PM Anwar Terima ‘Order Of The Republic’, Anugerah Tertinggi Kerajaan Turkiye

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah Order of the Republic, penghormatan tertinggi Republik Turkiye, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto Recep Tayyip Erdoğan

ANKARA, 8 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah ‘Order of the Republic’, iaitu darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Turkiye, sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Presiden di sini bersempena lawatan rasmi tiga hari Anwar ke republik itu, yang bermula kelmarin (6 Januari).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah Order of the Republic, penghormatan tertinggi Republik Turkiye, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto Bernama

Turut hadir pada majlis penganugerahan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Sementara itu, Anwar dalam kenyataan berkata beliau menerima penganugerahan itu dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima anugerah Order of the Republic, penghormatan tertinggi Republik Turkiye, yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, Ankara pada 7 Januari 2026. Foto Bernama

“Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat,” katanya.

Anwar juga berharap pengiktirafan berkenaan akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Semalam, Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal, berkata anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi republik berkenaan yang diberikan kepada pemimpin luar yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala dengan Turkiye.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye dari Januari hingga November 2025 mencecah RM21.2 bilion (USD4.92 bilion), dengan republik itu kekal sebagai rakan ekonomi yang penting bagi Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Pada 2024, Turkiye adalah rakan perdagangan ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar serta sumber import keempat terbesar dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan bernilai RM24.15 bilion (AS$5.28 bilion).



No comments: