ULAMAK PUN BUSUK HATI.


Miqdad Zakaria. 


 Majlis mendha'ifkan hadith al-Bukhari? 


1. Agamawan yang menghina majlis Sama' Hadith al-Bukhari sebagai majlis mendha'ifkan hadith al-Bukhari itu adalah seorang yang sangat busuk hatinya dan keras dendamnya. 


2. Kalaulah Allah tiada sifat rahmah, nescaya agamawan itu pun tidak akan masuk syurga. Kerana dia sendiri pun ada dosa. Wajarkah Allah SWT jadikan titik-titik dosa yang ada pada dirinya itu sebagai penghapusan segala pahalanya? 


3. Demikianlah adil dan rahmahnya Allah yang bersifat al-Rahman dan al-Rahim. 


4. Bagaimana majlis yang sangat banyak mengangkat martabat Imam al-Bukhari kitabnya al-Sahih dikatakan majlis mendha'ifkan hadith al-Bukhari? Kerana ada sedikit kritikan pada satu hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari. 


5. Adakah dengan sekelumit kritikan itu, majlis itu menjadi majlis mendha'ifkan al-Bukhari? Islam mengajar kita meninggalkan sifat melampau /ghuluw dalam segala perkara. Ia boleh membawa kesesatan dalam agama. 


6. Siapa yang belajar literature ilmu hadith pasti tahu kritikan2 ulama pada hadith-hadith tertentu termasuk dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Bahkan Imam Malik menolak hadith yang sahih sanadnya jika tidak diamalkan penduduk /ulama Madinah.


7. Ada ilmu dalam satu bidang ilmu hadith tidaklah menjadikan seseorang itu alim semua ceruk dan selok-belok ilmu hadith.