OWHHH INI CEPLOS RUPANYA.


Arif Kadir 


 PERTEMUAN PERTAMA








Ya. 3 Feb 2023, pertemuan pertama kami dengan KP JKOM di Restoran Padi, Putrajaya. Ketika itu beliau baru sehari menerima perlantikan daripada Perdana Menteri sebagai KP JKOM yang baru. Kami bertemu dengan penuh semangat, iltizam & kekuatan.


Kami rangka pra strategi komunikasi kerajaan dengan berkesan di sini. Masa ni KP JKOM sekarang belum wujud. Timb KP yang lagi sorang tu langsung kami tak tahu kewujudannya. Maknanya tanpa kewujudan mereka, kami lebih dari mampu untuk merangka & membina pasukan komunikasi moden yang begitu ampuh & mampu mengoyakkan pembangkang.


Ketika perjumpaan ini, terdapat 3 kumpulan yg terdiri daripada geng PEMASSA, geng TikTok & individu² perseorangan. Geng TikTok nampak lebih tersusun. Mereka siap ada uniform warna merah lagi. Agak mengujakan. Geng PEMASSA tiada uniform, begitu juga individu² perseorangan.


Namun begitu, cabaran menyatukan fahaman manusia bukan sesuatu yg mudah. Dalam setahun sahaja pelbagai perkara berlaku. Kedudukan Prof Agus cukup tidak disenangi kelompok kecil PKR yang laparkan jawatan tapi kerja sendiri macam dinosaur, slow, tidak dinamik & idea lapuk.  Jika PH tidak menjadi kerajaan pasca PRU16, mereka ini tak ubah seperti kain buruk di tepi longkang aje nanti. Jawatan² mereka akan digantikan dengan orang lain.


Kemudian geng TikTok yg pada awalnya begitu tersusun & menarik akhirnya berpecah kepada beberapa puak. Ada yg jadi tokan lombong emas, ada yg bergaduh sesama sendiri londeh melondeh di TikTok, ada juga yg bersalin kulit menjadi cytro pro PN-PAS pulak. Macam-macam kejadian.


Pun begitu, Alhamdulillah geng PEMASSA kekal utuh sehingga ke hari ini. Mungkin kerana faktor kematangan & pengalaman kerana bagi kami politik itu tidak perlu sehingga bergaduh berpatah arang. Politikus yg disokong belum tentu menguntungkan kita sedangkan silaturahim yg terjalin itu jauh lebih berharga.


Apapun, JKOM pada ketika itu berada di tahap yang kuat sehingga sering diserang pemimpin PN-PAS. Pertukaran KP JKOM kepada Dr Khairuddin juga telah menjadikan JKOM semakin kuat dari sebelumnya kerana Dr Khairuddin adalah seorang strategist. Beliau menyusun struktur JKOM itu sehinggakan ana yg ada pengalaman lebih 19 tahun dalam dunia korporat & perbankan pun berasa kagum & belajar sesuatu. Kemas, strategik, berani & ganas.


Tapi nak buat mcmana.  Hati kotor & dengki itu sentiasa wujud sehingga beliau juga tersingkir.  Ceplos² itu lahir setelah beliau disingkirkan dari JKOM. Selepas era Dr Khairuddin, kita tak nampak lagi JKOM sebagai agensi komunikasi kerajaan yang digeruni. Ker ada? Podcast ramai orang tengok tak? Lama dah tak melintas. Apapun, PN-PAS sekarang macam mati nafsu nak serang JKOM. Tak tau kenapa. Mereka juga kita tak tau buat kerja apa terutama bulan puasa ni.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Setiausaha Kerja PEMASSA dan Bakal Presiden PAP





No comments: