DUIT GAJI AMBIL...UNTUK JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT. APA YANG KAU BUAT UNTUK PARLIMEN KAMU....JADI KERAJAAN NEGERI KOT


 

‘Kamu ambil gaji tapi habuk pun takda’, MP Pas ini dikecam selepas perli PMX sumbang 80 lembu korban

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dikecam di media sosial selepas menyindir sumbangan 80 ekor lembu korban oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada asnaf di Permatang Pauh.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas secara sinis berkata, walaupun Perdana Menteri tidak mengambil gaji tetapi masih mampu menyumbangkan lembu korban kepada golongan memerlukan.

“Alhamdulillah walaupun PMX tidak mengambil gaji, tetapi beliau tetap menyumbangkan 80 ekor lembu percuma untuk asnaf di Permatang Pauh.

“Mulianya hati beliau,” perlinya menerusi hantaran di Facebook.

Wakil rakyat Pas berkenaan juga dilihat tidak malu apabila memohon sumbangan lembu untuk kawasan Parlimen yang diwakilinya sejak 2018 itu.

“Bolehkah sesiapa beritahu saya bagaimana nak dapatkan sumbangan PMX juga untuk rakyat di Pasir Mas, tidak dapat dengan jumlah ini pun, jumlah hampir sama pun tak mengapa,” katanya.

Malah, Ahmad Fadhli turut menyindir bahawa selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya tidak lagi berpeluang melakukan bantuan sedemikian.

“(Sumbangan lembu korban) Atas nama parti Keadilan pun tidak mengapa, asalkan rakyat dapat manfaat.

“Lagi pun selepas PRU16 nanti, Keadilan Insya Allah tidak berpeluang lagi melakukan amalan sebegini…,” perlinya lagi.

Tidak kena tempat

Menjengah ke ruangan reaksi balas netizen yang mencecah lebih 1,300 komentar setakat ini, rata-rata menempelak sindiran Ahmad Fadhli yang dilihat tidak kena tempat itu.

Ada pengguna media sosial mempersoalkan mengapa seorang pemimpin pembangkang memilih untuk mempolitikkan program korban dan bantuan rakyat, sedangkan Ahmad Fadhli sendiri mengakui rakyat di kawasannya juga memerlukan bantuan sama.

Tidak kurang juga yang menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan merendahkan usaha kebajikan kerajaan hanya kerana perbezaan politik, walaupun manfaat akhirnya diterima rakyat.

“Dia (Anwar) tiada gaji pun boleh sedekah 80 ekor lembu, mung ade amik gaji tapi habuk pon takdok.

Sikit je tu 80 ekor bos nak banding dengan harta dia. Demo hok make gaji Parlimen takkan takde 10 ekor sumbangan kat ore kampung..

“30 tahun Pas perintah negeri Kelantan. Apa yang ada 30 tahun tu…?

“Memang YB takdop kelas. Kerja nak cari keburukan. Sepanjang jadi YB pun, apa benda tak tau la dah buat apa untuk rakyat Pasir Mas,” demikian antara kecaman warganet termasuk berasal dari Kelantan.





No comments: