PERBELANJAAN TIDAK CAPAI MATLAMAT


Rafizi Ramli


 Coraknya jelas. Perbelanjaan pembangunan (DE) tak capai seperti dirancang.





Untuk 2025, RM84.7 bilion diluluskan tetapi hanya sekitar RM80 bilion dibelanjakan, kurang lebih RM6 bilion.


Tahun 2026 pula, DE dianggarkan RM81 bilion, hampir sama dengan tahun sebelumnya dan 6 peratus lebih rendah daripada rancangan asal 2025.


Dalam sektor ekonomi, hampir separuh atau RM17.5 bilion pergi kepada pengangkutan seperti LRT, MRT dan jalan raya.


Pertanian cuma sekitar RM550 juta, iaitu 1 hingga 2 peratus daripada keseluruhan.


Kita selalu cakap tentang harga makanan dan kebergantungan pada import, tapi bajet untuk modenkan pertanian masih kecil.


Kalau corak ini berterusan, kita hanya terus bina infrastruktur tanpa tambah keupayaan sebenar ekonomi.


DE bukan sekadar angka tetapi menentukan masa depan, peluang kerja di luar bandar, produktiviti, dan harga makanan.




No comments: