𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗢𝗨𝗡𝗗 𝗛𝗔𝗝𝗜 𝗛𝗔𝗗𝗜: 𝗧𝗔𝗞 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧, 𝗦𝗜𝗕𝗨𝗞 𝗩𝗘𝗧𝗢 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗨𝗔𝗥


Ahmad Mursi



1. BERSATU bengang apabila Haji Hadi membuat tuduhan terbuka di media. Maka semalam BERSATU juga terpaksa menjawab melalui media.
2. PAS selalu mengajar bahawa Islam menuntut musyawarah. Tetapi perangai Haji Hadi sendiri pelik: tidak hadir mesyuarat, kemudian menghentam dari luar dan cuba memveto keputusan secara terbuka.
3. BERSATU kata mereka sudah beberapa kali cuba berhubung untuk mendapatkan pendirian PAS, tetapi PAS tidak memberi maklum balas jelas. Kemudian, PAS pula menuduh BERSATU bergerak sendiri.
4. Dalam isu Perlis, Raja Perlis telah memanggil Haji Hadi dan Muhyiddin menghadap. Muhyiddin boleh hadir, tetapi Haji Hadi pula tidak dapat hadir.
5. Setakat ini, serangan Haji Hadi masih berkisar tindakan politik BERSATU. Saya yakin, tidak lama lagi kita akan melihat serangan berbentuk hukum agama, dalil dan sirah pula untuk menggambarkan betapa “tidak Islamnya” BERSATU.
6. Kerana bagi PAS, dalil agama sentiasa memihak kepada PAS dan bertentangan dengan musuh PAS.
7. Pola ini berlaku dalam hampir semua pakatan politik PAS di bawah Haji Hadi, sama ada dengan PKR, UMNO, DAP dan lain-lain.
8. Muhyiddin mungkin perlu merangkak ke rumah Haji Hadi di Rusila untuk merayu kepadanya, serta melayan dia seperti Ayatollah, kerana itulah pattern sebelum ini.
9. Itu pun belum tentu Muhyiddin akan dilayan dengan baik. Mungkin juga diherdik seperti PMX dahulu semasa era Pakatan Rakyat.
10. Dalam huru-hara ini, kelibat Samsuri sebagai Pengerusi PN langsung tidak nampak kerana dia hanya posmen Haji Hadi. Adanya seperti tiada.




No comments: