Hari Raya Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi membawa pengertian besar tentang keikhlasan, ketaatan dan pengorbanan dalam kehidupan.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S menjadi ibrah yang cukup besar buat umat Islam ,bagaimana seorang ayah diuji dengan perintah Allah SWT, dan bagaimana seorang anak menerima ketentuan itu dengan penuh keimanan serta ketaatan. Dari kisah inilah lahirnya pengajaran tentang keyakinan, kesabaran dan pengorbanan demi sesuatu yang lebih besar nilainya.
Aidiladha juga mengingatkan kita bahawa nilai pengorbanan bukan hanya pada ibadah korban semata-mata, tetapi turut diterjemahkan dalam kehidupan seharian ,membantu insan yang memerlukan, menjaga hubungan sesama masyarakat serta berkongsi rezeki dengan penuh keikhlasan.
Dalam suasana sambutan ini, semoga kita semua terus diberikan kesihatan, ketenangan dan keberkatan bersama keluarga serta insan tersayang. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf zahir dan batin.
Ikhlas daripada
Pusat Khidmat Saifuddin Nasution Ismail
No comments:
Post a Comment