Malaysia-Turkiye Komited Perkukuh Kerjasama Hadapi Cabaran Geopolitik

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye di Kompleks Presiden di Ankara pada 7 Januari 2025. Foto PMO

ANKARA, 7 Jan – Malaysia dan Turkiye memperkukuh kerjasama dua hala dalam menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi global yang semakin kompleks.

Perkara itu dibincangkan ketika pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Pertemuan berkenaan turut menyentuh isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Usai pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (High-Level Strategic Cooperation Council – HLSCC) Malaysia–Turkiye.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Mesyuarat itu berperanan sebagai platform utama untuk menilai status kerjasama dua hala serta menyemak kemajuan inisiatif sedia ada.

Ia turut meneroka potensi kerjasama baharu merangkumi perdagangan dan pelaburan, pertanian dan komoditi, pertahanan dan keselamatan, tenaga, semikonduktor, kesihatan, pelancongan, pendidikan serta pertukaran antara masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Selain itu, perbincangan juga melibatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin seterusnya dijadual menyaksikan pertukaran beberapa dokumen utama termasuk Memorandum Persefahaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Erdoğan mempengerusikan bersama Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC), Malaysia-Republik Türkiye di Ankara pada 7 Januari 2026. Foto PMO

Ia meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pelaburan, pembiayaan eksport, kerjasama antara badan pemikir serta Surat Setuju Terima perolehan sebuah Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) 2.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Turkiye di Kompleks Presiden di sini hari ini.




No comments: