Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar mempunyai jiwa reformasi, namun pelaksanaannya tidak semudah yang diucapkan apabila berada dalam kerajaan.
Menerusi podcast BoraKrasi, Khairy berkata:
“Saya rasa dalam hati dia memang reformis lah. Saya rasa dia cakap apa yang dia percaya. Dia cuba buat.
“Dia bukan orang baru dalam kerajaan. Pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, beliau sangat berpengalaman.”
Pada masa sama, Khairy beranggapan ada beberapa janji yang mungkin diungkapkan secara berlebihan sehingga sukar direalisasikan selepas kembali memegang tampuk kuasa.
Walaupun mengakui bukan peminat Anwar, Khairy tetap memuji daya tahan politik Perdana Menteri itu.
“Saya bukan peminat dia ya, tapi I want to be fair. Saya seorang yang objektif.
“Kalau orang tanya saya apa ciri-ciri Datuk Seri Anwar yang saya paling kagum, bagi saya adalah daya tahan dia.”
Khairy turut berkongsi pengalaman dirinya selepas dibuang parti:
“Saya ini baru tiga tahun kena buang parti. Saya rasa betapa susahnya untuk saya survive. Bulan-bulan pertama saya kena buang ni, tak ada siapa jawab telefon saya.”
Menurutnya, apa yang dilalui Anwar jauh lebih berat.
“Dia ni kena pukul, dihumban dalam penjara, diaibkan dekat satu dunia.
“Sama ada anda setuju atau tidak, dia bagus atau tidak sebagai PM, itu tolak ketepi. Tapi dari segi daya tahan… takkanlah orang yang melalui segala itu, tak percaya kepada benda yang dia nak buat," kata Khairy.
#khairyjamaluddin #AnwarIbrahim #pmxmalaysia #KerajaanMadani #UMNOMalaysia #PARTIKEADILANRAKYAT #PakatanHarapan #isusemasa #politikmalaysia

No comments:
Post a Comment