MSO
KEADILAN PERLU BERTINDAK CEPAT
Keadilan gugurkan Nurul Izzah Anwar sebagai pengarah pilihan raya bersama diganti dengan Amiruddin Shaari. Amiruddin akan bersama Saifuddin Nasution Ismail selaku pengarah pilihan raya.
Izzah diberi tugas memainkan strategi dan tumpuan khusus untuk pembangunan kapasiti dan gerak kerja parti.
Jelas pengguguran Izzah itu disebabkan beliau tidak mampu memikul tanggungjawab itu untuk menjanakan parti.
Keabsennya dalam beberapa program parti juga memberi petunjuk timbalan presiden itu seperti dalam dilema. Apa masalah beliau sebanarnya? Beliau seperti menghadapi inferiority complex.
Pengganti Izzah dengan Amir itu tidak menyelesaikan masalah. Keadilan seakan berhadapan dengan masalah untuk menggerak jentera parti dan mengatur strategi bagi hadapi pilihan raya.
Penukaran tanggungjawab itu juga dilihat ada kena mengena dengan suasana politik terkini yang dimainkan oleh bekas pemimpin parti itu tang baru ambil langkah berundur dari parti.
Setakat lantik Amiruddin bersama Saifuddin Nasution tidak menjamin akan berlaku ledakan atau “wave” dalam Keadilan.
Keadilan perlu cari mekanisme lain seperti bentuk Jawatankuasa khas ata lantik konsultan yang pakar dalam mengatur strategi pilihan raya. Perkara ini perlu bertindak cepat sebelum terlambat.
Masa berjalan kerenah politik makin tidak menentu. Dr Fuziah Salleh selaku SUA harus bertindak segera. Trims.

No comments:
Post a Comment