Saya akan berada di Kelantan esok untuk destinasi seterusnya Sesi Libat Urus Bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan Sesi Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada 17 November 2024, Ahad, bertempat di Renai Hotel, Kota Bharu.
Sesi Madani Mendengar untuk mendengar pandangan daripada pelbagai pemegang taruh akan bermula jam 3.00 petang.
Saya ingin menjemput semua yang berkelapangan untuk hadir beramai-ramai ke sesi ini bagi menyatakan secara terus soalan-soalan yang difikirkan relevan dan sesuai dalam merangka dokumen Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Mohon disebarkan kepada semua.