HAKIKATNYA ANWAR TELAH TAHU. ANWAR JANJI PEMBERI DAN PERASUAH TAK AKAN TERLEPAS. KITA TUNGGU SAMPAI WAKTUNYA. BUKN REPORT KEPADA WARTAWAN, TAPI HADIRLH KE SPRM.

 

KENAPA SPRM MASIH TAK TANGKAP PEMBERI MAKLUMAT KES RASUAH SABAH?

Sudah seminggu kes rasuah yang dikatakan melibatkan beberapa Adun di  Sabah didedahkan secara terbuka dan menjadi tatapan kita semua.

Tetapi, malang sekali pendedahan itu nampaknya berlalu begitu saja.

Sehingga ini tiada sebarang tindakan diambil oleh SPRM, walaupun bukti yang dikatakan perbuatan rasuah dalam bentuk rakaman audio itu telah tersebar luar di media sosial serta diperkatakan oleh ramai orang.

Sebelum ini pemberi maklumat kes berkenaan telah memohon perlindungan sebagai saksi daripada SPRM, tetapi agensi pencegah rasuah itu seperti keberatan  menunaikan permintaannya.

Beliau juga turut menulis surat kepada Yang Dipertuan Agong memohon agar kes yang dibawanya diberi perhatian serta beliau diberi perlindungan sebagai saksi.

Namun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan tegas menolak untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang mendedahkan rasuah itu.

Alasan Anwar ialah jika pembelia maklumat turut sama terlibat dalam perlakuan rasuah yang ingin didedahkan, maka mereka tidak boleh dilindunginya.

Dalam satu aspek, kita boleh bersetuju bahawa pembeli maklumat yang ingin melaporkan perbuatan rasuah mestilah berniat ikhlas berbuat demikian.

Mereka tidak boleh dilindungi jika sama-sama terlibat dalam gejala rasuah dan memberi maklumat semata-mata kerana projek yang dihajati gagal diperolehi, meski rasuah sudah diberikan.

Ertinya, jika projek diperolehi, sudah tentu kegiatan rasuah itu didiamlan begitu saja.

Rasuah secara mudahnya mesti ada pemberi dan penerima di mana kedua-duanya adalah perbuatan salah daripada segi undang-undang.

Oleh itu, memberi maklumat rasuah mesti dengan niat ikhlas dan bukan kerana projek gagal diperolehi atau untuk mengelakkan mereka daripada diambil tindakan.

Meski demikian, apa yang peliknya dalam kes ini, sementara SPRM tidak bertindak apa-apa, pemberi maklumat nampaknya terus mendedahkan rakaman audio perbuatan rasuah yang dikatakan melibatkan beberapa Adun Sabah itu dengan kerjasama sebuah portal berita di media sosial.

Bukan saja berita berkaitannya sudah bersiri-.siri disiarkan, rakaman audionya juga didedahkan dan diviralkan.

Bertebarannya rakaman audio berkenaan adalah sesuatu yang memalukan negara kita kerana perbuatan rasuah yang boleh ditonton di media sosial itu bukan lagi lakunan, tetapi suatu kejadian yang benar-benar berlaku.

Kenapa SPRM masih berdiam diri lagi?

Kalau SPRM enggan melindungi pemberi maklumat dan enggan juga bertindak terhadap beberapa Adun yang dikatakan menerima rasuah itu, kenapa tidak ditangkap saja individu yang mengaku sebagai pemberi malumat berkenaan?

Tangkap pemberi maklumat, siasat dan bongkar habis-habisan gejala rasuah berkaitan, selepas itu siapa juga yang didapati ada bukti melakukan jenayah rasuah, sama ada memberi atau menerima – ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

Kalau tiada apa tindakan diambil sampai ke sudah, buat penat salah Anwar menjerit hari-hari mahu memerangi rasuah di negara ini.

Berdasarkan rakaman audio yang sudah tersebar luas itu, apa yang sangat lagi utuk SPRM menahan pemberi maklumat berkenaan?

Atau SPRM nak tunggu PRN Sabah yang dijangka tahun depan berakhir dahulu? – ShahbudinHusin 16November2024.