ISLAM TERUS DIMARTABATKAN

 


Kerajaan MADANI terus memperkukuh usaha memartabatkan Islam sebagai asas tadbir urus dan kepimpinan negara berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kebijaksanaan, kata Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.






Beliau berkata pendekatan itu tidak melihat Islam sekadar sebagai identiti, sebaliknya diterjemahkan secara menyeluruh dalam pengurusan negara dan pembuatan dasar sepanjang tahun ini.


Anwar memaklumkan usaha berkenaan diperkasa melalui pertemuan dan wacana bersama ulama tersohor dari dalam dan luar negara yang berlangsung dalam suasana saling menghormati dan penuh kepercayaan.


Menurut beliau, pertemuan itu menjadi medan pertukaran pandangan secara terbuka dan jujur berkaitan cabaran umat Islam serta peranan kepimpinan Islam dalam mendepani realiti dunia yang semakin mencabar.


“Saya menegaskan keperluan agar pimpinan Islam tampil lebih tegas dan berani dalam isu yang melibatkan kepentingan umat, selain terlibat secara aktif dalam mencari penyelesaian yang adil dan bermaruah,” katanya.


Anwar turut menyentuh keperluan memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza, yang terus berdepan penderitaan akibat konflik berpanjangan.


Perdana Menteri berharap setiap usaha memartabatkan Islam dipandu amanah dan kebijaksanaan, serta membawa manfaat bukan sahaja kepada umat Islam, malah kepada kemanusiaan secara keseluruhan.


Untuk artikel penuh, layari laman web negerikita.org!



No comments: