Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman?
1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Allah . Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.
2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.
3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.
Semoga Allah menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman. Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.
Moga Allah terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.
Dunia semakin tua, Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman.
Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar. Salah satunya kerosakan instituti rumah tangga semakin serius.
"Sekarang banyak kes pukul, kes bunuhh, suami bunuhh isteri, isteri pukul suami, anak bunuhh ibu bapak, ibu bapak bunuhh anak, setiap hari ada dalam berita, semakin kejam manusia akhir zaman ini, jalan terbaik kuatkan hubungan dengan Allah itu jalan terbaik hanya Allah sahaja dapat tolong kita di akhir zaman ini.
Banyakkan sabar istighfar
Banyakkan zikir baca al Quran
Solat taubat
Allah sayang kita sendiri ♥
Hidayah milik Allah 💗moga Allah redha
Kredit Kepada Penulis