92.7 bilion pada 2024 kepada lebih RM103 bilion pada 2026.
Kalau ekonomi teruk, mana mungkin kutipan corporate tax boleh naik?
Tentang subsidi pula, kerajaan bukannya tarik subsidi rakyat secara semberono.
Sebaliknya apa yang sedang berlaku adalah kerajaan kurangkan ketirisan subsidi pukal yang selama ini turut dinikmati golongan kaya dan penyeludup.
Subsidi bersasar dibuat supaya bantuan² lebih fokus kepada rakyat yang benar² memerlukan.
Bab pencen juga sama.
Reformasi perlu dibuat kerana beban pencen kerajaan sudah terlalu besar dan terus meningkat setiap tahun.
Dan pemansuhan pencen ni bukanlah perkara baru, bahkan idea ini sudah dicadangkan oleh perdana² menteri sebelum ini cumanya perlaksanaan itu tidak berlaku kerana pemimpin sebelum ni hanya berani bercakap saja tapi takde yg berani laksanakan seperti PMX hari ini.
Kalau tiada pembaharuan, generasi muda nanti pulaklah terpaksa tanggung tekanan fiskal yang lebih berat.
Tetapi bila kerajaan nak kuatkan fiskal negara dan kurangkan defisit, pembangkang pusing cerita tuduh bahawa kerajaan hari ini hapus segala subsidi dan pencen.
Hakikatnya, hampir semua negara moden bergerak atas asas dan kitaran yang sama.
Bila ekonomi berkembang, keuntungan syarikat naik, kutipan hasil meningkat dan kerajaan belanja untuk pembangunan & kebajikan.
Itu asas ekonomi negara moden.
Dan sebab itu saya selalu kata, ramai orang mahu negara menjadi kelas pertama, tapi mentaliti ekonomi masih tersekat kerana pembangkang harini tak berguna.
Negara ini tidak boleh ditadbir hanya dengan slogan dan retorik semata².
Mentadbir negara memerlukan disiplin fiskal, hasil kerajaan yang mampan dan pengurusan ekonomi yang stabil supaya rakyat dan negara terus bergerak ke depan.
Dan itulah yang sedang digerakkan oleh PMX bersama kerajaan MADANI.
Kredit gambar ~ Brotha Muzammil
Oleh Aliff Jamil






No comments:
Post a Comment